“Tak Percaya Sudah Setahun…” Raja Ilya Teruja Buat Sambutan Birthday Talita Love!

Share

Apabila anak semakin meningkat usia, pastinya sebagai ibu bapa merasakan betapa cepat anak-anak membesar. Setiap tahun ketika tibanya hari lahir si anak, pasti akan diadakan sambutan hari lahir sama ada secara bersederhana atau pun besar-besaran.

Menerusi akaun Instagram, Raja Ilya mengadakan sambutan hari lahir anak sulungnya yang menginjak ke usia setahun. Ianya merupakan sambutan kali pertama, pastinya sambutan tersebut diadakan dengan penuh kemeriahan.

Bertemakan warna pink, Talita Love kelihatan sangat comel mengenakan gaun berwarna pink. Ketika majlis tersebut, pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak kecil dan juga hiasannya juga sangat cantik dengan bunga-bungaan berwarna pink.

Majlis dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga di sebelah suami Raja Ilya, Trent Garrett. Raja Ilya kini menetap di Australia mengikuti suaminya yang berasal dari sana. Alahai, comel betul Talita yang banyak mewarisi wajah ayahnya.

Untuk rekod, Raja Ilya telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 bersama dengan Trent Garrent. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love.

Sumber: Instagram Raja Ilya

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club