Sebut sahaja Nasi kerabu, pasti terbayang warnanya yang biru dan menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian .
Walaupun ada nasi kerabu berwarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna.
Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).
Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan
Ads
Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang. Ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit..
Antara khasiat bunga telang:
#1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
#2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.
Ads
#3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
#4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
#5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
Ads
#6 – Anti-penuaan
#7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah sebab banyak nak disediakan, yang membuatkan ramai yang membelinya dari membuatnya sendiri di rumah.
Ia biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas mengumumkan bakal bernikah pada 11 Januari depan, ramai yang patah hati bila mana, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal mendirikan rumah tangga bersama suri hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.
Si cantik manis, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam, satu-satunya wanita yang berjaya menambat hati putera kegilaan ramai itu juga rupanya bukan gadis biasa-biasa.
Ramai yang mula tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang menjadi pilihan hati putera kesayangan semua ini.
Berikut merupakan trivia mengenai bakal isteri Putera Mateen iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.
* Beliau merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunie iaitu Pehin Datuk Isa.
* Dayang Anisha juga merupakan graduan dari sebuah universiti di England.
* Turut dikenali dengan nama Anisha Isa Kalebic.
* Dayang Anisha mempunyai perniagaan berkaitan fesyen dikenali sebagai Silk Collective.
* Suri cantik manis ini turut memulakan perniagaan pelancongan bernama Authentirary bersama rakan baiknya.
* Abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat baik Putera Mateen.
* Instagram Dayang Anisha ditetapkan dalam mode privasi dan hanya boleh diakses mereka yang terdekat dengannya.
* Khabar angin tentang hubungan cinta Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula bertebaran sejak tahun 2018.
* Foto bersama Putera Mateen yang menghadiri sebuah acara pernah tular sebelum ini.
* Fanpage Dayang Anisha turut diwujudkan oleh peminat di Instagram dan Tik Tok sejak hubungannya dengan Putera Mateen diketahui umum.
Terdahulu, pihak istana kerajaan Brunei mengumumkan Putera Mateen, anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassananl Bolkiah bakal bernikah pada 11 Januari 2024.
Istiada Perkahwinan Diraja itu bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuluh Diraja pada 7 Januari diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.
Seterusnya Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pula bakal diadakan pada 11 Januari. Acara kemuncak adalah Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.
Dunia seni dikejutkan dengan kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang dikatakan menjual buku demi menampung kehidupannya. Dalam usianya yang masih muda dan sepatutnya bersekolah, namun dia terpaksa melupakan seketika Hasrat tersebut.
Rata-rata meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan nasib pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat ini. Kisah Balqis bukan sahaja mendapat perhatian daripada peminat dan malah ia juga mencuri tumpuan anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida.
Terbaru, dalam perkongsiannya di Instagram, jutawan kosmetik itu memuat naik sebuah video yang memaparkan anak sulungnya membantu Balqis menjual buku .
Ammar Ahyan juga dilihat menerima sejumlah wang daripada Datuk Aliff Syukri bagi memberikan bantuan buat Puteri Balqis sekaligus menjadi wakilnya.
Menerusi satu video dimuat naik, kongsi usahawan itu dia sebenarnya mempunyai peruntukan untuk memberikan bantuan buat yang memerlukan.
Menerusi video berkenaan juga, Datin Shahida memberitahu mahu anaknya itu belajar untuk membantu sesiapa tanpa kehadiran dia dan suaminya.
Ammar Ahyan juga dilihat bersama Puteri Balqis dan memegang buku hasil tulisan daripada pelakon itu. “Saya memang suka anak-anak saya terlibat dengan kerja-kerja begini sejak kecil lagi kerana saya nak mereka tahu betapa susahnya mencari duit. “Jangan kerana ayah banyak duit mereka alpa dan lupa diri. Sedangkan kemewahan itu bukan milik mereka dan untuk mendapatkan semua ini, saya berusaha gigih. Kerana itu, saya mahu anak-anak saya merasai sendiri betapa susahnya situasi tersebut.
“Sebab itu jugalah saya selalu hantar anak-anak saya ke rumah anak-anak yatim bagi mereka merasai sendiri kekurangan dan kesusahan orang lain. Berdikari sejak kecil jadi anak-anak saya akan lebih menghargai dan tidak berasa seperti lahir dalam dulang emas.”ujar Dato Seri Aliff Syukri kepada Majalah Keluarga yang menemubualnya semalam.
Rata-rata yang menonton video tersebut mendoakan keluarga usahawan itu selain memuji sikap baik anak sulung Datuk Aliff Syukri yang Nampak bersahaja dan tidak kekok membantu Balqis.
Satu sikap terpuji yang patut ada pada anak-anak lain dalam membantu orang lain yang di dalam kesusahan.
cabaran @ammarahyan_terlajaklaris bantu putri balqis. Walaupun adik Puteri Balqis Dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa sihat adik Balqis sanggup menjual buku..Hari ini abang memberi cabaran kepada anak abang untuk buat benda yang sama macam Puteri buat.
Biasanya bila anak demam kita akan bawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan daripada doktor, namun tidak kurang juga ada ibu ayah bila dapat tahu anak mula menunjukkan tanda-tanda suhu badannya panas, akan terus membeli ubat di kedai atau difarmasi untuk meredakan demam tersebut.
Adakah cara ini selamat dan bagaimana pula untuk kita tentukan sukatan ubat yang diberikan adalah tepat? Perkongsian daripada doktor ini diharapkan dapat memberi pencerahan.
Jom semak.
Ubat demam ialah ubat ” over the counter”, yang boleh dibeli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.
Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brandnya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.
Selain untuk demam, Paracetamol juga boleh kita guna untuk TAHAN SAKIT . Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.
Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN (ubat demam lain) atau penggunaan Paracetamol suppository (ubat masuk punggung).
Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan (2 strength) ubat Paracetamol kanak kanak (dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.
Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:
1) 120mg / 5ml
* atau ada juga yang 125mg / 5ml
2) 250mg / 5ml
Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati. Ya … ROSAK HATI
Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose) Apabila kurang dose makan suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.
Kena ingat ini:
> Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
> Demam start bila temperature > 37.5 degree.
> Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.
> Apa apa demam yang berserta simptom yang merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak-kanak meracau. Atau demam dengan cirit birit teruk. Atau demam yang berserta ruam.
Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap penyakit yang dihidapi.
KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL untuk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc.
Sila ikut berat badan anak ya. Ada budak umur 1 tahun yang berat macam budak 2 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.
KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.
Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yang perlu di bagi ikut berat badan anak.
FORMULA :
15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formulanya. Maknanya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol untuk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.
* Formula ini terpakai untuk kanak-kanak yang beratnya <50KG ya.
Contoh:
Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yang patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol
Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) untuk dapatkan 150mg tu?
Kiraan nya:
150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml
So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa ml perlu bagi?
150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml
So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.
Nampak tak, beza 12.5ml VS 6ml ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat..
Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)
Ambil contoh anak yang berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.
*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dose yg ingin diberikan..
Dr Shazwan
Dr Syahida
KLINIK AVICENNA
KLINIK LATHIKA