Berita

Wanita Umur 36 Tahun Miliki 11 Anak, Inilah ‘Untungnya’ Bila Kahwin Muda

Share

Wanita umur 36 tahun miliki 11 anak, inilah ‘untungnya’ bila kahwin muda. Seorang wanita dari Subang, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai 11 orang anak pada usia 36 tahun.

Wanita Umur 36 Tahun Miliki 11 Anak, Inilah ‘Untungnya’ Bila Kahwin Muda

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, wanita bernama Liya itu menjelaskan bahawa dia bekahwin dengan seorang lelaki dari Jordan pada usia muda.

Menurut Liya, anak sulungnya berusia 16 tahun. Ini diikuti dengan anak kedua berusia 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun, 10 tahun, sembilan tahun, tujuh tahun, enam tahun, empat tahun, dua tahun dan yang paling kecil berusia sembilan bulan.

Tambah Liya yang kini menetap di Jordan, dia hamil hampir setiap tahun sejak berkahwin pada 2007.

“Inilah keluarga besar saya. Sejak berkahwin, saya belum pernah pulang ke Indonesia kerana hampir setiap tahun hamil dan melahirkan anak.

“Doakan kami dapat pulang ke Indonesia dan tiada halangan,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada warga maya.

Sumber: Merdeka.com 

Baca artikel lain juga: Tip Packing Bercuti Untuk Anak Ramai, Bawa 3 Beg Besar Dah Cukup

‘Anak-Anak Jadi ‘Investment’ Di Akhirat Nanti!’ Neelofa Mahu Anak Ramai Seperti Satu Pasukan Bola

“Anak Ramai Meriah, Suami Pula Suka Nombor 8 Pernah Gugur Dua Kali, Ayu Raudhah Gembira Miliki Anak Ramai

 

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my