Memiliki kulit anjal, cantik, bersih,  bebas cela dan sekali gus kelihatan awet muda, semestinya kita merasakan perlu diberi tumpuan dan penjagaan yang rapi.

Bukan sahaja melalui penggunaan set perawatan dan kecantikan wajah, bahkan perlu juga mengamalkan  penjagaan kesihatan dari dalaman dengan pengambilan makanan yang tertentu.

Contohnya sebagaimana yang diamalkan oleh wanita yang membahasakan dirinya sebagai Kak JJ. Baginya, untuk kekal awet muda elok sekiranya amalkan minum air pegaga yang dicampur dengan bahan-bahan tertentu  yang bagus untuk tubuh dan kecantikan.

Nak tahu detail, jom baca perkongsiannya ini.

KULIT TEGANG MUDA BERSERI HANYA DENGAN PEGAGA

Kecik je pegaga ni tapi khasiat dia sangatlah best terutama untuk kita wanita-wanita yang suka jaga kecantikan wajah.

Hah, nak tau tak?
Kak JJ nak share resepi air pegaga ni khas untuk korang, wanita yang nak menten cantik berseri-seri, kulit tegang dan nak kulit muda remaja.( Lelebih lagi umur dekat 40an ni)

Ads

Ok jom tengok bahan dan caranya :

Wanita Usia 40an Nak Kekal Awet Muda, Rajin-rajin Amal Air Ni!

1 inci halia
Segenggam pegaga bersama akar(ambil dalam pasu kat laman)
1 gelas air
1 sudu madu

Cara membuatnya :

Ads

Blendkan.
Ok then bolehla minum.
Terpulang korang nak tapis ke tak, kalau kak JJ minum je.

Wanita Usia 40an Nak Kekal Awet Muda, Rajin-rajin Amal Air Ni!

Ada rasa pedas-pedas halia tapi takrasa pahit pegaga pun air ni.

Kak JJ highlight khasiat air pegaga ni
antaranya merawat kulit bermasalah, menyerikan wajah dan menegangkan kulit.
Ia juga membantu pertambahan kolagen dan membantutkan penuaan sel. So jadi awet muda la kita

Ads
Wanita Usia 40an Nak Kekal Awet Muda, Rajin-rajin Amal Air Ni!
Gambar hiasan

Kehebatan pegaga disudut lain, ia meningkatkan imun sistem. Ia membuka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk,maklumat segera hadam dan memori semakin baik.

Boleh search lagi banyak sangat khasiat pegaga, sekali kunyah bermacam benefitnya ke badan.

Sumber : Rose Madrus 

Selain itu untuk kekal cantik, penjagaan kulit wajah juga amat penting. Ada macam-macam produk dipasaran. Nak mudah, beli sahaja secara online.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI