Jarang-jarang berkongsi gambar peribadi, perkongsian pelakon cantik manis, Lisa Surihani yang memuat naik gambar bersama suami dan ketiga-tiga anaknya mendapat perhatian ramai.

Menerusi Instagramnya, Lisa memuat naik beberapa keping gambar bersama Yusri serta tiga anak mereka, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Paling menarik pastinya gaya sedondon Yusri bersama dua anak lelakinya, Yusof dan Yunos yang mengenakan kemeja t sama. Memang nampak comel.

Wargamaya Titip Doa Untuk Keluarga Bahagia Lisa Surihani, “Anak-Anak Dah Besar, Comel”

Ads

Tidak kurang comelnya Lisa dan anak sulungnya, Yahaira yang mengenakan baju berwarna merah jambu pekat.

Bonding keluarga ini yang dikongsikan ini menerima lebih 45 000 tanda suka dari peminat kedua-dua penyanyi dan pelakon ini. Apa lagi melihat aksi comel mereka berlima.

Ads

Wargamaya Titip Doa Untuk Keluarga Bahagia Lisa Surihani, “Anak-Anak Dah Besar, Comel”

Bahkan anak-anak Lisa dan Yusri turut dipuji comel dan cantik, gabungan wajah ibu dan ayahnya.

Ads

Wargamaya Titip Doa Untuk Keluarga Bahagia Lisa Surihani, “Anak-Anak Dah Besar, Comel”

Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut mendoakan agar keluarga ini sentiasa dilindungi malah terus berkasih sayang dan bahagia sampai syurga.

Wargamaya Titip Doa Untuk Keluarga Bahagia Lisa Surihani, “Anak-Anak Dah Besar, Comel” Wargamaya Titip Doa Untuk Keluarga Bahagia Lisa Surihani, “Anak-Anak Dah Besar, Comel”

Terdahulu, Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI