Hanya disebabkan nasi tertumpah ke lantai, seorang warga emas cedera parah kerana dipukul anaknya sendiri.
Mangsa yang berusia 83 tahun ini pada mulanya ditengking oleh anaknya kerana mahu makan malam tetapi dihalang oleh anak lelakinya yang berusia 48 tahun.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila warga emas tersebut tertumpahkan nasi yang dipegangnya ke lantai membuatkan anaknya itu bertindak agresif dengan memukul kepala dan badan mangsa sehingga jatuh.
Kejadian ini berlaku pada hari Isnin lalu di Jakarta Barat, Indonesia. Selepas berdepan dengan situasi cemas tersebut, warga emas terbabit telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan laporan polis di buat.
Ads
Anak lelakinya telah ditahan dan dari hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.
Dari sumber , anak lelaki mangsa sudah berkahwin tetapi tidak memiliki anak. Isterinya tinggal berasingan dan beliau tinggal bersama mangsa (bapa kandung) manakala ibu kandungnya sudah meninggal dunia.
Wanita sentiasa menitikberatkan soal penampilan, baik sebelum mahupun selepas berkahwin. Namun berbeza dengan kaum adam di luar sana yang jarang mengambil berat hal-hal sebegini. Lebih-lebih lagi berkenaan berat badan.
Tidak kurang ada yang dahulunya kurus melidi tetapi setelah mendirikan rumah tangga, bentuk badan mulai berubah dan mungkin sedikit berisi ataupun ‘gemuk’.
Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.
Isteri pandai memasak
Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.
Terlalu rasa selesa dan menjadi malas
Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.
Tidak lagi aktif dan malas bersenam
Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.
Bertukar jadual seharian
Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.
Hidup rumah tangga, suami haruslah peka terhadap kesihatan diri dan juga keluarga, jangan hanya mengharapkan si isteri menguruskan semua kerja di dalam rumah. Menolong isteri di rumah adalah salah satu aktiviti senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan sekaligus dapat menurunkan berat badan dan boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
sumber: Aliffchannel (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesibukan dengan urusan kerja dan juga rumah tangga membataskan adik-beradik untuk bertemu. Lebih lebih lagi jika tinggal berjauhan.
Namun, adakalanya timbul isu merendah diri dek kekurangan yang ada pada keluarga sendiri. Apatah lagi melihat adik-beradik lain ada yang berjaya dan hebat-hebat belaka.
Persepsi begini patut dibuang jauh-jauh kerana ia boleh merosakkan hubungan kekeluargaan. Sikap iri hati, tidak boleh lihat adik-beradik lain lebih darinya mengundang masalah.
Bagi yang lebih selesa dan berjaya, usaha terlalu meninggi diri, kena lihat juga ke bawah. Apa salahnya membantu ahli keluarga sendiri. Bukan hanya pahala yang dikutip bahkan, rezeki kian bertambah dan hidup juga lebih bahagia.
Itu initipati yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin Muhammad menerusi laman facebooknya.
Jika nak baiki kehidupan, lihat bagaimana hubungan kita sesama adik beradik.
1. Sepanjang hidup berapa kali kita bantu adik beradik. Kalau ada, teruskan.
2. Ada tak kita beri duit kepada mereka setiap bulan atau sesekali berjumpa. Kalau ada, teruskan.
3. Kaya atau tak mereka, ada tak kita hulur semasa mereka berkahwin atau dapat anak, atau masuk rumah baru atau apa sahaja kemeriahan. Kalau ada, teruskan.
4. Jika ada adik beradik yang kerap buat perangai, ada tak perasaan kita rasa nak biarkan, lantakkan. Kalau ada, hentikan dan kembali beri layanan baik.
5. Ada tak kita masukkan mereka dalam doa kita, kalau ada, teruskan.
*****
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan suatu apa jua; hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawatan, musafir yang terlantar serta hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.” (An-Nisa: 36)
Gais, kita ada berbagai ragam keluarga. Ada ok ada tak ok. Namun Allah kata buat baik sahaja.
Jika dia tak ok, hal dia. Kita bantu.
Jika dia ok, maka kita bersyukur, tetap kita bantu.
Jika dia kaya raya, maka kita bersyukur juga, tetap kita bantu.
Antara benda yang buat kita ini ada magnet rezeki yang besar ialah kita buat baik terhadap ahli keluarga sendiri. Ia akan menarik banyaknya hal kebaikan.
Buang ego, Buang sombong. Kalau kita hebat. Akan jadi lebih hebat jika kita saling rendah diri dan bantu.
Sama ada mereka nak bantu kita semula, itu bukan hal kita. Kita sahaja yang kawal diri kita dan tak boleh buat orang lain kawal. Sama juga kita tak boleh kawal adik beradik yang lain.
Kita yang perlu dapat pahala dan murah rezeki. Jadi kita yang kedepan bantu, tolak ansur dan sebagainya.
Iya, nak murah rezeki, happy dan bahagia, utamakan keluarga.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Syukur dapat adik beradik saling beringat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang mengikuti siaran televisyen swasta TV3, bagi berita sukan tentunya mengenali penyampai TV3 ini. Melalui perkongsiannya personaliti ini, Asrul Nizam Kadir telah berkongsi di instagramnya mengenai berita, beliau dan isterinya, Ezreen Aamir Hamzah telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 8 Julai lalu kira-kira jam 9.46 pagi.
Berita gembira tersebut turut dikongsikan Asrul menerusi Facebook dan Instgram miliknya.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.