![cover - 2025-02-06T180434.610](https://cdn.keluarga.my/2025/02/cover-2025-02-06T180434.610-696x365.jpg.webp)
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi hakikatnya, asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak dalam sekelip mata.
Seorang penguna facebook Sakinah Hamid berkongsi coretan pengalaman seorang lelaki yang dikenali sebagai cikgu Iz sebagai warden di asrama. Katanya ada beberapa perkara penting yang ibu bapa kena faham sebelum buat keputusan hantar anak ke asrama.
Ads
Ads
Asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak tiba2 jadi pandai”
Menarik pula dengar perkongsian dari Cikgu Iz yang mengajar dan jadi warden lebih 8 tahun di sebuah SBP.
Menjadi guru dan warden membolehkan beliau nampak dua2 sisi kehidupan pelajar di sekolah dan di asrama.
Saya kongsikan semula di sini kerana merasakan ia perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh ibubapa yang bercadang hantar anak ke sekolah berasrama.
1. Mindset apa tujuan sebenar nak hantar anak ke asrama?
Kalau ibu ayah yang anak masa darjah 5,6 masih kuat bermain, ketagih gajet dia tak akan tiba2 berubah bila masuk sekolah berasrama.
Dari pemerhatian peribadi cikgu ni, budak2 yang cemerlang masa SPM bukan budak2 yang tiba2 baru berubah masa tingkatan 4,5.
Tapi yang memang sejak tingkatan 1 dah mempunyai disiplin belajar yang bagus.
Bila tingkatan 1 dah nampak ada disiplin yang bagus, cikgu tahu yang budaya belajar tu sudah bermula dari rumah. Dia dah ada kaedah dan teknik belajar sendiri.
Kalau kita tak pernah latih anak disiplin belajar, ada jadual belajar sendiri jangan kita harapkan tiba2 anak akan berubah bila masuk asrama.
Budaya di asrama adalah berdikari.
Kalau nak hantar anak ke sekolah asrama, dari darjat 5 dah 6 tu mula bentuk disiplin belajar anak dan berdikari.
Barulah bila masuk sekolah asrama dia boleh bawa diri.
Walaupun budak bijak tapi dia tiada budaya belajar, nanti bila nak periksa tak tahu nak belajar apa dan tiada hala tuju. Tak tahu minta bantuan kawan dan guru kerana tak dibentuk dari awal.
Masa UPSR tu cemerlang sebab mak ayah dan guru paksa belajar, bukan sebab diri pelajar tu.
![Warden Dedah Kenapa Ibu Ayah Kena Fikir Banyak Kali Sebelum Hantar Anak Masuk Asrama](https://cdn.keluarga.my/2025/02/anak-bilik.jpg.webp)
2. Isu ketagihan gajet
Anak yang terlalu diberi kebebasan dengan gajet semasa sekolah rendah, tiba2 dihantar ke asrama terus tidak hilang akses kepada internet.
Ini adalah cabaran yang besar untuk diorang.
Mereka susah nak fokus belajar kerana ada ‘life’ dalam dunia digital yang ditinggalkan. Seperti akaun game yang perlu dijaga dan sebagainya.
Anak macam ni akan sentiasa cari alasan untuk balik di hujung minggu untuk dapatkan capaian internet. Macam2 jalan diorang cari seperti dapatkan sijil sakit supaya boleh balik hujung minggu (keluarga dekat)
Atau mereka akan langgar peraturan dengan bawa telefon bimbit secara haram. Dah jadi masalah disiplin pula.
Pelajar begini tiada budaya belajar dah fokus mudah hilang.
3. Sampai satu tahap anak dah tak boleh terima kehidupan asrama. Dia set nak duduk rumah semula dan akan mula buat kes supaya dia dibuang asrama.
Jadi dapat kembali ke sekolah harian, tinggal di rumah dan dapat penuhi ketagihan akses internet.
4. Anak yang dipaksa untuk tinggal di asrama ada yang akan mula renggang dengan keluarga.
Ada yang sanggup tak balik kalau cuti pendek kerana kurang akrab dengan keluarga. Mereka juga mula membanding2 hubungan dengan keluarga tetapi kebanyakan masa akan pendam perasaan.
Bila dah dewasa barulah mampu luahkan rasa hati seperti kebanyakan yang kita lihat di media sosial hari ini.
Ads
@iz.pres #fyp #foryoupage #kpm #sbp #mrsm ♬ original sound – iz.pres
Ini adalah pesanan Cikgu Iz kepada ibubapa. Mindset nak hantar anak ke sekolah berasrama kena betul. Kalau nak hantar anak ke sekolah berasrama bentuk dulu peribadi sesuai untuk tinggal di asrama.
Memang ada segelintir yang akan berubah, tapi kebanyakannya adalah mereka yang memang dah cemerlang sejak tingkatan 1.
xxxxxxx
Saya kira pesanan ini sangat bagus diambil oleh ibubapa yang anak darjah 4,5. Proses nak menyediakan diri kita dan anak memang panjang.
In syaa Allah dengan persediaan awal kedua-dua anak dan ibubapa dapat melalui fasa perubahan hidup ini dengan lebih baik.
Wallahualam.
Sumber: