Setiap kali Ramadan tiba, ramai yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Namun, bagi sesetengah individu, Ramadan bukan hanya tentang ibadah dan keberkatan, tetapi juga mengingatkan mereka kepada luka-luka lama yang masih membekas di hati.

Puan Nini Ruspawan Kamaludin berkongsi kisahnya yang penuh emosi bukan kerana dia tidak menyukai Ramadan, tetapi kerana kenangan pahit yang terikat dengannya sejak kecil. Dari rutin yang meletihkan, tekanan emosi, hingga tanggungjawab berat yang dipikul hanya kerana dia seorang anak perempuan, semua itu menjadikan Ramadan satu perjalanan yang penuh keperitan, bukan kegembiraan.

Bagaimana beliau menghadapi semua ini? Bagaimana luka lama masih memberi kesan dalam kehidupannya hingga kini? Mari kita selami kisah yang menyentuh hati ini dan memahami bagaimana trauma masa lalu boleh terus menghantui seseorang walaupun bertahun telah berlalu.

Wanita Trauma Bila Ramadan, Kena Masak, Hidang Makanan Untuk 10 Ahli Keluarga
Gambar sekadar hiasan

Saya bukan tak suka pada kedatangan Ramadhan. Tapi ada banyak luka yang belum saya selesaikan.

Sejak kecil, bila masuk je Ramadhan saya dah mula rasa takut, rasa marah, rasa penat, rasa benci. Semua rasa ada. Bukan lah saya bercerita dengan tujuan nak menyalahkan sesiapa. Perkara ni dah berlalu lama dalam hidup saya. Saya tak lagi meletakkan salah tu pada sesiapa.

Cuma bercerita kerana di otak saya, dalam memori yang tersimpan tu, jugak dalam jiwa saya, semua tu masih membekas walau dah bertahun berlalu.
Ramadhan bermaksud penat. Satu penat yang rasa macam, kalau mat¡ lagi baik. Macam tu la.

Saya sejak kecil memang ada banyak isu kesihatan. Baik mental mahupun fizikal. Serba serbi kekurangan, mana la orang tak benci kan!

Masuk je waktu bersahur, adik beradik perempuan kena bangun paling awal. Siapkan makan dan kemudian bertugas la mengejutkan anak-anak lelaki dalam rumah. Kena kejut sampai bangun. Ada yang liat bangun, sampai berkali-kali kena ulang ke depan untuk kejutkan. Fed up! Tu yang saya rasa. Tapi tak boleh membantah, kalau tak kena bantai.

Nanti selesai semua orang makan, bergilirlah kami anak-anak perempuan kena mengemas, basuh pinggan, bersihkan meja makan, mengemas dan semua kena tip top.

Ads

Lantai tak boleh basah, tempat letak pinggan mangkuk tak boleh bersepah, sampah mesti kemas diikat dalam plastik. Pendek kata, mesti clean and neat. Ada KPI ye. Bukan kemas ikut kepala sendiri. Tapi KPI yang sangat tinggi dah ditetapkan. Tak capai KPI, siaplah!

Tak sempat rehat, kena mandi dan solat. Lepas tu siap-siap nak ke sekolah. Di sekolah je rasa berlepas sekejap dari semua di rumah. Nanti balik, rehat la sekejap sebelum dikerah masuk ke dapur semula.

Keluarga besar, ada 10 anggota semua. Jam 3pm dah masuk dapur untuk memasak. Lauk tak banyak, biasa 2 jenis lauk dan sejenis sayur. Cuma masak tu kuantitinya banyak, sebab ramai kan.

Dan setiap hari wajib ada pemanis mulut. Be it bubur, kuih, or anything la. Tapi wajib ada. Dan kena masak banyak jugak.

Zaman dulu tak semudah sekarang. Nak santan, kena kupas kelapa tua, belah dan kukur, lepas tu perahlah santan sendiri. Tu pun dah ambik masa yang lama dan memenatkan. Biasa kalau menggulai, sebijik kelapa tak cukup santannya. Kena 2-3 bijik. Jenuh nak siapkan santan sahaja.

