Apabila anak semakin meningkat usia, pastinya sebagai ibu bapa merasakan betapa cepat anak-anak membesar. Setiap tahun ketika tibanya hari lahir si anak, pasti akan diadakan sambutan hari lahir sama ada secara bersederhana atau pun besar-besaran.
Menerusi akaun Instagram, Raja Ilya mengadakan sambutan hari lahir anak sulungnya yang menginjak ke usia setahun. Ianya merupakan sambutan kali pertama, pastinya sambutan tersebut diadakan dengan penuh kemeriahan.
Bertemakan warna pink, Talita Love kelihatan sangat comel mengenakan gaun berwarna pink. Ketika majlis tersebut, pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak kecil dan juga hiasannya juga sangat cantik dengan bunga-bungaan berwarna pink.
Majlis dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga di sebelah suami Raja Ilya, Trent Garrett. Raja Ilya kini menetap di Australia mengikuti suaminya yang berasal dari sana. Alahai, comel betul Talita yang banyak mewarisi wajah ayahnya.
Ads
Untuk rekod, Raja Ilya telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 bersama dengan Trent Garrent. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love.
Apabila bergelar isteri, ramai wanita mula rasa tertekan terutama apabila hal menguruskan rumahtangga.
Dulu sebelum ada anak-anak, rumah bersih dan kemas. Sebaliknya bila ada anak. Bukan kata anak itu beban tapi lumrah rumah pasti berselerak.
Sehingga ada wanita alami tekanan perasaan dalam diam. Memendam rasa. Itu salah satu sebab kenapa ramai wanita suka membebel.
Menarik perkongsian wanita ini, Siti Suryani Yaakop yang memberi kata-kata semangat agar para wanita tidak tertekan hal rumahtangga.
Katanya jangan terlalu memaksa diri sehingga semua aura negatif ada dalam diri. Sebaliknya ambil sikap chill je, bertenang.
Paling deep, katanya, wanita kena sayang diri dulu.
Ikuti perkongsiannya.
Kena terus terang
“Tinggalkanlah. Takda siapa yang datang nak cek benda tu”. Biasa-biasa sebelum keluar ke mana-mana, aku akan kemas rumah dulu. Menyapu, lipat baju, kemas peti ais, sental jamban. Buatlah segala benda supaya balik nanti aku senang. Tapi kali ni, tak. Aku tinggal. Ikut kata suami. Akhir-akhir ni aku rasa mental aku tak berapa nak sihat. Aku bagitau suami. Banyak benda dalam otak. Macam ligat sangat mesin otak aku berpusing tanpa henti. Banyak sangat benda nak fikir. Aku malas nak munafik-munafik kata aku okay. Aku terus terang je. Senang. Sebab kalau aku tak okay, pasti satu rumah nanti tak okay. Aku rasa ramai ibu dan mak rasa bersalah sangat kalau dia tak okay. Dia rasa dia mesti kena sentiasa sihat, stabil, waras, elok, sopan, gembira, riang ria dan segala macam benda positif je kena ada. Sampai kadang-kadang dia simpan semua energi negatif dalam diri yang akhirnya menelan diri dia sendiri secara perlahan-lahan. Dia keliru. Tak tahu nak buat apa. Paling kuat pun dia menangis sesorang diam-diam bawah pancur. Padahal takda apa pun. Hal kecik je. Yang biasanya dia memang tak kisah langsung. Jika begitu, sedarlah. Dah lebih limit.
Bawa bertenang, chill ok!
Makanya dengan itu, hentikan semua kelam kabut mengejar dateline kerja rumah. Pejamkan sekejap mata melihat baju yang bertimbun. Lantakkan segala karut marut hal di pejabat. Pekakkan telinga bila kau dengar Tipah Cili mengata kau di belakang. Biarkan semut berlalu pergi membawa lari serpihan biskut meri yang anak kau makan tadi. Ambiklah segelas milo panas. Letak depan TV. Bawa bersama biskut mayat. Cicah 3-4 keping. Slurppp milo panas tu perlahan-lahan. Kerja rumah boleh tunggu. Anak-anak elok ada depan mata mu. Segala masalah dunia ni akan berlalu. Kau tu…kau kena sayang diri kau dulu. Dan ingatlah satu perkara tanpa malu dan ragu. Menjadi tak okay adalah okay buatmu. Kita manusia. Bukan batu.
Sudah tentu impian semua orang ingin bebas daripada masalah kewangan iaitu ‘financial freedom’ tanpa ada masalah beban hutang yang menjejaskan kualiti hidup.
Tidak dinafikan makna ‘financial freedom‘ bagi setiap orang berbeza-beza, ia begitu subjektif.
Ada yang ada simpanan banyak tapi rasa masih belum capai kebebasan kewangan. Tapi ada yang simpanan sedikit sudah bebas tanpa beban kewangan. Ini kerana mereka memilih untuk hidup seadanya mengikut kemampuan pendapatan dan simpanan.
Secara tersurat, kita harus cakna untuk berbelanja mengikut kemampuan, bukan lebih daripada kemampuan. Jika lebih daripada sepatutnya sudah tentu simpanan entah ke mana. Tiada simpanan kecemasan atau tabungan sendiri. Pasti beban makin parah!
Barangkali masih belum terlambat untuk muhasabah diri untuk membetulkan keadaan.
Moga perkongsian oleh saudara Harith Faisal dapat menberi inspirasi untuk merancang kewangan lebih baik agar dana simpanan anda bertambah setiap tahun. Apa yang pasti, berbelanja secara berhemah dan bijak. Barulah dapat hidup tenang tanpa masalah kewangan!
