Kemas rumah sudah pasti menjadi rutin semua wanita bagi surirumahtangga malah yang  bekerjaya. Tidak dinafikan masa untuk mengemas rumah memerlukan masa dan waktu tertentu terutama bagi yang berkerja.

Siapa tak nak rumah kemas kan. Ia memberai aura positif jika rumah kelihatan tenang dan kemas.

Melalui perkongsian di laman facebook puan NoorB Kids World begitu inspirasi sehingga mendapat share lebih 4K. Boleh cuba idea ni.

 

Ads

Win Carta Kemas Rumah Cara Mudah Ni! Patutlah Ramai Share.

TIPS MUDAH KEMAS RUMAH

Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

Secara jujurnya, aktiviti mengemas rumah bukanlah mudah. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.

Ads

Tips mengemas ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, kita tidak ada masalah bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas itu kurang. Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk melakukan aktiviti mengemas ini setiap hari tetapi kalau seminggu sekali Itu mungkin tak ada masalah.

Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung. Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk sahaja tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.

Ads

JADUAL KEMAS RUMAH

Win Carta Kemas Rumah Cara Mudah Ni! Patutlah Ramai Share.

Kredit: 2019FadzBiz via NoorB Kids World

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI