![Capture](https://cdn.keluarga.my/2025/02/Capture-696x384.jpg.webp)
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar, memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menerima laporan di Petaling Jaya mengenai seorang lelaki berusia 67 tahun, seorang pesara swasta, yang mengalami kerugian besar akibat pelaburan palsu yang menjanjikan keuntungan tinggi.
Mangsa tertarik untuk menyertai pelaburan dikenali sebagai ‘Uvkxe’ yang diiklankan di Facebook sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh dua individu, Prof Lim dan Branda Ng.
“Mangsa dijanjikan keuntungan besar dan turut dipujuk untuk melabur dalam pasaran saham tempatan serta antarabangsa,” katanya.
“Mangsa diminta membuat 16 transaksi bayaran membabitkan enam akaun bank berbeza yang berjumlah RM1.7 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, Prof Lim kemudian memberitahu pelaburan di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai kemuncak dan mencadangkan mangsa untuk melabur dalam pasaran mata wang Bitcoin dan Kripto.
Ads
“Mangsa kemudian sedar diperdaya apabila gagal memperoleh keuntungan seperti dijanjikan.
Ads
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber:Harian Metro