Kalau sebelum ini ada banyak kes tular terjumpa ‘sesuatu’ dalam makanan, selalunya binatang termasuk dalam makanan yang dipesan atau dalam makanan segera. Namun lain pula bagi wanita ini apabila terjumpa besi dawai di dalam nugget yang dimakannya!
Menurut perkongsian wanita yang bernama Izwani Abdul Malek di dalam kumpulan Facebook Masak Apa Tak jadi Hari Ini Official semalam, ketika kejadian dia yang sedang asyik makan pesanan nugget goreng di sebuah kedai makan terkejut selepas mendapati terdapat objek asing dalam makanannya itu.
“Ini bukan kes masak tak jadi. Ni kes makan tak jadi! petang semalam lepak-lepak minum dekat satu tempat ni, order lah nugget.
“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi.
“Subhanallah juih keluarkannya. Itu dia besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” tulis Izwani di perkongsian tersebut.
Ads
Menurutnya lagi, dia turut membuat aduan di kedai tersebut namun ia bukanlah salah kedai berkenaan kerana nugget yang digoreng itu diambil dari dalam bungkusan yang dikilangkan.
Ads
Meninjau di ruangan komen, ramai yang menasihatkan wanita itu untuk hubungi syarikat nugget tersebut untuk membuat laporan. Malah, juga yang mendakwa mungkin ini dari kelalaian dari pihak syarikat tersebut.
Cili boh antara bahan wajib yang selalu ada dalam di dapur. Pes merah pekat ini sering disimpan dalam balang atau bekas aiskrim sebelum dimasukkan ke peti sejuk anda.
Untuk membuat sendiri cili boh, bahan utama yang digunakan adalah cili kering. Sesetengah orang menambah bawang putih, bawang kecil atau halia untuk memberikan perisa tambahan, khususnya apabila mereka bercadang untuk menggunakan pes cili ini untuk resipi tertentu. Ini bergantung kepada resipi seseorang.
Bagi ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri cili boh homemade, jom ikut kaedah yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat.
Teknik Cepat Buat Cili Boh Sendiri.
Tanpa perlu gunting cili kering terlebih dahulu.
Paling remeh dan leceh sekali bila nak buat stok cili boh ialah nak gunting cili kering satu-satu.
Berpeluh ketiak nak habiskan gunting sepaket cili kering. Gigih oi gigih. Tangan pun pijar lepas tu.
Ni Tim kongsikan cara CEPAT dan RINGKAS nak buat stok cili boh. 20 minit pun siap semua sekali.
1. Basuh bersih cili kering. Tidak perlu gunting dulu okeh.
2. Masuk dalam Periuk Noxxa. set HP 4. Kalau tiada Noxxa its okay. Mohon jangan nangis tepi tong gas. Guna saja periuk dan rebus cili kering atas api sampai lembut.
3. Akak ipar ajar taknak pedas letak sekeping asam keping masa rebus tu.
4. Dah siap rebus, guna gunting untuk potong cili kering. Masa ini cili kering dah lembut yakmat. Jadi senang sangat nak gunting.
5. Basuh cili kering guna tapis dan besen. Rendam tapis dalam besen supaya biji biji lada tu keluar dengan cepat. Goyangkan dengan cepat dan pusing pusingkan tapis sambil buka air paip. Confirm semua biji keluar.
6. Blender macam biasa. Letak bawang putih dan guna minyak supaya cili boh tahan lama dan tidak mudah berkulat.
7. Simpan dalam bekas dan masuk dalam peti ais. Kalau simpan dalam 3/4 bekas, boleh simpan dalam freezer separuh.
Memang mudah sangat buat cara ni. Tidaklah sengsara jiwa dan hempedu nak gunting cili kering berjam-jam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalu makan tomyam kat kedai, sampai balik rumah lah teringat-ingat kesedapannya. Bila dah tahu rahsia pes yang mereka guna, terus pergi cari, cuba la buat sendiri kat rumah! Tapi hampa, tak sesedap yang kat kedai juga.
Haa nak tahu kenapa? Sebab pes tomyam Thai tu tak semua rasanya sama dan enak tau! Ada bezanya. Jom tengok perbezaannya seperti yang dikongsikan oleh Zatty Roslan di laman Facebook miliknya ini!
Ini review ikhlas. Sy bukan penjual
Td whatsap2 dgn jiran. Rupanya ada lg yg xtahu pasal paste tomyam yg sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli kat pdg besar masa duk jitra dulu.
Sekali imbas korang tgok botol2 tu semua sama kan. & ramai bile sis crite tiga2 botol ni lain2 jenama baru org perasan. (jenama ke chop ke sis sebut je) & banyak sis tengok org review2 masak guna paste yg xsedap. Ya la. Sbb sis tahu ada lagi sedap dari tu.
1. Yg tulisan thailand tu plg sedap.
Yg ni tahun lepas sis try cari kt pdg besar mmg payah jumpa. Dyorg susun bahagian dalam kedai. Sis cari 1kedai ke 1kedai & ada 2botol je. Dia mahal sikit dr 2jenama botol yg lain tu. Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak sgala isi2 tomyam. Xperlu nak letak grm gula serai bagai tu. Tp kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu.. Tp sis masak xletak pon. Letak paste je banyak2.. Baru tomyam pekat memikat!
2. Paste tomyam jenama nang fah.
Perhatikan bulat kecik tu. Yg ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dr tulisan thai td. Cara masak pon sama. Letak semua xyah adjust apa. Tp korang try la letak susu cair dlm tomyam. Sedap. & blh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jd masam.. Utk yg xberapa suka masam mcm sis, boleh letak susu cair.
3. Paste tomyam jenama PUM.
Perhatikan bulat kecik tu. Yg ni kurang sedap. & banyak org review masak2 buat guna paste ni. Maybe kat tempat dyorg ada jenama ni je kot. Yg pum ni memang korang kene orter. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum2 ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bwg. Eh banyak lg laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat pdg besar. & harga dia murah dari 2botol yg kat atas tadi.
Ok done. Lepasni korang nak beli paste tomyam perati bende yg sis bulat2 kan tu ok. Selamat mencuba…
SEKIAN wasalam..
*Sis selalu beli jenama 1 & 2. Masak ni paling senang selain singgang pokman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya Kukus Nasi Lemak, Kena Rendam Periuk Dalam Air Panas. Baru Cepat Masak & Jimat Gas!
Tidak dinafikan di Hari Raya ini tak henti-henti kita memasak untuk menyediakan menu istimewa bagi melayan selera adik beradik dan seisi keluarga yang berkumpul di kampung.
Apatah lagi bila sanak saudara berkunjung, tentu macam-macam hidangan akan disediakan. Antaranya mungkin ada yang merancang untuk sediakan hidangan nasi lemak yang istimewa. Maklumlah terasa lama juga kita semua tidak menjamah nasi lemak!
Jadi tahukah anda sebenarnya untuk memasak nasi lemak ada teknik untuk pastikan nasi dimasak sempurna malah ada juga cara untuk nasi dimasak dengan lebih cepat dan sekali gus boleh menjimatkan penggunaan gas. Ini seperti apa yang dikongsikan oleh Rossita Omar.
“Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu. Cara ini lebih mudah dan lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.
“In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama,” ujarnya berkongsi tips dan cara di salah satu group masakan di FB.
Sukatan air
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak atau nasi putih. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi putih santan tu tukar dengan air pula.
Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.
Langkah 1:Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.
Langkah 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.
Langkah 3: Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.
Langkah 4 :Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak boleh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Langkah 5 : Biarkan nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau untuk ratakan santan pekat yang terapung di atasnya.
Langkah 6 :Bila nasi dah masak dan kering santannya. Boleh tutup api dapur. Biarkan periuk nasi terendam dalam air panas dalam periuk kukusan itu.
Langkah 7 : Gemburkan nasi. Nasi dah masak dah. Bila digembur nasi semakin muai yang banyak. Tak ada yang jelantah. Alhamdulillah…
Ekstra info : Bekas periuk yang digunakan .Alhamdulillah tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak.
Malahan nasi lemak ni boleh bertahan lebih lama. Insya Allah hingga 24 jam tahan tak basi jika betul cara masaknya.