Tidak dinafikan bila adanya aplikasi Waze ini menjadikan ramai antara kita yang pada mulanya tidak berapa mahir akan selok belok jalan, namun kini boleh sampai ke mana-mana destinasi yang ingin dituju dengan mudah.
Pun begitu, ada hari dan waktunya bilamana menggunakan waze untuk ke suatu tempat, kita akan ‘dibawanya’ melalui jalan-jalan pelik dan merepek.
Hakikatnya, waze pun perlu di setting. Nak tahu stepnya, ini dikongsikan oleh Aida Joseph yang menurutnya, jika auto setting takut bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.
Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.
Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.
Step 1: Bula aplikasi wave dan click butang setting.
Step 2 : Click pada butang berkenaan.
Step 3 : On kan beberapa button seperti di bawah untuk elakkan dibawa ke jalan-jalan tidak berturap, berbelit-belit mahu pun jalan melalui sungai.
Step 4 : Akhir sekali klik Don’t allow
Sumber : Aida Joseph
Bimbang Keselamatan Anak, Wanita Ini Kongsi 7 Panduan Ketika Pilih Pengasuh.
Sebagai ibu yang berkerjaya, sudah tentu kita mencari pengasuh yang baik untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat.
Namun, ada kalanya bimbang apabila kita banyak mendengar pelbagai kes dan kemalangan yang berlaku di taska mahu pun di rumah pengasuh. Ini sangat merisaukan kita.
Bagi yang bimbang untuk menghantar anak kepada pengasuh, boleh ikuti panduan yang disediakan oleh puan Nadia Bakar.
Seterusnya ikuti panduan ini.
Cari Pengasuh Untuk Anak
Mungkin ini rezeki. Kesemua pengasuh yang kami dapat baik-baik belaka. Dah ramai juga bersilih ganti waktu pengasuh tetap perlu bercuti, tetapi semuanya sangat bagus dan menyenangkan.
Alhamdulillah. Biasanya ada 7 perkara yang saya sentiasa buat ketika di dalam proses mencari dan apabila sudah berjumpa pengasuh yang terbaik buat anak-anak saya.
1. Sentiasa mulakan dengan doa.
Saya belajar tentang “doa dulu” sewaktu nak cari pengasuh lepas bersalinkan anak kedua, Annur.
Waktu tu memang “terpaksa” minta sungguh-sungguh pada Allah sebab pengasuh yang sepatutnya kami dah janji nak jumpa tiba-tiba dapat kerja di tempat lain.
Ya Allah!
Lagi seminggu saya dah nak masuk kerja semula ni. Mana pulak nak cari pengasuh dalam masa yang singkat? Dalam pada susah hati tu, tiba-tiba terdetik.
“Apa kata aku cuba doa yang spesifik?”
Waktu tu saya minta nak pengasuh yang baik, sama wavelength, yang boleh tolak ansur dengan kami, yang sayang anak kami macam anak dia sendiri.
Walau kita usaha macam mana sekalipun, tetaplah perlu minta petunjuk Allah sebab Dia jauh lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Jadi, nak tak nak kena letak doa sebagai usaha pertama.
Nak tahu, esoknya kami dapat pengasuh yang sama macam dalam doa saya. Sampai hari ni pun masih meremang lagi bila cakap pasal pengasuh yang ini.
2. Sentiasa kenali pengasuh.
Bab ni paling penting. Walau macam mana sibuk sekalipun, mesti selidik dulu siapa yang bakal menjaga anak-anak sementara kita pergi kerja. Risik-risik daripada jiran tetangga pengasuh juga. Inilah orang yang akan gantikan kita sebagai ibu bapa setiap hari. Pengasuh bukan semata-mata jaga makan minum anak kita saja tau. Secara tak langsung mereka juga terlibat dalam proses membina diri anak kita.
Pakat-pakat dengan suami, pergi ke rumah pengasuh. Sembang-sembang. Dari situ kita dapat gambaran macam mana tempat yang anak kita akan duduk nanti.
3. Upah pengasuh.
Biar pengasuh yang tetapkan harga. Muliakan perkhidmatan mereka. Kita tak perlu pandai-pandai nak letak harga dulu.
Jika rasa kurang mampu dan nak minta kurang, mohon budi bicara pengasuh dan sertakan sebab kita sekali. Secara fitrahnya, orang takkan buat sesuatu tanpa kita bagi tahu sebabnya. Ada rezeki, pengasuh pun faham dan rela untuk kurangkan harga.
4. Mudahkan kerja pengasuh
Bekalkan makanan, pakaian dan keperluan asas anak-anak secukupnya. Kalau tak cukup, pengasuh pun susah hati.
Contohnya, jika anak menyusu susu perahan. Tuang siap-siap ke dalam botol untuk sekali minum (per fe3ding). Mudah untuk pengasuh terus beri anak kita susu nanti.
Tidaklah pengasuh merungut di belakang kita sebab dia rasa susah bagi susu perahan beku yang perlu dicairkan terlebih dahulu sedangkan anak kita dah meraung-meraung kelaparan. Mana nak kisahkan susu lagi, anak kita lagi.
Saya pernah terbaca kisah pengasuh yang suruh si ibu belikan susu tepung sebab susah nak handle susu perahan. Sedangkan tinggi harapan kita nak menyusukan anak dengan susu perahan sampai 2 tahun.
Mudahkan kerja orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita kan?
5. Hargai dan sayangi pengasuh.
Kita rasa kalau majikan layan kita baik-baik macam keluarga dia sendiri, kita gembira tak?
Bila pergi bercuti, beli buah tangan untuk pengasuh. Bila dapat bonus, hulurlah sedikit bonus juga. Bila dekat-dekat raya, beri duit raya. Boleh juga bayar lebih sikit setiap bulan sebagai sedekah. Sesekali bawa pengasuh makan best-best di luar. Untung-untung Allah lapangkan pintu rezeki buat kita dan jadi saham di akhirat nanti.
Bukan senang tugas seorang pengasuh. Kita yang ibu bapa kan dung ni pun berapa kali dah bertukar jadi “mak pak kau hijau” kat rumah kan?
Bila pengasuh gembira, selalunya dia akan jauh lebih gembira dan redha untuk jaga anak-anak kita. Silap-silap hari cuti pun dia minta hantar anak-anak ke rumahnya. Serius.
6. Jangan sesekali menipu.
Bab ni paling diben ci oleh sesiapa pun kan. Kita sendiri pun tak suka dit1pu. Jadi, kalau kita ada hal peribadi di luar yang menyebabkan pengasuh terpaksa jaga anak kita lebih masa atau waktu yang sepatutnya pengasuh cuti (selalunya hujung minggu), cerita betul-betul pada pengasuh.
“Makcik, hari ni saya cuti. Tapi saya kena pergi Damansara, ada urusan peribadi sikit.”
Selalunya pengasuh boleh bertolak ansur kalau kita ni banyak menyenangkan dia. Malah dia sentiasa berbesar hati untuk tolong kita.
7. Teruskan berdoa dan berdoa.
Bila kita dah pun usahakan apa yang patut, jangan lupa untuk berdoa buat pengasuh dan anak-anak kita. Setiap hari.
Doakan pengasuh diberikan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.
Semoga Allah pelihara keselamatan pengasuh dan anak-anak kita sepeninggalan kita untuk bekerja. Boleh juga amalkan doa dengan Asmaul Husna.
Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Allah.
Ya Allah yang Maha Memelihara. Kau peliharalah keselamatan pengasuh dan anak-anak kami. Hanya Kau sebaik-baik pemelihara.
Begitulah.
Sumber: Puan Nadia Bakar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Jangan Buat Main Hidung Tersumbat, Ambil Peduli Nasihat Pakar Ini
Kesihatan diri amat penting dijaga supaya kita dapat melalukan rutin harian dengan sempurna.
Salah satu masalah kesihatan yang dianggap remeh iaitu hidung tersumbat. Jika berlaku ia menjejaskan aktiviti harian
Sebagaimana perkongsian ini mendedahkan kepada kita hidung tersumbat harus dapat rawatan segera sebelum ia menjadi kronik. Ikuti perkongsian Dr Ezairy M. Sallih.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
MASALAH HIDUNG TERSUMBAT
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pesakit ni dah bertahun mengalami masalah hidung tersumbat. Sekejap belah kanan, sekejap sebelah kiri.
Baru-baru ini makin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, hidung sebelah kanan.
Beliau tak ada masalah pada telinga, tekak pun biasa-biasa sahaja. Hidung je ni bermasalah. Kadang-kadang , muka pun rasa gatal.
Saya mulai dengan rawatan menggunakan ubat-ubat yang sesuai untuk membantu mengurangkan gejala yang dialami. Namun, simptom ini masih lagi ada walau dah berbulan menggunakan ubat.
