Kali ini kita lihat pula perbezaan perangai serta sifat seorang suami dan isteri. Nyata perbezaan tersebut menjadikan kehidupan kita suami isteri lebih menarik dan saling lengkap melengkapi.
WANITA VS LELAKI 2.0
1. Lelaki harus cari nafkah, masyarakat dulu memburu. Semakin besar hasil buruan semakin tinggi martabat lelaki dimata isteri.
Sebab itu lelaki kaya dambaan wanita!
2. Wanita mendidik dan menjaga rumah. Mereka mudah peka pada perubahan dalam keluarga, anak demam suami mengatal mereka mudah kesan punya.
Itu naluri kewanitaan!
3. Kejayaan wanita diukur bila keluarganya sejahtera, mereka harapkan penghargaan suami atas sumbangan mereka. Balik peluk mereka dulu, bukan cari kucing kesayangan kita.
Ads
4. Lelaki susah mencari barang, wanita jika dipejabat pun dia tahu dimana mentega disimpan diceruk peti sejuk yang paling dalam.
Itu belum kira boxer yang hilang, mereka tahu dimana tersimpan.
5. Wanita ada sifat intuitif iaitu kemahiran mengesan perubahan. Perubahan ‘mood’ dalam keluarga dia tahu dulu.
Ads
“Saya rasa anak kita ada masalah la sayang”.
6. Lelaki tidak mampu berbohong depan wanita kerana mereka boleh baca bahasa tubuh kita, jika nak bohong juga mereka digalakkan lakukan melalui telefon, wasap, surat atau dalam keadaan gelap.
“Lain macam jer abang kali nie, kenapa?”
Ads
7. Wanita lebih bijak berbohong berbanding lelaki. Mereka boleh kesan intonasi suara kita dan perasaan kita.
“Lain macam suara abang nie, nak apa?”
Kahwinlah dengan wanita, jangan sokong lelaki yang pakai telekung . Baru indah dan warna warni hidup kita.
Pelawak Shuk Sahar baru-baru ini ada berkongsi videonya ketika berada lapangan terbang. Difahamkan sedang bersiap-siap untuk berlepas menunaikan umrah.
Namun apa yang mencuri tumpuan warganet apabila Shuk turut memaklumkan bahawa umrahnya kali ini turut bersama Rossa Sera sekali gus membayangkan kemelut tangga mereka berdua sudah selesai.
Warganet turut membuat kesimpulan bahawa ini adalah peluang dari Allah buat Shuk agar dapat terus bermuhasabah diri sekali gus membina rumah tangga yang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran di laman instagram, Shuk berkata, umrahnya kali ini sangat istimewa kerana dapat bersama isterinya, Sera.
Begitu juga di Tiktok Sera turut dikongsikan momen mereka berdua dalam menunaikan umrah dengan menulis kapsyen, doakan kami berdua sambil membuat emoji hati agar mendapat haji yang mabrur.
Semoga ini sesuatu langkah yang membawa kebaikan kepada kedua-duanya, atau mungkin juga boleh dikatakan jodoh antara keduanya cukup kuat untuk kembali bersama.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa syukur melihat pelawak itu hadir bersama Sera ke Tanah Suci bagi beribadah dan mendoakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Pendidikan seksual teramatlah penting lebih-lebih lagi di zaman moden sekarang bila mana anak-anak mudah terdedah dengan pelbagai bahan dan sumber yang tidak sepatutnya di media social.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu mendedahkan anak terlebih dahulu baik dan buruknya seksualiti ini. Macam mana dan bagaimana? Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira kongsikan tipnya untuk panduan mak ayah.
Ramai masih tertanya-tanya, bila masa sesuai dan bagaimana nak mulakan pendidikan seksualiti untuk anak-anak.
✅Sejak umur berapa ?
Bermula dari kecil, seawal 6 bulan pun dah boleh.
✅Bagaimana nak bermula?
Ajarkan anak nama setiap anggota, kita kan mesti ajar anak yang mana tangan, telinga, kaki. Jadi, ajarkan juga nama kemaluan yang betul.
