
Warga emas hidap strok terperangkap banjir di Sri Muda diselamatkan Bomba. Seorang warga emas yang terlantar akibat serangan strok berjaya diselamatkan daripada terperangkap dalam rumahnya yang dilanda banjir kilat di Taman Iswara Sri Muda, Seksyen 25.
Warga Emas Hidap Strok Terperangkap Banjir Di Sri Muda Diselamatkan Bomba
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 8.50 pagi. Hasil tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini berjaya menyelamatkan warga emas tersebut.
“Setibanya di lokasi dan selepas melakukan penilaian awal, kami dapati memang berlaku banjir kilat melibatkan seorang wanita warga emas yang tidak dapat bergerak sendiri dan memerlukan pemindahan segera,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa berjaya dikeluarkan dari kediamannya dan diserahkan kepada ahli keluarga untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat.
Ahmad Mukhlis turut memaklumkan bahawa sebuah jentera bersama beberapa anggota telah ditempatkan di kawasan terbabit sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan banjir kilat yang berlaku menyebabkan air naik setinggi paras lutut.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau sebelum ini menyatakan bahawa beberapa kawasan di Selangor mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat berpanjangan sejak awal pagi. Antara daerah yang terjejas ialah Petaling, termasuk Kampung Tengah di Puchong, di mana sekitar 20 buah rumah dilaporkan dinaiki air dengan kedalaman banjir mencecah 0.61 meter.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Main Air Banjir Tak Pakai Lampin, Kanak-Kanak Perempuan Alami Pendarahan. “Scan Nampak Lintah Bergerak”

Baru-baru ini, seorang doktor menerima pesakit kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan yang mengalami pendarahan di bahagian faraj.
Semuanya selepas bermain air banjir tanpa mengenakan lampin pakai buang.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang doktor dari Klinik Safwa Pasir Tumboh berkongsi kisah pesakit yang dirawatnya ketika musim banjir.
Apa yang mengejutkan ujarnya, faraj kanak-kanak perempuan itu dimasuki lintah selepas membuat imbasan X-ray.

“Semalam tergempar dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 4 bulan datang ke kecemasan dengan pendarahan di faraj.
“Dalam sehari, 2 ke 4 kali tukar lampin sebab pendarahan.
“Bila periksa, tiada apa yang luka atau cedera. Sekali doktor kecemasan buat scan di bahagian pundi kencingnya ternampak benda bergerak-gerak.
“Ya Allah memang betul lintah dah masuk sampai situ,” katanya.

Ujarnya lagi, kanak-kanak itu difahamkan bermain air banjir dengan keadaannya yang tidak berlampin.
Dalam pada itu, doktor tersebut sempat menitipkan pesanan buat para ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir.
“Hati-hati ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir sekarang ini. Untuk keselamatan dan kesihatan anak-anak kita juga ya,” ujarnya lagi.
Watch on TikTok
Sumber: TikTok Klinik Safwa Pasir Tumboh
Top 6 Warna Baju Raya Trending Di Pagi Syawal 2025, Yang Menjadi Pilihan Ramai