Hari ini saya lakukan pembedahan kepada beliau sebagai pilihan terakhir untuk membantu mengurangkan masalah yang dialami. Pembedahan ‘Septoturbinoplasty’ ini biasa dilakukan oleh pakar bedah ENT untuk mengecilkan saiz turbinate di dalam hidung dan menegakkan bahagian septum pesakit. Melalui pembedahan ini, pesakit akan bernafas dengan lebih lega.Semoga pilihan akhir ini dapat membantu beliau.
Doakan pesakit saya ini segera sembuh ya.
.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Pakar ENT
ENT, Head & Neck Surgeon
Johor Bahru
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Simpan Dalam Telefon Tapi Tak Cuba, Buat Jadual Resipi 30 Hari Mudahkan Ibu Waktu Puasa!
Bagi ibu-ibu terutama wanita yang bekerjaya, menyediakan menu berbuka setiap hari untuk anak-anak pastinya menyulitkan. Bila dihujung puasa, ibu mula buntu memikirkan apakah menu yang harus di masak.
Tip paling berkesan bagi menghilangkan rasa buntu dan bosan ini adalah merancang jadual menu setiap hari. Confirm ibu-ibu tak ter’miss’ jadual. Paling penting tak buntu menu apa yang hendak dimasak.
Menjelang Ramadan, apa yang ibu wajib lakukan adalah menyediakan 30 resipi lengkap, khusus untuk sebulan berpuasa. Amalan ini sepatutnya telah lama diamalkan. Cara ini bukan hanya lebih mudah bahkan tidak perlu pening kepala dan buntu setiap kali hendak memasak.
Jika anak-anak gemarkan satu-satu menu itu sahaja, kekalkanlah menu itu dengan kerap dan hanya tambah menu selebihnya untuk ahli keluarga lain. Ini pasti membantu variasikan hidangan pada hari itu. Bagaimana membuatnya?
Ikuti tip dan panduan serta beberapa jenis menu yang dirasakan menarik untuk anda cuba.
Senaraikan Menu Anak
Pertama sekali senaraikan menu anak terlebih dahulu. Ayam Goreng, Ayam Masak Kicap dan Sup Ayam misalnya pasti menjadi menu wajib dan kegemaran anak-anak bukan?
Keluarkan kesemua menu ini dan letakkan pada carta teratas. Ini penting supaya mengingatkan akan kepentingan menjaga rasa dan kepedasan berbeza untuk dihidangkan kepada anak-anak nanti.
Makanan Kegemaran
Seterusnya senaraikan makanan kegemaran anda dan suami pula serta seluruh isi keluarga lain. Senaraikan 10 jenis makanan suami dan 10 lagi makanan kegemaran anda. Ini penting bagi mengetahui apa jenis makanan yang patut didahulukan dan apa makanan yang patut di berada di bawah carta.
Cipta Resipi
Setelah semua resipi anak-anak dan kegemaran dan suami sudah dilengkapkan, selebihnya barulah anda cari resipi baru, terkini atau boleh juga mencuba resipi viral di internet. Resipi baru pasti buat anda teruja untuk mencuba. Malah suami dan anak-anak pun tidak bosan.
Ulang Resipi
Selebihnya barulah anda ulang semula resipi terdahulu, baik yang menjadi kesukaan anak-anak mahupun suami. Cara ini pasti membuatkan ahli keluarga tidak bosan menghadap menu yang sama. Malah yang paling penting, anda sendiri tidak buntu memikirkan apakah yang bakal dimasak setiap hari.
Rangka Jadual Lengkap
Lakukan senarai seperti di bawah ini dengan menyenaraikan sekali mengikut nutrisi. Tidak perlulah berlebih-lebihan mengira jumlah kalori dan sebagainya. Cukup hanya ada menu utama, sayur dan sedikit tambahan pelengkap makanan.
Jika perlu letakkan sekali air kesukaan anda. Lakukan senarai ini sehingga 30 hari. Percayalah ia sangat membantu anda.
Contoh:
Selasa (12/3)
Rendang Ayam
Sup Ayam (anak)
Sayur Campur
Ikan Goreng Berempah
Rabu (13/3)
Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Dalca Sayur
Acar
Ayam Goreng (anak)
Buat rangka jadual ini sehingga ke 30 hari dalam telefon bimbit. Kalau rajin siapkan lengkap dengan menu bersahur sekali. Senang mama nak semak dan ikut saja.
Wajib buat ya ibu-ibu. Confirm tak bosan!
Selamat mencuba!
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club