Menginjak usia akhir 30an dan meniti usia 40an dirasakan satu cabaran baru buat semua insan bergelar wanita. Namun janganlah takut dengan usia ini.
Usia hanyalah sekadar angka yang tidak memberi apa-apa maksud secara lahiriahnya. Namun menjelang usia ini, apakah pencapaian mahupun kejayaan yang dicekapi.
Sebagai wanita periksa apa anda perlu buat dan kena ada bagi memastikan anda menikmati hidup yang selesa, sempurna dan tenang di usia ini? Lima perkara ini perlu buat.
Jaga Pemakanan
Pemakanan paling penting. Janganlah lagi makan sebarangan makanan yang tidak sihat. Air bikarbonat mahupun makanan tinggi lemak sebaiknya dikurangkan. Semakin umur meningkat semakin sukar untuk mengekalkan berat badan ideal. Risiko untuk pelbagai penyakit juga makin mudah. Tukar sahaja pada menu ringkas seperti rebus dan panggang. Itu sudah memadai.
Ads
Simpanan Hari Tua
Simpanan bukan bermula daripada usia ini. Sebaiknya mulakanlah dengan serius sejak muda lagi dan menjelang usia ini, anda sudah mampu untuk hidup tenang dengan wang simpanan yang sedia ada. Namun tidak salah jika anda memperuntukkan lebih serta lebih serius lagi menjelang usia ini. Lupakan pada aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan membazir.
Pendapatan Sampingan
Ada orang yang sudah memulakan pendapatan sampingan ini sejak dulu lagi. Tidak salah jika anda baru berjinak-jinak untuk memulakannya sebagai persediaan hari tua anda. Berniaga atau membuat pelaburan jangka masa panjang adalah salah satu jalan terbaik. Mulakan sekarang!
Ads
Elak Kemurungan
Sebaik-baiknya elakkan sama sekali berlaku kemurungan dalam usia ini. Kesan emosi yang tidak sihat, kemurungan dan sebagainya akan hanya mendedahkan wanita kepada penyakit dalaman seperti kanser dan sebagainya. Elakkan.
Ads
Menikmati Hidup
Nikmatilah hidup ini dengan penuh gembira bersama suami dan anak-anak. Bebanan kerja sememangnya tidak pernah akan habis. Berusahalah untuk mencari ruang bersama mereka dan nikmatilah masa bersama sepuas-puasnya.
Ilmu Di Dada
Tidak terlambat rasanya untuk anda memperlengkapkan diri dengan sedikit kemahiran diri sebagai bekalan hari mendatang. Mungkin belajar menjahit atau sedikit ilmu masak memasak sangat relevan untuk dunia bisnes hari ini. Kena cuba!
Kena Cantik
Paling penting dalam usia ini anda harus tampil cantik. Cantik bukan bermaksud harus mengenakan pakaian baru dan up to date sentiasa. Cukup hanya tampil kemas dan sedikit keyakinan diri setiap kali mengenakan pakaian yang dipilih. Itu sudah memadai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentunya ada yang kurang selesa bila pagar rumah yang dipasang oleh pihak pemaju hanya menggunakan dawai biasa yang boleh menampakkan dengan jelas segala aktiviti kita sekeluarga di laman rumah.
Ingin juga ada privasi, jadi bolehlah anda lakukan tranformasi pagar rumah anda dengan cara yang paling cepat dan mudah dengan lakukan DIY seperti yang dibuat oleh Khairul Azaham Aris ini.
Dia melakukan DIY pagar yang lebih privacy untuk keselesaan keluarga malah secara tidak langsung memberi gaya pada pagar sekeliling rumahnya dengan menggunakan papan plank.
Jika anda ingin lihat hasil sebelun dan selepas transformasi yang dilakukan olehnya, jom baca dan lihat perkongsian yang dikongsikan olehnya di sini.
Kerja DIY 2 hari lepas sesi mco 2.0.. buat pakai papan plank (urat) lebihan dinding rumah dulu.. Plank ni panjng 12ft jadi nak sesuaikan tinggi pagar 51 inci dapat 2 keping je sepapan tu. Welding besi alang 1x1inch belakang tu untuk skru. Pagar hijau asal tak buang. Tindihkn je terus .siap cat putih.
Ramai yang tanya harga
Besi hollow 1×1 20ft = rm20+- sebatang
tapping skru zink 1 1/2 inci rm38 sekotak
papan plank ni ade 2 jenis 12ft x 1ft :
-ira(urat) rm25-26 +-
-kosong rm22-23 +-
Ade beberape pilihan jenis papan atau brand berbeza dekat pasaran. Ada 12×1 ft ada yang 12×0.5ft ikut citarasa masing-masing.
Tools
-tali tape
-sesiku L- Tal ada tak apa janji potong lurus
-Welding set
-Grinder mata potong besi & mata potong batu
-drill untuk ikat skru
Langkah Demi Langkah
1.Kalau ada pagar hijau elok cat dulu depan blakang sebelum gantung. Nanti payah dah nak cat belakang.
Untuk potong papan planking ni pakai grinder je tapi pakai mata potong tiles. Hati-hati jgn kena tangan sudah.
Ramai juga tanya fungsi lubang itu dibuat. Sebenarnya ia lubang untuk baca meter air
Besi 1×1 tu welding ke tiang asal pagar. Pagar hijau asal tak buang pun. Sayang rasa nak cabut.jadi kita tindih terus.
