Untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan, bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara harus diambil kira dan dibincangkan demi memenuhi citarasa raja sehari dan juga keluarga serta keselesaan tetamu yang datang untuk memeriahkan majlis.
Oleh kerana itu, ramai yang sanggup berhabis untuk menggunakan perkhidmatan perancang perkahwinan bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Bagi, nasib kurang menyebelahi seorang wanita yang juga merupakan seorang influencer Shaniena Natasya selepas selesai melangsungkan majlis pernikahan pada 11 Mei.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shaniena atau lebih mesra disapa Niena mendakwa dia telah dianiaya oleh seorang kawan yang juga menjadi perancang perkahwinannya.
Dakwa Niena, dia telah ditipu sebanyak RM180,000 dan susulan itu laporan polis sudah dibuat di Batu Feringgi, Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.
Dakwa Niena lagi, pada awal perbincangan hanya RM100,000 jumlah bayaran namun kemudiannya diminta tambahan RM60,000 lalu terus dibayar kerana sedar majlis perkahwinan mereka ‘bukan kaleng-kaleng.’
Bagaimanapun, sehari sebelum majlis, dia diminta RM50,000 lagi tetapi kali ini berkeras enggan membayar.
Saya sebenarnya tak nak riuh pun benda ini, nak kongsi benda negatif. Saya baru habis majlis perkahwinan, nak mood happy happy saja.
Tapi bila orang pun tak reti kesian dekat saya, saya tak ada pilihan. Saya pun tak nak memilih untuk viral tapi melampau sangat. Ramai saja nasihat saya sebelum nak kahwin, jangan ambik (pakej) dia tapi saya anggap sebagai kawan.
Masa perbincangan pertama dengan dia, dia cakap RM100,000 . Okay saya pun bayar sebab memang harga dia macam tu dekat hotel bertaraf lima bintang. Selepas dua minggu, dia cakap kena tambah RM60,000 saya dan suami pun tambah. Kami masih bertolak ansur mungkin tak cukup kot yelah sebab majlis kita pula bukan biasa-biasa punya majlis. Itu ini kena bayar, kita faham kos RM160,000.
Tapi sehari sebelum majlis dia minta saya bayar lagi RM50,000? Saya tercengang dan memang saya kena buat kira-kira. Saya seorang usahawan jadi saya tak bodoh sangat. Suami saya pun cakap ini dah keterlaluan. Kami tak nak bayar RM50,000. Apa sampai RM210,000?
Keesokkan hari masa saya tengah bersolek, suami saya bisik cakap hotel tak nak release food, nak hold (tahan) banyak benda. Saya transfer lah kt dia 11 Mei lagi RM20,000 maka terjadi lah RM180,000 keseluruhan.
Cerita Niena lagi, dia juga tidak dibenarkan untuk memasuki bilik hotel pada jam 3 pagi dan dakwanya individu terbabit cuba untuk melarikan diri.
Dakwanya lagi, individu tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan wang yang diberinya untuk kegunaan peribadi iaitu menyewa kereta mewah serta membeli barangan koleksi jenama antarabangsa.
Semoga apa yang terjadi kepada Niena ini menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.
Sumber : IG Niena