Wanita Trauma Bila Ramadan, Kena Masak, Hidang Makanan Untuk 10 Ahli Keluarga
Gambar sekadar hiasan

Dah masuk jam 6 petang tu memang macam nak putus nyawa nak siapkan semua. Makan berhidang di bawah je, bersila. Sebab ramai, rumah pulak kecik, jadi terpaksa buat 2 hidangan. 2 hidangan bermakna pinggan mangkuk yang digunakan pun berganda. Pinggan nasi je dah 10. Cawan biasa lebih dari 10 sebab ada yang minum air panas dan air sejuk. Lepas tu air la, berjug bancuh. Kena tanya setiap orang tu nak air apa untuk berbuka. Kadang 4-5 jenis kena bancuh. Setiap hari tau!

Ads

10 minit sebelum berbuka, semua kena siap dah berhidang. Lepas penat gila memasak, menghidang, tetap kami lagi yang kena kautkan nasi dan tuangkan air. Sebab kami anak perempuan, maka semua kami kena buat!

Nanti usai semua orang makan dan minum berbuka, sekali lagi kami perlu mengerah tenaga. Mama paling pantang kalau bekas lauk tak disalin. Wajib salin, guna bekas baru. Semua sekali macam tu. Dia tak suka tengok kecah-kecah.
Dan dengan itu, maka bertambah la pinggan mangkuk yang perlu dibasuh setiap hari. Macam kenduri.

Again, mengemas dapur ada KPI ye. Tak boleh aci buat je. Kena ikut aras kekemasan dan kebersihan yang mama tetapkan. Penat!
Betul, dapur kami sangat bersih dan kemas. Tapi penat tu tak terluah dengan apa pun perkataan.

Dan macam tu la rutin hingga sebulan. Bila nak dekat raya, bertambah penat sebab kena basuh langsir, pasang langsir baru, kena basuh sarung kusyen, pasang yang baru. Keluarla carpet raya, khas untuk raya je tau. Besar, tebal dan sangat berat. Vacuum takde, kena sapu dengan penyapu lidi je.

Tak campur lagi bab membersihkan rumah. Dinding kayu kena lap dengan kain basah, satu demi satu.
Lepas tu masak rendang untuk raya. Masak lemang. Masak itu, masak ini. Dan sepanjang Ramadhan, penat macam nak mati.

Ads

Sepatutnya happy la kan? Tapi tak untuk saya. Sebab saya memang tak fit. Dan saya menyampah bila semua kerja hanya anak perempuan yang kena buat. Dikerah sepenuhnya tenaga kami. Kalau salah, kena marah. Marah marah marah marah marah dan marah. Tu je la hidupnya.

Tiba raya, lunyai seluruh anggota, koyak seluruh jiwa dan mental. Tak cakap lagi bila ada yang bergaduh besar dalam rumah. Sampai nak raya pun boleh bergaduh macam perang dunia ketiga.

Wanita Trauma Bila Ramadan, Kena Masak, Hidang Makanan Untuk 10 Ahli Keluarga
Gambar sekadar hiasan

Ni la yang saya hadap bertahun lamanya. Sampai saya jadi benci bila tiba je Ramadhan. Menyampah bila nak sambut Syawal. Nothing special.
Semua trauma tu saya bawak hingga ada anak. Setiap kali Ramadhan, saya rasa nak lenyap je. Sebab saya tau saya akan dihantui rasa ni. Sebab tu setiap kali Ramadhan pun saya akan relapse.

Sebab ada banyak emosi yang saya belum proses. Rasa macam tak mampu nak proses, banyak sangat. It’s exhausting to fix myself for something that wasn’t my fault.

Dah bertahun tahun semua tu berlalu, saya tinggalkan. Tapi sehingga ke saat ni, saya masih jatuh asbab benda yang sama. Macam tu la susahnya nak heal dari semua luka tu.

Bukan saya tak cuba. Bukan jugak saya berputus asa. Cuma pada usia macam ni, saya rasa teramat letih dah. Letih sangat. Sampai kadang masa saya mintak agar Allah angkat je semua memori saya. Biar tak perlu ingat apapun. Lelah.Tapi saya tau Allah Maha Mengetahui. Maka teruskan sabar dan percaya. Doakan saya kuat.

Sumber: Nini Ruspawan Kamaludin

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI