“Sahabat baik tidak akan berubah hati, meskipun musim bertukar ganti”
Ringkas sahaja dialog bagi sebuah filem ini, tetapi beri makna yang mendalam. Selalunya bila dah melangkah ke alam dewasa, ada kerjaya dan keluarga masing-masing, semakin lama semakin jauh kita dengan kawan-kawan yang dahulunya susah senang bersama.
Namun, tak semua sebegini. Masih ada lagi yang kekalkan persahabatan meskipun sudah punya haluan hidup masing-masing. Contohnya seperti persahabatan yang ditunjukkan oleh usahawan, Hafiz Mahamad yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah. Malah yang menjadi tumpuan apabila dia bukan sahaja datang bersama keluarga dan pekerjanya, malah rakan karibnya juga diajak untuk pergi bersama-sama.
“Arwah sahabat pasti tenang. Saya datangkan juga 3 sahabat baik ke umrah. Semua sebak saat kita didepan Kaabah. Ya Allah, mereka ni sahabat baik saya.
Ads
“Sorang dah takda. Tinggal 3 ini sahaja sahabat baik saya. Saya pesan pada mereka,
Jangan kita pernah dengki sesama kita, kalau ada yg susah. Antara kita yg senang harus datang bantu. Kalau antara kita ada yg sedih, antara kita harus ada yg dtg untuk membahagiakan. Jangan simpan sorang sorang. kita sahabat. Kita bantu sesama kita” tulisnya.
Bagi Hafiz, niatnya untuk bawa kawan-kawannya ke Tanah Suci itu untuk gembirakan sahabatnya itu sekaligus boleh mendoakan rakan mereka, Loh yang sudah meninggalkan mereka selamanya.
“Waktu saya call mereka & bgtau saya nk bawa ke Umrah. Semua terkejut. Saya hanya nk mereka happy disini & dapatkan doakan ‘arwah sahabat kita’ Loh.
Ads
“Saya nak bersahabat hingga syurga & takkan lupa kenangan baik bersahabat bersama mereka. Happy, sebab kita masih bersatu & baik dari zaman sekolah. Mereka selalu ada,” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan niat baik Hafiz membawa rakan-rakannya untuk menunaikan umrah. Malah, ada juga mengagumi persahabatan yang mereka kekal sehingga kini dan turut mendoakan buat arwah sahabat mereka yang telah pergi selamanya.
Wow macam kediaman bertaraf mewah! Itulah yang boleh diperkatakan mengenai hasil kesepakatan penduduk PPR Lembah Subang 1 yang menghias ruang lobby blok kediaman mereka.
Ruang lobby seperti hotel yang dihias cantik itu dikongsikan menerusi satu akaun Tik Tok @nsulieza malah mendapat pujian ramai.
“Hasil kerjasama jiran setingkat,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menurut perkongsiannya di kapsyen, ia diadakan sempena pertandingan kebersihan dan keceriaan di blok berkenaan.
Malah setiap tingkat memperlihatkan dekorasi berbeza mengikut citarasa masing-masing.
Meninjau diruangan komen, sudah semestinya hasil kerja jiran setingkat ini dipuji ramai pihak malah memuji sikap sepakat diantara penduduk.
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Tahukah anda bahawa wajah asal manikin CPR adalah seorang gadis. Bagi yang pernah mengikuti latihan pertolongan cemas CPR ini sudah tentu kerap menggunakan wajah patung ini.
Nak tahu lanjut mengenai misteri milik wajah patung ini, ikuti coretan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk infomasi lanjut.
Sudah Lebih 100 Tahun Mati, Tapi Sehingga Kini, Gadis Ini Masih Cuba Diselamatkan
Sekitar tahun 1880, seorang gadis ditemui lemas di Sungai Seine, sebuah sungai yang merentasi kota Paris. Bagi tujuan pengecaman, mayat gadis ini dipamerkan di sebuah rumah mayat, dengan harapan ada orang awan yang boleh mengecam mayat tersebut. Malangnya, tiada siapa tampil untuk mengenal pasti identiti gadis berkenaan
Kisah gadis yang disyaki membunuh diri ini tidak berakhir di situ.
Gadis misteri ini, meskipun mati lemas, wajahnya yang tersenyum damai, seakan-akan wajah seseorang yang sedang lena diulit mimpi indah telah menawan hati orang ramai. Lantaran itu, acuan plaster wajah wanita rupawan ini telah dibuat.
Menjelang awal abad ke-20, arca patung berdasarkan muka gadis yang mempersonakan ini telah menghiasi ruang-ruang galeri seni terkemuka di kota Paris, bahkan menjadi ia menjadi satu fenomena di kota-kota eropah yang lain.
Wajah gadis misteri yang berjaya memukau warga eropah ini, telah diberi nama Inconnue de la Seine. Ada juga yang memberi jolokan “Mona Lisa Lemas”, mungkin kerana aura senyumannya setanding senyuman Mona Lisa — lukisan artis Renaissance; Leonardo da Vinci.
Inconnue juga tidak terlepas daripada menjadi subjek sastera; sajak, gurindam, novel, dan sebagainya. Karya-karya ini menyentuh tentang keanggunan, asal usul dan kisah disebalik kematiannya.
Setelah menghantui di tamadun seni Eropah selama 50 tahun, enigma gadis misteri ini telah menyelinap ke lapangan yang lebih luas.
Pada tahun 1955, seorang usahawan boneka patung yang terkenal di Norway, Asmund Laerdal telah menjumpai anaknya terapung tak bernyawa di dalam air. Namun, pantang maut sebelum ajal. Walaupun ketika itu teknik resusitasi kardipulmonari(CPR) belum wujud, anaknya itu berjaya diselamatkan.
Hanya 3 tahun selepas itu, seorang doktor Hungary, Dr. Peter Safar, menformulasi teknik CPR. Dr. Safar memerlukan patung yang direka khas bagi tujuan latihan dan penyebaran teknik ini, maka melalui seorang rakan, beliau telah diperkenalkan kepada Laerdal.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Laerdal yang masih terkesan dengan tragedi yang menimpa anaknya, bersetuju bekerjasama dengan Dr. Safar.
Dr. Safar dan Laerdal sangat teliti dalam aspek teknikal patung ini. Ia mempunyai salur pernafasan mirip manusia, lengkap dengan lidah dan dada yang boleh menganjal jika diberi tekanan. Selain itu, Laerdal juga memberi tumpuan kepada nilai estetika patung ini.
Baginya, wajah patung ini perlu realistik tetapi tidak terlalu mengerikan. Memandangkan patung itu perlu “dicium” oleh pelatih CPR, Laerdal berpendapat wajah wanita adalah lebih sesuai digunakan. Agak-agak beliau pilih wajah siapa?
Ya! Wajah Inconnue de la Seine!
Sedikit perubahan pada wajah Inconnue perlu dilakukan agar boleh digunakan pada patung resusitasi ini kerana patung tersebut memerlukan mulut yang terbuka. Jadi senyuman manis Inconnue terpaksa dikorbankan. Selain daripada itu, semua ciri Inconnue dikekalkan.
Pada tahun 1960, seiring dengan pengenalan teknik CPR kepada umum, patung resusitasi ini turut diperkenalkan. Kursus-kursus CPR mula diajar kepada petugas kesihatan, bomba, polis, tentera, malah di syarikat-syarikat dan sekolah-sekolah, termasuk kolej dan universiti.
Resusci Anne.
Itulah nama timangan yang diberi untuk patung latihan CPR ini. Ada mengatakan nama “Anne” berasal dari kependekkan “mannequin”, dan ada pula mendakwa ia diambil sempena nama Sungai Siene di mana mayat Inconnue dijumpai. Kini, dianggarkan seramai 400 juta orang pernah dilatih menggunakan patung Resusci Anne, dan salah seorang daripadanya adalah selebriti terkenal, Michael Jackson.
“Annie, are you OK? Are you OK, Annie?”
Serius. Menurut dokumentari “Bad 25” yang berkisar tentang album pembikinan album Bad, lirik korus lagu “Smooth Criminal” yang dinyanyikan oleh Raja Pop ini, merujuk kepada salah satu frasa yang diajar ketika latihan CPR.
Namun begitu, di Malaysia kita tak diajar frasa tersebut semasa kursus latihan CPR. Di sini kalau kita panggil Anne, nanti pelayan di kedai mamak yang menyahut. Kahkahkah!
Apapun, teknik asas kemahiran CPR perlu dipelajari setiap lapisan masyarakat. Jika berhadapan dengan situasi dimana jantung atau pernafasan terhenti, prosedur ini boleh menyelamatkan nyawa!
Dah jadi adat, bila bertandang rumah orang terutamanya ketika hari perayaan, tuan rumah akan menjamu makanan dan minuman. Bila selesai mengisi perut dan berbual, mesti kita sebagai tetamu tidak sedap jika biarkan pinggan di hadapan kan? Pasti kita akan membantu mereka angkat pinggan dan cawan yang kita gunakan ke dapur.
Yang mana rajin, pastu akan basuh terus sekali dengan apa yang ada di dalam sinkinitu. Malah, ada juga tika nak melangkah bawa pinggak kotor, terus tuan rumah datang dan keluar siap berpesan biasanya keluar ayat “Eh tak apa, biar je kat situ”.
Dalam hati kita mesti tertanya-tanya tuan rumah ni berkias ke atau memang betul dia tak beri kita ke dapur dan basuh pinggan sendiri?
Sama ada tuan rumah berkias atau ini 5 sebab dari perkongsian dari WVGIF kenapa tuan rumah berkeras tak beri kita basuh pinggan sendiri
1. Dapur tempat tersorok. Ada kalanya anak bujang tuan rumah tengah sedap makan ketupat dengan muka belum mandi dan bertuala.
2. Dapur selalu jadi tempat last minute sorok benda benda dari pandangan tetamu, macam baju kelawar, spender, plastik sampah dan bantal busuk.
3. Tuan rumah ada cara tersendiri basuh pinggan. Kalau awak basuh cukup syarat sebab tak nak baju kotor, takut pinggan masih bau hanyir.
4. Sinki mungkin dah penuh dengan periuk belanga. Kalau awak masuk dapur dan letak pinggan mangkuk kotor dalam sinki, lagi susah kerja basuh pinggan.
5. Tak, sekarang ni siapa tuan rumah? Tuan rumah kata tak payah, tak payahlah. Amboi, kat rumah orang pulak nak tunjuk rajin ya?