Kekeluargaan

Wara Kesayangan Ramai Mak-Mak Di Media Sosial, Penghias Cover Digital Pa&Ma

Share

Sempena ulang tahun kelahiran kedua anak kepada MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa atau lebih dikenali sebagai Wara di media sosial, Pa&Ma menampilkan kemunculan Wara sebagai cover digital Pa&Ma terbaru.

Kemunculan yang begitu dinantikan semua, lebih-lebih lagi bagi peminat Wara yang sekian lama mengikuti anak kecil ini di media social ibunya.

Gayanya lincah malah petah berkata-kata walaupun masih lagi pelat menuturkan kata. Ada sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya dengan begitu lancar.

Ketika sesi fotografi bermula, tanpa disuruh, Wara melangkah cukup yakin ke set yang disediakan khas buatnya. Langkah comelnya seakan sudah bersedia dengan setiap arahan. Memang bijak!

 

Kala kamera dihalakan kepadanya, Wara hanya memberikan jelingan manja. Senyuman anak kecil ini terlalu mahal pada mulanya namun lama kelamaan bila diagah ibunya, Wara mula mempamerkan rentaknya beraksi.

Sentuhan kreatif berpengalaman dan penuh magis dari jurugambar @Lilborn Photography akhirnya membuahkan hasil bila mana setiap aksi dan keletah comel Wara dipotretkan sebaiknya oleh jurukamera berpengalaman ini dengan cukup sempurna.

Paling menarik pastinya aksi dan telatah lucu Wara yang turut menghiburkan semua ketika sesi penggambaran berlangsung. Wara muncul sebagai zombie comel malah mula menyakat orang-orang disekelilingnya. Memang cute!

Pa&Ma sempat menemubual MUA Bellaz yang sentiasa menemani Wara walau ke mana sahaja. Akui Bellaz, dia mula menerima hakikat anak kecilnya itu kini menjadi perhatian dan kesayangan ramai rakyat Malaysia.

“Perasaan saya sebagai seorang ibu pastinya sangat gembira sebab Bellaz tak sangka pun Wara diterima ramai. Bellaz saja-saja kongsi perkembangan Wara tapi rupa-rupanya menarik perhatian ramai terutama ibu-ibu yang belum ada zuriat.

“Tiap-tiap hari ada orang DM Bellaz minta post video Wara nak tengok gelagat dia. Saya rasa seronok bila dia diterima.

“Saya pada mulanya tidak berniat untuk menonjolnya Wara, namun kuasa media social dan adanya medium Tik Tok hari ini, tiba-tiba Wara mula menarik perhatian semua,” katanya berkongsi.

Berkongsi kisah keletah Wara, kata Bellaz lagi, Wara cepat tangkap bila diajarkan apa jua kepadanya termasuklah ketika membuat content untuk media social di rumah.

“Wara ni boleh dikatakan dia cepat tangkap, dia mudah faham apa yang Bellaz ajar. Contoh kalau suruh dia menyanyi, dia akan menyanyi. Rezeki dipermudahkan dekat situ,” katanya lagi.

Paling beruntung kata Bellaz lagi, anak-anak yang lain juga turut saling menyokong bekerjasama untuk mempersiapkan video Wara.

“Kadang-kadang abang-abang dan kakaknya yang ingatkan saya berkenaan shooting Wara setiap hari, demi memastikan ada video yang dipaparkan di media social,” kongsi Bellaz lagi.

Buat peminat si kecil Wara, kami kongsikan momen dan hasil comel Wara beraksi untuk Cover Digital bulan ini. Memang comel!

Menarik: Dr Say Sekolahkan Suami Anggap Isteri Bersalin Czer Sudah Rosak, Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun Patut Diraikan!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my