Wanita Usia 50 tahun timang anak ketiga- “Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini.” Bagi Rostalela Sidi Ahmad, kehamilannya merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka dan sangat dinanti-nantikan oleh dirinya dan juga suami yang kini berusia 53 tahun.
Wanita Usia 50 Tahun Timang Anak Ketiga
Menerusi Kosmo yang menghubungi Rostalela , ujar wanita ini, Allah SWT mempermudahkan urusannya sejak hamil hingga berpantang. Malah dia tidak menyangka pada usia lanjut, boleh melahirkan bayi perempuan yang sihat.
Menurut Rostalela yang lebih mesra disapa sebagai Lela, dia selamat melahirkan cahaya matanya pada 20 April lalu dan kini sudah hampir habis berpantang.
“Sudah 22 Tahun Saya Menanti Kehadiran Cahaya Mata Ini”
“Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini. Selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun lalu. Anak sulung pula sudah berusia 26 tahun. Pada awalnya, saya ingat dapat anak lelaki. Selepas beberapa bulan, doktor cakap anak saya perempuan,” katanya.
Lela berkata, anak-anak juga sangat gembira dan banyak membantu dengan membelikan barang-barang keperluan asas untuknya.
Ads
Malah, keterujaan tersebut turut dikongsi bersama petugas-petugas hospital yang kebanyakannya tidak lokek membantu dan memberi semangat kepanjang proses kehamilan.
“Anak-anak semua teruja. Mereka semua belikan baju warna biru sebab ingatkan anak lelaki. Malah, doktor di hospital juga tumpang gembira sehingga ramai beri semangat kepada saya.
“Selepas melahirkan anak, saya terus tanya doktor apa jantina anak saya. Doktor beritahu saya, anak saya perempuan. Alhamdulillah saya bersyukur.
“Tetapi itulah, barang-barang semuanya sudah beli wana biru,” katanya.
Tambah Lela, sejak tularnya video tersebut, ramai orang bertindak menghantar mesej kepadanya di laman TikTok untuk meminta tip-tip memudahkan kehamilan, terutamanya daripada wanita berusia 40 tahun ke atas.
“Saya tidak ada tip istimewa. Cuma sepanjang kehamilan, saya menjaga pemakanan saya.
Ads
“Saya banyak makan buah, ulam-ulaman dan kurangkan gula dalam makanan. Segala ubat yang dibekalkan oleh klinik saya ambil ikut jadual.
“Syukur, sepanjang kehamilan saya tidak alami sebarang komplikasi. Cuma pada akhirnya saya minta agar melahirkan anak secara pembedahan kerana alami kesukaran sewaktu ingin melahirkan anak,” jelasnya.
Kalau dulu seorang, kini sudah punya dua cahaya mata membuatkan usahawan dan pelakon, Neelofa mengakui masanya kini agak terbatas malah seakan tidak cukup masa menguruskan dua anaknya, Bilal dan Abbas.
Tambah pula kata Neelofa, kehidupannya bertambah sibuk selepas mahu kembali aktif dalam bidang seni dan perniagaannya secara aktif.
Akui isteri kepada Haris Ismail ini lagi, tidak mudah menguruskan kedua anaknya pada masa yang sama tanpa dibantu oleh orang lain untuk menguruskan pelbagai perkara.
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam.
“Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,” katanya berkongsi.
Ujar Neelofa lagi, walaupun punya pembantu, pada awalnya dia menguruskan sendiri dua anaknya namun mengalah kerana keletihan dan meminta persetujuan suami untuk mendapatkan seorang jururawat untuk membantunya.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua anak cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Meskipun tidak lagi bersama bekas suami, Engku Emran, namun pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak mahu anak tunggalnya Aleesya kurang kasih sayang ibu dan bapa.
Disebabkan itulah kata Erra, dia tidak pernah berniat untuk merebut hak penjagaan anaknya malah dia dan Emran sanggup bertolak ansur demi kebahagiaan anak mereka.
Tambah Erra lagi, dia tidak mahu anaknya merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.
“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.
“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.
“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” katanya.
Bahkan kata Erra, setiap ibu bapa perlu merendahkan ego dan mengutamakan kebahagiaan anak selepas bercerai tanpa mementingkan diri sendiri.
“Ibu bapa perlu merendahkan ego masing-masing dengan memberi keutamaan kepada kebahagiaan zuriat mereka selepas bercerai.
“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi,” katanya.
Terdahulu, Erra berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 15 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...