Waze Pun Kena Setting. Kalau Tak, Alamatnya Jalan Tak Masuk Akal Pun Boleh Dibawanya!

Share

Tidak dinafikan bila adanya aplikasi Waze ini menjadikan ramai antara kita yang pada mulanya tidak berapa mahir akan selok belok jalan, namun kini boleh sampai ke mana-mana destinasi yang ingin dituju dengan mudah.

Pun begitu, ada hari dan waktunya bilamana menggunakan waze untuk ke suatu tempat, kita akan ‘dibawanya’ melalui jalan-jalan pelik dan merepek.

Hakikatnya, waze pun perlu di setting. Nak tahu stepnya, ini dikongsikan oleh Aida Joseph yang menurutnya, jika auto setting takut bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.

Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.

Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.

Step 1:  Bula aplikasi wave dan click butang setting.

Step 2 : Click pada butang berkenaan.

Step 3 : On kan beberapa  button seperti di bawah untuk elakkan dibawa ke jalan-jalan tidak berturap,  berbelit-belit mahu pun jalan melalui sungai.

Step 4 : Akhir sekali klik Don’t allow

Sumber : Aida Joseph