Wanita Terkejut Jumpa Besi Dawai Dalam Nugget “Rasa Kunyah Benda Keras. Ngilu Macam Besi”

Share

Kalau sebelum ini ada banyak kes tular terjumpa ‘sesuatu’ dalam makanan, selalunya binatang termasuk dalam makanan yang dipesan atau dalam makanan segera. Namun lain pula bagi wanita ini apabila terjumpa besi dawai di dalam nugget yang dimakannya!

Menurut perkongsian wanita yang bernama Izwani Abdul Malek

di dalam kumpulan Facebook Masak Apa Tak jadi Hari Ini Official semalam, ketika kejadian dia yang sedang asyik makan pesanan nugget goreng di sebuah kedai makan terkejut selepas mendapati terdapat objek asing dalam makanannya itu.

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ni kes makan tak jadi! petang semalam lepak-lepak minum dekat satu tempat ni, order lah nugget.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi.

“Subhanallah juih keluarkannya. Itu dia besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” tulis Izwani di perkongsian tersebut.

Menurutnya lagi, dia turut membuat aduan di kedai tersebut namun ia bukanlah salah kedai berkenaan kerana nugget yang digoreng itu diambil dari dalam bungkusan yang dikilangkan.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang menasihatkan wanita itu untuk hubungi syarikat nugget tersebut untuk membuat laporan. Malah, juga yang mendakwa mungkin ini dari kelalaian dari pihak syarikat tersebut.

Sumber: Izwani Abdul Malek