Hiburan

Wany Hasrita Rasa Terharu Kali Pertama Sambut Hari Jadi Anak, “Macam Ni Rasanya Celebrate Birthday Anak Sendiri”

Share

Wany Hasrita rasa terharu kali pertama sambut hari jadi anak, “macam ni rasanya celebrate birthday anak sendiri.” Sambutan hari jadi anak merupakan antara momen terindah buat ibu bapa apatahlagi kali pertama menyambutnya.

 

Wany Hasrita Rasa Terharu Kali Pertama Sambut Hari Jadi Anak

Jika sebelum ini hanya ‘menumpang’ kegembiraan ahli keluarga lain mahupun rakan-rakan tapi apabila melaluinya sendiri, tentu perasaannya lain. Begitulah yang dirasai oleh pelantun lagu, Menahan Rindu ini.

Sambut Hari Jadi Anak, Wany Hasrita Terharu, “Macam Ni Rasanya Celebrate Birthday Anak Sendiri”

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Wany berkongsi rasa menyambut hari lahir puteri sulungnya, Aishah Al Iman.

“Macam Ni Rasanya Celebrate Birthday Anak Sendiri”

ALHAMDULILLAH MALAM TADI SEMPAT BUAT SMALL CELEBRATION DENGAN CLOSE FAMILY UNTUK AISHAH. MACAM NI RASANYA CELEBRATE BIRTHDAY ANAK SENDIRI. AISHAH AL IMAN SAYANG, RASA MACAM BARU SEMALAM AWAK MASIH BAU BABY SEKARANG NI MACAM ADA MASHAM SIKIT TAPI STILL WANGI.

RASA MACAM BARU SEMALAM AWAK MASIH BABY DENGAN MATA TERKEBIL-KEBIL TENGOK SILING, SEKARANG LAJU AWAK TOLAK WALKER AWAK TU. CINTA HATI IBU & BAPAK, MOGA SIHAT SELALU, MEMBESAR DENGAN BAIK, NAK. SEMOGA MENJADI PENCINTA ILMU, BERBUDI BAHASA & BERAKHLAK. – WANY DI RUANGAN KAPSYEN. 

Perkongsian Wany dihujani dengan komen-komen warga maya. Berikut antara komen warga maya:

Untuk info, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah Al Iman pada 8 Julai 2023.

Sumber: Instagram Wany Hasrita

Baca artikel lain juga: Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan, Tak Pernah Tinggal Pakai Krim Pelindung Matahari

Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Flight Bawa Aishah!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my