Konsisten buat simpanan
Kalau tentang kewangan, antara tips supaya kau rasa tenang adalah dengan konsisten simpan 50% daripada gaji bulanan kau. Contoh kau bergaji RM4,000 kau punya lifestyle tu biar macam orang bergaji RM2,000. Automatik kau dapat simpan RM2,000. Jangan kata tak logik dulu. Cuba tengok orang sekeliling kita. Ada yang bergaji RM2,000. Mereka masih hidup, sihat walafiat kan. Iya! Kau mungkin hanya pakai kereta murah, rumah pun kecil atau mungkin masih menyewa, baju murah, lifestyle pun tak best. Tapi, kau akan rasa tenang ya amat. Sebabnya,
Take note semua!
1. Simpanan kau akan bertambah RM2,000 setiap bulan. Kalau letak dalam bank pun, selepas 5 tahun dah ada RM120,000. Letak dalam Tabung Haji, boleh dapat lebih lagi.
2. Kau tak risau sangat kalau dibuang kerja. Jadi, tak resah gelisah kalau ekonomi gawat ke, company tutup ke, pandemik COVID-19 ke, kau steady. Simpanan banyak, kan.
3. Andai dibuang kerja bergaji RM4,000 tu pun, mudah untuk kau cari kerja lain. Walau ditawarkan gaji lebih rendah, kau okay. Dapat gaji RM3,000 pun kau sauk. Masih boleh simpan RM1,000.
4. Kalau tiba-tiba kau rasa tak nak kerja setahun dua pun tak ada hal. Contoh, ada simpanan RM50,000 kau boleh hidup tanpa kerja 2 tahun, masih ada baki RM26,000. Tapi, saya tak maksudkan kau yang duduk rumah besar tu tak bagus, kau yang beli kereta mahal tu membazir, kau yang beli barang branded tu saja nak menunjuk-nunjuk.
Buat pilihan yang terbaik!
Bagi saya, setiap apa yang orang lain buat, itu hak masing-masing. Pasti mereka dah timbang tara keputusan nak beli itu ini sesuai dengan poket dan tujuan dia.
Kita yang tengok ni yang sebenarnya perlu selalu bersih hati, latih diri sangka baik, tak dengki iri hati, tak rasa diri kita lebih baik. Jangan mudah nak judge orang itu ini.
Elok kita boleh hidup tenang-tenang, sibuk pula nak banding-banding dengan orang lain. Sudahnya, resah juga. Kita bahagia dengan cara kita, orang lain bahagia cara mereka!
Kesibukan dengan tugas harian tentu membuatkan kita tidak mempunyai masa untuk memadam e-mel dalam inbox gmail.
Lebih menyulitka lagi, akaun gmail telah digunakan dalam tempoh yang lama. Sudah pasti beribu email yang berkumpul.
Biasanya yang menjadi masalah adalah email itu yang berbentuk seperti promosi, notifikasi daripada app dan sebagainya.
Jika dibiarkan akan menyukarkan untuk mencari email yang penting. Siapa yang tak rimas bila tengok email yang banyak begitu.
Untuk atasi masalah ini ada caranya. Nak tahu caranya ikuti panduan ini. Mudah rupanya cara nak padam. Tak perlu padam satu-satu, jenuh sakit jari!
Nak tahu caranya ikuti panduan ini.
Padam e-mel yang tak penting dalam gmail.
1.Log in akaun Gmail.
2. Taipkan label: read di ruang carian yang terletak di atas. Anda akan lihat kesemua e-mel yang sudah dibaca.
4. Untuk lihat semua e-mel yang belum dibaca, taipkan label:unread.
Untuk padam semua e-mel tersebut, ‘tick’kan pada kotak kecil di atas kiri. Pilih ‘All’ untuk memadam semua e-mel.
5.Kemudian, tekan ‘select all conversation that match this search’ untuk padam semua e-mel termasuklah yang ada di halaman lain.
6.Tekan ikon tong sampah untuk padam semua e-mel yang telah dipilh.
Kredit Foto : businessinsider.com
Cara padam e-mel promosi
Biasanya e-emel promosi pelbagai produk dan perkhidmatan. Secara automatik, e-mel ini akan masuk ke tab ‘Promotions’.
Untuk memadam semua e-mel ‘Promotions’, ikuti langkah berikut :
Kredit Foto : businessinsider.com
1. Log ini akaun Gmail.
2. Tekan tab ‘Promotions’ pada bahagian atas, bersebelahan tab ‘Social’.
3. Kemudian, ‘tick’ kotak kecil untuk pilih semua e-mel.
4. Kemudian tekan ikon tong sampah untuk padam semua.
Info: Untuk padamkan e-mel daripada penghantar spesifik, taipkan “from:(alamat e-mel penghantar:read) dan ikuti langkah yang sama untuk memadamkan e-mel.
Jika tersalah padam e-mel.
Kadang kala, kita tanpa sengaja terpadam e-mel penting. Jangan risau boleh dapatkan semula di bahagian ‘Trash’ yang terletak di bahagian menu sebelah kiri. Jika tidak jumpa, tekan butang ‘More’.
Biasanya e-mel yang telah dipadam akan tersimpan bahagian trash selama 30 hari sebelum dihapuskan daripada akaun anda.
Apa lagi, dah tahu caranya boleh lah padam segala e-mel yang tidak penting. Barulah sedap mata memandang lihat e-mel yang penting saja dalam akaun kita.
Selamat mencuba!
Sumber: Harianpost.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...