Ke mana agaknya lokasi berbuka puasa anda bersama keluarga anda Ramadan ini? Apa kata anda jadikan Royale Chulan Hotels & Resorts sebagai pilihan destinasi sekeluarga.
Sempena Ramadan ini, Royale Chulan Hotels & Resorts mengajak anda dan keluarga untuk menikmati hidangan bufet yang cukup istimewa.
Cukup istimewa tahun ini, pasukan chef di setiap hotel telah menyusun menu istimewa yang menampilkan hidangan terbaik dari lauk pauk Melayu serta gabungan masakan kegemaran Malaysia dengan cita rasa Asia dan Antarabangsa.
Jom intai menu-menu menarik di setiap hotel Royale Chulan Hotels & Resorts seluruh Malaysia.
Royale Chulan Kuala Lumpur -3 hingga 29 Mac 2025
Taman Mahsuri menjemput anda dan insan tersayang untuk menikmati hidangan lazat serta momen bermakna dalam suasana bertemakan kampung yang tenang. Tambah lagi deretan makanan kampung yang sudah pastinya memenuhi selera anda sekeluarga.
Ads
Disini tersedia lebih 150 jenis hidangan yang disediakan oleh chef ternama. Antara hidangan istimewa seperti: Udang Nestum, Kerabu Maggi, Satay, Ikan Bakar Portugis, Kambing Golek, Nasi Kerabu, Air Balang, serta gerai makanan yang menyajikan hidangan segar secara langsung dan banyak lagi.
Harga Early Bird (sehingga 15 Februari): RM188 bersih
Dewasa: RM228 bersih
Kanak-kanak: RM110 bersih
Warga emas: RM188 bersih
Untuk tempahan, hubungi Warisan Café di 019-325 4718 atau emel ke fnbpromo.rckl@royalechulan.com.
Royale Chulan Seremban (2 Mac hingga 30 Mac 2025)
Para tetamu berpeluang menikmati hidangan autentik Negeri Sembilan seperti Paru Berlado, Rendang Pucuk Ubi dan Daging Salai Lemak Mangga Muda dan banyak lagi yang pastinya memenuhi selera sekeluarga.
Pakar kulinari menyajikan lebih daripada 150 jenis lauk pauk yang enak serta lebih daripada 10 gerai makanan yang menawarkan hidangan lazat seperti Kawah Oxtail Asam Pedas, Rendang Itik Pucuk Maman, Nasi Hujan Panas, Pasembor, Cucur Kurma, Yong Tau Foo, Shawarma, Sotong, serta Ikan Bakar, Satay, Serawa Durian, Kambing Panggang dan banyak lagi!
Ads
Harga Promosi Awal (sehingga 28 Februari): RM110 bersih
Dewasa: RM130 bersih | Kanak-kanak: RM80 bersih | Warga Emas: RM100 bersih
Untuk tempahan, hubungi restoran Asiatique di 06-766 6666 atau WhatsApp di 016-920 9891, atau emel fbdept.rcs@royalechulan.com.
Royale Chulan Damansara (2 Mac hingga 29 Mac 2025)
Kambing Golek, Asam Pedas Pari, serta Nasi Kerabu antara yang menjadi tarikan utama di Royale Chulan Damansara. Tidak hanya hidangan bahkan di sini turut disediakan bilik khas untuk menunaikan solat tarawih beramai-ramai.
Ads
Harga bufet ialah RM148 bersih bagi dewasa dan RM98 bersih bagi kanak-kanak, dengan baucar promosi awal boleh dibeli sehingga 10 Mac 2025. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi Royale Chulan Damansara di +603 7959 9000 atau emel info@royalechulandamansara.com.
Harga Promosi Awal (sehingga 10 Mac): RM158 bersih
Dewasa: RM178 bersih | Kanak-kanak: RM98 bersih | Warga Emas: RM148 bersih
Untuk tempahan, hubungi Royale Coffee House Restaurant di 03-7959 9000.
TAWARAN PENGINAPAN RAMADAN
Selepas makan bersama keluarga, anda dan keluarga boleh juga untuk menikmati pakej penginapan hebat sepanjang Ramadan ini. Nikmati penginapan 2 hari, 1 malam termasuk Bufet Ramadan Warna Rasa untuk Iftar, dilengkapi dengan sahur di hotel-hotel kami yang mengambil bahagian:
Royale Chulan Kuala Lumpur pakej berharga RM398.00 bersih Royale Chulan Seremban pakej berharga RM438.00 bersih Royale Chulan Damansara pakej berharga RM438.00 bersih Royale Chulan The Curve pakej berharga RM429.00 bersih Royale Chulan Cherating Villa pakej berharga RM468.00 bersih (termasuk bilik dan Sahur sahaja, tidak termasuk Bufet Ramadan) Royale Chulan Cherating Chalet pakej berharga RM175.00 bersih (termasuk bilik dan Sahur sahaja)
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan istimewa di setiap hotel Royale Chulan dan rebut tawaran harga istimewa untuk tempahan awal bulan ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Petua simpan taugeh supaya kekal segar dan putih. Taugeh adalah sayur yang mudah disediakan dan harganya juga sangat berpatutan. Namun begitu, taugeh mudah layu dan berubah warna jika disimpan terlalu lama, menjadikannya kurang menarik untuk dimakan.
