Warganet Tersentuh, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Baik Tunai Umrah -“..Dapat Doakan Arwah Sahabat Kita Loh”

Share

“Sahabat baik tidak akan berubah hati, meskipun musim bertukar ganti”

Ringkas sahaja dialog bagi sebuah filem ini, tetapi beri makna yang mendalam. Selalunya bila dah melangkah ke alam dewasa, ada kerjaya dan keluarga masing-masing, semakin lama semakin jauh kita dengan kawan-kawan yang dahulunya susah senang bersama.

Namun, tak semua sebegini. Masih ada lagi yang kekalkan persahabatan meskipun sudah punya haluan hidup masing-masing. Contohnya seperti persahabatan yang ditunjukkan oleh usahawan, Hafiz Mahamad yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah. Malah yang menjadi tumpuan apabila dia bukan sahaja datang bersama keluarga dan pekerjanya, malah rakan karibnya juga diajak untuk pergi bersama-sama.

“Arwah sahabat pasti tenang. Saya datangkan juga 3 sahabat baik ke umrah. Semua sebak saat kita didepan Kaabah. Ya Allah, mereka ni sahabat baik saya.

“Sorang dah takda. Tinggal 3 ini sahaja sahabat baik saya. Saya pesan pada mereka,

Jangan kita pernah dengki sesama kita, kalau ada yg susah. Antara kita yg senang harus datang bantu. Kalau antara kita ada yg sedih, antara kita harus ada yg dtg untuk membahagiakan. Jangan simpan sorang sorang. kita sahabat. Kita bantu sesama kita

” tulisnya.

Bagi Hafiz, niatnya untuk bawa kawan-kawannya ke Tanah Suci itu untuk gembirakan sahabatnya itu sekaligus boleh mendoakan rakan mereka, Loh yang sudah meninggalkan mereka selamanya.

“Waktu saya call mereka & bgtau saya nk bawa ke Umrah. Semua terkejut. Saya hanya nk mereka happy disini & dapatkan doakan ‘arwah sahabat kita’ Loh.

“Saya nak bersahabat hingga syurga & takkan lupa kenangan baik bersahabat bersama mereka. Happy, sebab kita masih bersatu & baik dari zaman sekolah. Mereka selalu ada,” tambahnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan niat baik Hafiz membawa rakan-rakannya untuk menunaikan umrah. Malah, ada juga mengagumi persahabatan yang mereka kekal sehingga kini dan turut mendoakan buat arwah sahabat mereka yang telah pergi selamanya.

Sumber : Instagram Hafiz Mahamad