Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Ini kerana, Allah SWT telah menyatakannya di dalam al-Quran secara jelas bahawa kematian itu akan datang kepada manusia dan ia tidak akan cepat atau lambat sesaat pun:
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Al-A’raf: 34
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
Begitu dengan khabar duka ini apabila seorang warga emas meninggal dunia semasa menunggu bas ke klinik.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
SERANGAN JANTUNG
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Sinar Harian, seorang warga emas tidak sempat mendapatkan rawatan di klinik kesihatan selepas ditemui meninggal dunia di sebuah pondok bas di tepi jalan di Kampung Serkam Darat di sini, pagi Selasa.
Dalam kejadian 7.45 pagi, Dol Samad Abu, 64, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang menunggu bas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, Ketua Balai Polis Merlimau bersama anggota ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan.
Menurutnya, warga emas terbabit dipercayai mahu ke klinik kesihatan berhampiran sebelum terkena serangan jantung.
“Kejadian itu dilihat seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu dan ternampak warga emas tersebut dalam keadaan terbaring.
“Pemeriksaan di dalam beg mangsa turut menjumpai pelbagai jenis ubat serta buku rawatan.”
Tambah beliau, mangsa turut mempunyai beberapa penyakit lain termasuk asma serta gout.
Ujar beliau, individu itu tinggal bersama adiknya berdekatan pondok bas itu dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai perubatan kemudian mengesahkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Semakan buku rawatan mendapati dia memang kerap mendapatkan rawatan susulan berhubung penyakit yang dihidapi.”
Jelas beliau, pemeriksaan ke atas tubuh badan Allahyarham tidak menemui sebarang unsur jenayah dan klasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin.
Sumber: Sinar Harian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club