Tidak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Dalam keterujaan menanti Syawal, pastinya ramai yang sudah mula sibuk membuat persiapan, termasuk membeli baju raya.
Malah, minggu ini mungkin menjadi waktu paling sibuk untuk memilih warna tema yang sesuai untuk seisi keluarga!
Bagi sesetengah orang, pemilihan baju raya bukan sekadar soal fesyen atau trend semata-mata, tetapi juga melambangkan keseragaman, kesepakatan, dan keharmonian dalam keluarga. Tidak hairanlah ramai yang sanggup meluangkan masa untuk mencari warna yang serasi, agar suasana di pagi raya nanti lebih bermakna.
Namun tahun ini, untuk tahun 2025, trend warna tema raya dijangka lebih moden, elegan, dan mempunyai sentuhan klasik yang timeless.
Warna baju raya 2025 yang dijangka menjadi pilihan utama pada tahun ini adalah seperti berikut:
Olive green
Royal blue
Burgundy
Lilac
Magenta
Teal Blue
Pilihan Warna Baju Raya 2025 & Maknanya
1️ Olive Green – Warna hijau zaitun melambangkan ketenangan, kestabilan, dan keanggunan. Ia juga sering dikaitkan dengan alam semula jadi serta simbol kedamaian dan keseimbangan.
2️ Royal Blue – Biru diraja membawa maksud kemewahan, keyakinan, dan kebijaksanaan. Warna ini mencerminkan keanggunan yang klasik dan memberi aura ketenangan serta ketegasan pada si pemakai.
3️ Burgundy – Warna merah keunguan ini melambangkan keberanian, kemewahan, dan kematangan. Ia juga dikaitkan dengan kekuatan emosi dan ketegasan dalam membuat keputusan.
4️ Lilac – Ungu pastel yang lembut ini mencerminkan kelembutan, romantik, dan aura ketenangan. Warna ini sering dikaitkan dengan kreativiti dan personaliti yang bersahaja tetapi menarik.
5️ Magenta – Warna yang menyerlah ini membawa maksud tenaga, keceriaan, dan keyakinan tinggi. Ia melambangkan keberanian untuk menonjol dan memberikan kesan moden serta segar.
6️ Teal Blue – Warna melambangkan ketenangan jiwa dan keikhlasan hati. Ia mencerminkan personaliti yang bersifat mendalam yang memberikan aura yang unik dan elegan.
Sama ada anda memilih warna yang lembut dan menenangkan atau tona yang berani dan penuh keyakinan, setiap warna membawa makna tersendiri yang menyerlahkan keunikan diri. Jadi apa pilihan anda? Selamat memilih warna baju raya dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sumber: @hyfa1202 & galeriartie.com
Surat Tawaran Kerja Cik Epal Tersebar di Media Sosial, Siap Dedah Gaji Berapa!

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka, usahawan popular Cik Epal masih mendapat tawaran kerja! surat tawaran kerja Cik Epal tersebar di media sosial. Paling mengejutkan siap dedah gaji berapa.
Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Restoran terkenal, Pak Mat Western, hari ini menawarkan peluang pekerjaan kepada pempengaruh dan usahawan popular, Cik Epal, sebagai Live Host rasmi mereka.
Menerusi kapsyen ringkas, sekiranya Cik Epal accept post collaboration di Instagram itu menandakan usahawan itu bersetuju menerima tawaran tersebut.
“Harap sudi terima lamaran dari Pak Mat Western , kita akan mendonia bersama-sama ..
Kecil tapak tangan nyiru di tadahkan.
P/s: Sekiranya Cik Epal sudi menerima lamaran dari kami. Please accept my post collabration “
Menerusi muat naik di laman rasmi Instagram Pak Mat Western, tawaran pekerjaan kepada Cik Epal merangkumi 4 syarat termasuk tempoh bekerja, gaji dan elaun, potongan KWSP dan cuti tahunan.
Tingkat gaji yang ditawarkan adalah sebanyak 1.7K sebulan untuk tempoh percubaan dan akan dinaikkan berdasarkan prestasi yang dipamerkan sepanjang tempoh percubaan berlangsung.
Cik Epal juga layak menerima elaun kedatangan sebanyak 150 sebulan.
TERIMA JIKA RM200K
Walau bagaimanapun, didapati Cik Epal menerima tawaran jika jumlah bayaran RM200K.
NETIZEN TAK SABAR TUNGGU ‘LIVE’ CIK APEL
Jika tawaran ini diterima, tak lama lagi Cik Epal akan terus Mendonia dengan Pak Mat Western yang sebelum ini memanggil Fattah Amin untuk menjadi Live Host di TikTok.
Nyata, Cik Epal menjadi perhatian ramai sejak kisah penceraiannya tersebar luas di media sosial. Sejak itu, setiap langkah dalam kehidupannya mula jadi bualan netizen, dari kisah peribadi hingga perkembangan kerjaya beliau.
Ramai yang mengikuti perjalanan hidupnya selepas perpisahan, termasuk bagaimana beliau bangkit dan terus kuat untuk membina hidup baru.
Setiap kali dia berkongsi tentang perasaan, cabaran, atau pencapaian, pasti ada yang tersentuh dan memberi sokongan. Kisahnya kini bukan sekadar gosip, tapi juga inspirasi buat ramai yang mengalami dugaan hidup yang sama
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar menunggu kemunculan Cik Epal yang pastinya akan membuatkan ‘live’ akan menjadi bertambaha meriah.
Sumber: pakmatwesterncafe dan cikepal06