Wanita Tabur Sesuatu 2 Pagi Depan Rumah, Orang Ramai Minta Pergi Berubat

Share

Pantang ada yang tak puas hati dengan orang, usaha lah guna bantuan ‘makhluk halus’ untuk menjatuhkan orang lain. Meskipun sekarang dunia dah maju, tetapi pemikiran seperti ini masih di takuk yang lama.

Misalnya seperti yang berlaku pada pemilik Tiktok ini, disebabkan terdengar salakan anjing dan bunyi enjin kereta yang kuat, dia terjaga daripada tidur sekitar 2.35 pagi. Apabila melihat di luar rumah, dirinya sangat terkejut apabila ada seorang wanita menabur sesuatu di hadapan pagar rumahnya ketika itu.

Biarpun sempat merakam aksi mencurigakan itu, namun pemilik akaun atau nama sebenarnya Puan Ana akui kaki dan tangannya sedang menggeletar ekoran pertama kali situasi itu berlaku di hadapan matanya sendiri.

@n.shzana Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku?😢 Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Keesokan harinya, ketika menghantar anak pergi ke sekolah, Puan Ana sempat meninjau ‘benda’ yang ditabur oleh individu misteri tersebut. Ujarnya terdapat banyak kesan pasir serta garam ditemui di hadapan rumah, walhal sebelum ini kawasan berkenaan ada rumput hijau sahaja.

@n.shzana Nk hantar ank skolah td cerah baru npk benda yg ditabur ni.. Mcm pasir dgn garam. X kan kebetulan plak “kakak” tu g buang pasir ke rumah aku 🤦🏻‍♀️ #khianat #malaysia #akutakut ♬ original sound – Ana

Video tersebut mendapat perhatian umum dengan peroleh 3.2M tontonan dan meninjau di ruangan komen, rata-rata meminta untuk Puan Ana berjumpa dengan ustaz untuk berubat bagi mengelak segala benda buruk berlaku. Malah, ada yang mengatakan pasir yang ditabur itu mungkin tanah kubur untuk porak perandakan keluarga.

Sumber : Puan Ana

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/