Petua Simpan Taugeh Supaya Kekal Segar Dan Putih
Masalah ini sering dihadapi oleh ramai suri rumah apabila terlupa memasaknya disebabkan kesibukan atau perkara lain.
Jangan risau, ada cara mudah untuk memastikan taugeh kekal segar, putih, dan tahan lebih lama. Petua ini dikongsikan oleh pengguna media sosial, AwisyAlif AlifAwisy dan Cahaya Ara Ixerora.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda cuba:
1. Cara Putihkan Semula Taugeh Yang Sudah Lebam
Kadangkala taugeh yang dibeli berubah menjadi lebam kerana disimpan terlalu lama. Jika ini berlaku, jangan buang taugeh tersebut. Anda boleh memutihkannya semula dengan cara berikut:
Rendam taugeh dalam bekas berisi air.
Tambahkan beberapa keping asam keping ke dalam air rendaman.
Biarkan selama beberapa ketika sehingga taugeh kembali putih seperti baru dibeli.
Dengan petua ini, taugeh yang kelihatan lebam akan kembali segar dan sedia untuk dimasak.
2. Cara Simpan Taugeh Supaya Kekal Segar Dan Tidak Cepat Rosak
Untuk memastikan taugeh kekal segar dan tidak cepat rosak, ikuti langkah mudah ini:
*Masukkan taugeh ke dalam plastik bersih.
*Letakkan sekeping asam keping bersama taugeh di dalam plastik.
*Tambahkan air sehingga taugeh tenggelam sepenuhnya.
*Ikat plastik dengan kemas untuk mengelakkan udara masuk.
Tip tambahan: Tukar air rendaman setiap dua hari sekali untuk memastikan taugeh kekal segar.
Menurut AwisyAlif, dengan cara ini taugeh boleh disimpan sehingga 9 hari tanpa rosak, dan warnanya tetap putih bersih.
3. Kenapa Asam Keping Digunakan?
Asam keping bertindak sebagai bahan semula jadi yang membantu mengekalkan kesegaran taugeh. Sifat asid dalam asam keping membantu menghalang pertumbuhan bakteria, sekali gus melambatkan proses kerosakan taugeh.
4. Kelebihan Menggunakan Petua Ini
Jimatkan kos: Tidak perlu membuang taugeh yang lebam.
Penjagaan kualiti makanan: Taugeh kekal segar dan menarik untuk dimasak.
Mudah diamalkan: Langkah yang mudah dan menggunakan bahan yang murah serta tersedia di rumah.
Dengan petua ini, anda tidak perlu lagi risau tentang taugeh yang cepat layu atau berubah warna. Amalkan cara ini setiap kali membeli taugeh, dan anda pasti teruja dengan hasilnya. Selamat mencuba!
Kalau nak cuba kelainan masak sardin dalam tin, apa kata cuba masak lemak cili api. Nak lagi sedap kena masak pedas, barulah menyengat! Memang bertambah-tambahlah nasi dalam pinggan.
Jemu juga kalau sardin dalam tin kita masak macam biasa. Resipi masak lemak cili api ini pilihan lain menu menggunakan sardin dalam tin. Adalah sedikit variasi dalam menu masakan untuk keluarga.
Mungkin ada yang sudah biasa masak, tapi ramai juga yang langsung tak pernah cuba lauk sardin tin ini dimasak begini. Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Namun setelah mencuba ternyata lauk ini katanya tersangatlah sedap, lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas.
Tip elak ketupat nasi cepat berair dan basi, barulah tak risau bila masak banyak. Ketupat nasi menjadi menu istimewa yang dinanti-nantikan untuk dinikmati di pagi raya. Ketupat nasi biasanya dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk-pauk seperti rendang, serunding, dan kuah kacang.
Tip Elak Ketupat Nasi Cepat Berair & Basi
Selalunya ketupat nasi dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Ketupat boleh tahan lama tetapi kalau tidak kena caranya ia akan cepat rosak dan berlakulah pembaziran.
Mari kita cuba cara yang betul untuk dapat ketupat tahan lama dan tidak cepat basi.
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
2. DAUN KELAPA YANG MUDA & SEGAR
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. KANDUNGAN BERAS
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. REBUS 4-5 JAM
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
5. TOS DAN GANTUNG
Kredit foto: Sekin Orkid via MAHN
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
6. SIMPAN SEJUK BEKU
Kredit foto: Nama Saya Siti Aisyah via MAHN
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang dan ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu lagi risau ketupat akan basi terutama bila masak dalam jumlah yang banyak. Pembaziran pun boleh dikurangkan.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...