Seorang peniaga nasi lemak telah mendapat pujian ramai kerana telah membantu seorang warga emas dengan membelikannya sebuah basikal baru.
Bagi yang mengikuti perkembangannya di Tiktok, wanita ini memang sering membantu gelandangan atau warga emas yang datang ke gerainya dengan memberikan makanan percuma walaupun ada di antara mereka yang ingin membayarnya.
Malah wanita ini juga akan mengatakan kebimbangannya jika pelanggan tetap yang sering berkunjung ke gerainya tidak datang selama berhari-hari.
Dia sering minta para pengikutnya untuk mendoakan kesihatan serta kemudahan untuk pelanggannya terutamanya warga emas.
[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Terbaharu, wanita yang dikenali sebagai Cik Sue ini telah memohon sumbangan orang ramai untuk membelikan basikal baru untuk seorang warga emas lelaki. Difahamkan warga emas ini hidup sebatang kara selepas kematian isterinya.
Kata Cik Sue, hasratya untuk membelikan Uncle sebuah basikal semakin membuak-buak selepas warga emas itu datang ke gerainya dengan hanya berjalan kaki. Jarak di antara rumah Uncle dan gerainya adalah 5 km.
Warga emas itu juga difahamkan telah jatuh dan membuatkan basikalnya rosak.
Selepas mengetahui mengenai keadaan warga emas tersebut, Cik Sue telah membuka tabung sumbangan untuk mengutip RM 400 bagi membeli basikal baru untuk uncle.
“Dalam tempoh lebih kurang 12 jam, penuh orang bagi sumbangan untuk tabung basikal uncle.”
Malah jelas Kak Sue, pemilik kedai basikal itu turut memberikan potongan harga kerana mahu turut membantu menjadi sebahagian daripada penyumbang.
“Sebaik memberikan uncle basikal tersebut, dia seperti terdiam sebab tidak percaya.”
“Apa yang membuatkan saya sebak, dia bersungguh-sungguh mempelawa kami masuk rumahnya dan menjamu air teh.”
“Berulang kali dia ucap terima kasih seba tak tahu nak luahkan perasaan dengan kata-kata lain.”
Bercerita mengenai Uncle, Kak Sue berkata uncle menyara hidup dengan mengumpul serta menjual barangan kitar semula seperti botol dan bekas plastik.
“Satu yang saya kagum dengan Uncle, walaupun tidak berkemampuan, dia bukan seorang yang meminta-minta. Kalau datang ke kedai, dia nak juga bayar nasi lemak walaupun saya nak bagi percuma.”
“Saya tak nak ambil duitnya tapi dia berkeras. Lepas tu pernah beberapa hari tak datang kedai.. mungkin dia ingat saya bersimpati dengannya.
Menurut Kak Sue, uncle adalah pelanggan tetapnya sejak tahun 2017 lagi.
Kak Sue juga mengatakan yang dia ingin menjadikan medium sosial media ini untuk menyebarkan mesej positif pada masyarakat.
“Kasih sayang tak ada batasan walau kita berbeza agama atau warna kulit. Kadua, sebagai anggota masyarakat, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling.”
“Saya buat semua ini adalah kerana Allah. Secara tidak langsung, kita manfaatkan medium yang ada untuk meggalakkan anggota masyarakat saling membantu serta boleh ambil sebagai inspirasi.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club