Zakar atau penis bagi lelaki, faraj atau vagina bagi perempuan.
Kenapa anggota lain, kita ajar nama yang betul, tapi alat sulit ,kita gantikan dengan nama lain seperti burung dan sebagainya? Sebab budaya dari dulu kan.
Jadi, sebagai ibu bapa yang tahu ilmu ini, kita budayakan ilmu yang betul. Pedulikanlah mereka yang ketawakan dan perlikan kita. Antara aspek penting pendidikan seksualiti dalam Islam ialah mengajarkan nama anggota kelamin anak dengan nama yang betul.
✅Bila waktu paling sesuai nak ajarkan ?
1️⃣ ini zakar.
2️⃣ Rutin pakaikan baju anak.
Di samping bacakan doa pakai baju , selitkan dan berbual dengan anak. Ulang lagi, ini nama apa, ini nama apa. Beserta fungsinya sekali.
Tangan untuk pegang barang, mata untuk tengok, kemaluan pula untuk kencing.
3️⃣ Rutin membaca buku bersama anak-anak.
Bacakan buku berkenaan pendidikan seksualiti yang mempunyai ilustrasi yang menarik untuk anak-anak. Dah banyak buku pendidikan seksualiti di pasaran sekarang.
✅Sejauh mana nak dedahkan?
Mengikut umur anak. Usia bawah 6 tahun, tekankan tentang nama anggota badan, 5 private part yang perlu dijaga, apa nak buat jika disentuh private part ini.
7 tahun ke atas, lain pula pengisiannya.
Pendidikan Seksualiti ini pembelajaran sepanjang hayat. Orang dewasa pun kena update juga ilmu tentang seksualiti sendiri , anggota badan.
✅ Organ seksual yang paling utama sebenarnya adalah otak. Apa jua yang badan lakukan pada diri, adalah dari otak yang berfikir dan melakukan yang keputusan.
Ilmu yang betul akan membantu anak-anak kita mempunyai kemampuan berfikir dan menilai dengan baik. Menilai apa yang berlaku pada badannya.
Adakah salah atau betul ?
Adakah boleh atau tidak ?
✅ Apa faedahnya bila anak didedahkan dari awal ?
1️⃣ Kurangkan risiko anak menjadi mangsa sexual grooming, cabul, liwat dan sebagainya. Sebab apa ? Sebab anak ada kemampuan bahasa dan vocab yang cukup untuk lindungi dirinya.
2️⃣ Lebih menghargai dan tahu nilai privasi yang perlu dijaga. Terapkan dalam minda anak-anak, jaga anggota badan juga satu kebaikan yang akan diberi pahala oleh Allah.
Jadi, anak lebih peka dengan apa yang orang lain buat pada dirinya dan rasa lebih termotivasi nak jaga dirinya baik-baik. Jom mula dari sekarang ya!
Wan Nur Syakira
Kita usaha, selebihnya Allah jaga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam kehidupan berumah tangga, kena sama-sama laksanakan tanggung jawab masing-masing. Andai ada yang tidak kena perlu cepat diselesaikan supaya tidak mengundang lebih banyak masalah lain kelak.
Namun, pasangan muda kini banyak yang mengalami masalah rumah tangga kerana tiada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Masing-masing ego dan enggan mengalah.
Penulis Buku dan juga Motivator, Najmi Nawawi berkata, untuk meraih hormat daripada pasangan kena ada caranya. Berikut 8 tip yang dikongsikan olehnya.
HORMAT BUKAN DITAGIH TETAPI DIRAIH
Sila baca dengan tenang dan jangan cepat gelabah. Aku akan cuba huraikan dengan ringkas dan padat kenapa sebenarnya, kita (suami) tidak perlu untuk tagih hormat dari isteri. Kerana ia akan datang sendiri.
Sikap hormat-menghormati antara pasangan ialah satu perkara yang wajib dimiliki oleh mereka yang bergelar suami dan isteri. Semua isteri boleh patuh dan hormat suami, tetapi adakah kerana terpaksa atau benar-benar datang dari keredhaan hati?
