Wasiat Arwah Ibu Dapat Ditunaikan. Kuasa Viral Telah Temukan Semula Adik Kembar Terpisah 15 Tahun!

Share

Peribahasa air yang dicincang tidak akan putus, nyata selagi ada pertalian darah walau apa pun yang terjadi hubungan itu tetap akan bersatu. Tiada apa dapat memisahkannya walau sudah lama tidak dapat berhubung hatta hingga berbelas-belas tahun lamanya. Pasti ada waktunya akan bersatu kembali.

Seperti kisah empat adik beradik ini yang terpisah 15 tahun dapat dipertemukan semula dengan adik mereka (merupakan anak ketiga)  setelah diserahkan kepada keluarga angkat.

Pun begitu apa yang lebih menyentuh perasaan, pertemuan mereka adik beradik berlaku setelah ibu mereka meninggal dunia baru-baru ini.

Bagi menunaikan impian ibu tercinta, Afeeq yang merupakan anak kedua keluarga ini bertindak mencari semula adik kembarnya dengan memuat naik video di aplikasi tiktok.

“Kami ada empat beradik, aku yang nombor dua. Arwah mama ada lahirkan kembar di bawah aku. Seorang mama aku jaga, seorang lagi baki dekat orang terus tak contact sampai hari ini dah 15 tahun”

“Arwah mama amanahkan kami suruh cari kembar adik kami, segala wasiat mama tak lupa nama dia”, tulisnya pada kepsyen video yang dikongsikan.

Hantaran video itu telah meraih tontonan 1.6 juta,  apabila Afeeq turut meminta orang ramai membantunya untuk mencari adik kembarnya  yang dikenali sebagai Haziq Iskandar Bin Jefarmi.

@deadly.heart33
Arwah pernah bgitahu dia mungkin di Pahang sekarang ni🙏🏻. Klau ada yg kenal tlg contact saya ##fyp♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai – Shahrukh Khan

Benarlah dunia kini tanpa sempadan, hasil daripada viral video tersebut empat beradik ini berjaya dipertemukan semula tidak sampai tempuh 24 jam. Sungguh tidak disangka!

 

Adiknya yang terpisah itu tampil menghubungi Afeeq di ruangan DM dan memaklumkan bahawa dialah orang yang dicari oleh mereka selama ini.

Walaupun dipertemukan semula, namun menurut Afeeq adiknya itu berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat melihat wajah ibu kandungnya buat kali terkahir. Pun begitu Afeeq sangat-sangat berterima kasih kepada semua warganet yang telah membantu menularkan video tersebut hingga mereka adik beradik berjaya disatukan semula.

“Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan . Korang semua memang utusan Allah yang hebat,” ujarnya ikhlas.

@deadly.heart33Reply to @suhailisamsudin98 Alhamdulillah berkat usaha dan doa,tak lupa juga kpd semua warga tiktok yg prihatin🙏🏻❤️tq ##fyp♬ original sound – Gbye – 𝕯𝕷𝕿 𝖆𝖋𝖊𝖊𝖖 🔱

Sumber : Tiktok @deadly.heart33

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/   atau  Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club