Baru-baru ini, tular di laman Twitter sebuah ciapan yang dimuatnaik oleh @paizmuhdd yang mendedahkan tentang perkara yang menimpa seorang warga emas yang mengalami kerugian melebihi RM45,000 kerana diperdaya oleh taktik licik pertukaran kad ATM oleh individu tidak bertanggungjawab.
Difahamkan jumlah keseluruhan transaksi haram yang bernilai RM46,000 berlaku dalam tempoh tiga hari bermula 25 Mac, 26 Mac dan 27 Mac 2023.
Terdapat sebanyak 23 transaksi yang telah dibuat oleh suspek dan salah satunya dibuat untuk membeli telefon pintar iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar, Klang.
Dalam pendedahan tersebut, beliau turut menerangkan mengenai bagaimana jenayah itu dilakukan tanpa mangsa sedar akan permainan yang dibuat.
Menurut lelaki ini, pada mulanya, suspek akan merosakkan mesin ATM tersebut. Ia akan menyebabkan kegagalan kad untuk dibaca. Kemudian suspek akan berdiri rapat dengan mangsa untuk mendapatkan nombor pin kad tersebut.
Selepas itu, kad mangsa akan tersangkut disebabkan mesin ATM telah dirosakkan.
Lalu, suspek akan berpura-pura cuba untuk membantu dan pada masa yang sama suspek akan mengeluarkan kad lain atau dummy yang serupa dengan kad mangsa dan diberikan kepada mangsa tanpa disedari.
Sementara kad yang tersangkut di dalam mesin ATM, si suspek akan mengambilnya dan mengeluarkan wang sewenang-wenangnya daripada akaun tersebut kerana sudah tahu nombor pin kad ATM mangsa.
Difahamkan kegiatan pertukaran kad bank di mesin ATM berlaku di sekitar kawasan Selangor dan menyasarkan warga emas. Penjenayah sengaja menyasarkan warga emas kerana kebanyakan dari mereka tidak pandai menggunakan perbankan atas talian untuk menyemak transaksi.
Suspek juga memilih hujung minggu sebagai waktu beroperasi kerana mangsa tidak boleh membuat penggantian kad pada hujung minggu dan perlu menunggu sehingga hari Isnin berikutnya.
Berdasarkan bukti yang telah dapat dirakamkan dalam satu CCTV, suspek merupakan sepasang suami isteri di mana mereka membeli iPhone 13 Pro Max menggunakan kad bank mangsa menerusi sebuah kedai telekomunikasi.
Duit hilang di Bank Simpanan Nasional
Jumlah keseluruhan transaksi haram bernilai RM 46,000 dengan 3 hari transaksi bermula 25,26 & 27 March 2023 sebanyak 23 transaksi dan salah satunya transaksi dibuat membeli telefon Iphone 13 pro max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar. pic.twitter.com/9u9yhWYPcb
— Paiz (@paizmuhdd) March 28, 2023
Malah, suspek dilihat mampu memasukkan nombor pin dengan betul untuk membuat transaksi haram itu.
Laporan polis telah pun dibuat susulan insiden itu dan tindakan lanjut bakal diambil.
Sebagai peringatan, kita mestilah berwaspada sewaktu ingin menggunakan mesin ATM dan jangan sesekali membiarkan individu yang tidak dikenali berada dekat selagi kad masih belum dikeluarkan lagi.
Anda juga sebagai anak seharusnya menemani ibu bapa jika mereka ingin berurusan di mesin ATM agar boleh menggelakkan perkara yang tidak diingin dari terjadi.
1)Si Perompak yang hina rosakkan mesin ATM
2)Si Perompak yang hina akan berdiri di belakang mangsa tersebut berlakon mcm nak withdraw duit tapi sebenarnya perhatikan no pin mangsa
3)Kad mangsa akan tersangkut sebab mesin ATM telah dirosakkan pic.twitter.com/ZF7lwqGemW— Paiz (@paizmuhdd) March 28, 2023
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club