Banyak pergaduhan dalam rumah tangga berlaku apabila pasangan mula hilang hormat antara satu sama yang lain. Ini sangat merisaukan kerana telah mengundang kepada banyak kes penceraian yang berlaku.
Sebagai seorang lelaki, aku akan tulis apa yang perlu kita (suami) usahakan untuk mendapat kasih sayang atau hormat dari isteri.
1. Solat
Hidup bertuhan. Ini ialah kunci utama yang sangat penting kita laksanakan sebagai tanggungjawab kita hidup di muka bumi ini. Jika hubungan dengan Allah baik, insyaAllah hubungan dengan manusia pun akan jadi baik. Kalau solat pun kita tidak tunaikan atau bermalas-malasan, hilang satu kreadibiliti untuk kita dihormati pasangan.
2. Nafkah
Begitu juga dengan wang ringgit yang diberi untuk isteri ‘simpan’ bukan digunakan untuk keperluan perbelanjaan keluarga. Bahkan, nilai-nilai agama dan emosi juga sebenarnya satu nafkah yang perlu ditunaikan. Utamakan kebahagiaan isteri terlebih dahulu, baru fikir diri sendiri. Jangan terlalu mengikut kehendak diri tanpa ‘concern’ keperluan pasangan.
3. Kepimpinan
Tunjuk contoh yang baik dalam merancang hala tuju keluarga. Bentangkan perancangan dan suka berbincang dengan pasangan. Tidak ‘keras’ dan ego dengan pandangan sendiri sahaja. Semuanya boleh dibawa berbincang dan jadi suami yang matang. Cukup-cukuplah dengan perangai kebudak-budakkan, anak pun sudah ramai.
4. Sosial
Tahu limitasi dan cara mengendali hubungan sosial dengan baik. Banyakkan berfikir tentang diri sendiri dan keluarga, bukan bercakap tentang orang lain. Kerana orang yang hebat sentiasa berfikir untuk maju kedepan. Jangan buang masa dengan perkara remeh temeh, kerana kita perlu memiliki agenda yang besar untuk dilaksanakan. Tunjuk contoh depan isteri bahawa kita seorang yang matang dalam hubungan sosial. Mudah.
5. Kewangan
Mempunyai perancangan kewangan yang baik. Tahu apa yang lebih penting dan perlu diutamakan. Paling penting ialah ukur baju di badan sendiri. Jangan buat pilihan yang salah dan gopoh dalam hal-hal yang melibatkan kewangan dan komitmen.
6. Keibubapaan
Menjadi perancang dan ‘kepala’ dalam pembentukan ahli keluarga. Bukannya berharap pada isteri semata-mata, namun kita sebagai suami perlu lebih arif dan mampu memberi panduan kepada keluarga tentang bagaimana membesarkan anak-anak.
7. Kerjaya
Mempunyai kerjaya yang stabil, dan kalau boleh turut mempunyai ‘part time’ yang mampu menggantikan kerjaya hakiki sekiranya berlaku perkara yang tidak baik pada kerja hakiki. Lebih baik lagi ialah, gaji kerja ‘part time’ lebih lumayan dari kerja hakiki. Tidak mustahil.
8. Kesihatan
Sentiasa membawa ahli keluarga kepada penjagaan kesihatan yang baik khususnya dari bab makanan dan kebersihan. Sediakan makanan-makanan yang sihat (seimbang) untuk seisi keluarga. Begitu juga dengan memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, sampah dibuang sempurna dan rajin membantu kemaskan rumah.
Aku rasa, kalau kita boleh ‘improve’ 8 perkara di atas, percayalah kebahagiaan itu akan datang sendiri pada kita. Buat baik pada orang yang kita sayang, insyaAllah perkara-perkara yang baik juga akan datang kembali pada kita.
p/s : Kita semua manusia biasa dan tidak sempurna, namun apa yang penting ialah kita sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik.
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tips dan info kekeluargaan baru yang sering dikongsikan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dunia dikejutkan berita duka apabila seramai 179 orang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air penerbangan 7C2216 yang terhempas di Muan International Airport, Korea Selatan, pada pagi Ahad. Hanya dua mangsa selamat dalam nahas pesawat.