Pakai skru besi seperti ini, ekor dia pipih. Sebab tindih pagar hijau jadi pakai yang panjang sikit 1 1/2 inci. Kalo 1inci tak sampai. Kalau 2 inci nanti besi tu tembus sampai belakang. Tak cun nanti karat belakang
Bayangkan, dengan hanya amalkan asam keping yang sering kita gunakan sebagai bahan dalam masakan dikatakan boleh membantu mengawal berat badan. Mendengar info ini tentu sahaja membuatkan ramai antara kita boleh tersenyum labar.
Ini sebagai mana perkongsian fakta daripada Jabatan Pertanian Malaysia tentang manfaat dan kebaikan asam gelugor ini yang dikatakan mampu merampingkan badan. Jadi tidak hairanlah, telah ramai amalkan petua mimum air rebusan asam keping sebagaimana perkongsian daripada JuNe Sue Anna dan Hazimin.
ASAM GELUGOR – mampu merampingkan badan situkang masak… (idris bald)
Asam keping memang tidak asing lagi bagi suri rumah, kerana rasanya yang masam ianya menjadi bahan penting yang harus tersedia di dapur rumah untuk beberapa jenis masakan seperti asam pedas, gulai lemak cili api, masakan singgang dan sebagainya. Bagi penduduk di utara semenanjung yang terkenal dengan masakan laksa, asam keping merupakan bahan yang perlu ada bagi melengkapkan masakan laksa tersebut.
Asam keping adalah hasil dari hirisan buah asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis dari famili Clusiaceae dalam genus yang sama dengan manggis iaitu Garcinia. Pokok asam gelugur merupakan tumbuhan saka besar yang biasa didapati di hutan malar hijau di selatan Thailand dan Malaysia.
Pokok asam gelugur tumbuh pada ketinggian yang boleh mencapai lebih daripada 20 meter dan mempunyai batang yang panjang, kulit licin kelabu dengan kanopi rendang. Daun berwarna hijau gelap, berkilat, panjang dan sempit dengan hujung tajam dan tepi terbalik. Mempunyai bunga yang berwarna merah gelap.
Buah bulat ditanggung secara tunggal pada hujung ranting dengan ukuran sekitar 7-10 cm garis pusat. Buah yang masak berwarna kuning oren terang, yang dihiris, dikeringkan untuk digunakan dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Buah dan pucuk muda asam gelugur boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dicelur untuk dimakan bersama budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi.
Asam gelugur yang juga dikenali sebagai asam gelugo merupakan tanaman asal dan liar di hutan Semenanjung Malaysia. Asam gelugor kini tidak sahaja dipandang sebagai bahan penting dalam masakan, malah dilihat mempunyai nilai ekonomik termasuk dalam industri perubatan. Kini ia telah mula ditanam secara meluas terutama di utara tanahair.
Dari segi perubatan, dipercayai buahnya dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolestrol. Buah asam gelugor mengandungi asid sitrik, asid tartarik, asid malic dan asid askorbik, asid hydroxycitric dan flavonoid.
Daun, bunga atau buah asam gelugur dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Manakala buah, bunga dan pucukmya pula bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Kini asam gelugur juga telah dijadikan jus minuman yang berfungsi sebagai antioksidan yang baik bagi membantu mengurangkan kalestrol dalam badan.
Meninjau perkongsian daripada HaziminMusaMarkBourne via Kelab Diet Kalori (Malaysia) turut berkongsi petua manfaat asam gelugor ini untuk tujuan melangsingkan badan.
Kegunaan Dan Khasiat Buah/Asam Gelugur
1. Mengecutkan Rahim dan Menurunkan Berat Badan
Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.
PETUA 1
a) Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas.
b) Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam.
c) Minum setiap pagi dan malam.
d) Jika diamalkan selalu InsyaAllah perut buncit akan mengempis
PETUA 2
a) Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih.
b) Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml- 1liter) rendamkan dalam air panas – TIDAK PERLU TAMBAH GULA.
Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam keping baru.
Begitu juga dengan perkongsian daripada JuNe Sue Anna yang pernah mengamalkan minum air rebusan asam keping untuk tujuan menurunkan berat badan.
“Dulu dok amal minum ni.. resipi mak saya..memang turun banyak..lama tak buat sampai bam bam. Hari ni start balik buat, nak cantik dan kemas badan masa raya nanti.”
Resipi Air asam gelugur(assam keping ) madu Bahan-bahan:
Asam gelugur 2 keping
Madu- ikut rasa tapi jangan manis sangat
Cara penyediaan:
Rebus asam gelugur (asam keping) bersama 3 cawan air. Bila air mendidih tutup api. Kemudian biarkan sejuk, tuang dalam gelas letak madu letak ais kiub. Siap. Tak nak ais pun boleh, minum suam suam pun boleh.
Ekstra info :
Minum pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidor
Siapa ada darah rendah tidak digalakkan minum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dia diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun. Biarpun reda dan menerima andai diri diduakan, namun penceraian tetap menjadi pilihan bekas suaminya.
Wanita mana yang sanggup memegang status janda. Apatah lagi, lelaki yang diharapkan menjadi pelindung dan tempat berpaut namun kententuanNya, tiada siapa mampu menghalang. Akhirnya ikatan pernikahan terlerai jua di tengah jalan. Pun begitu, usah ditangisi apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Berkongsi kisah hidupnya dengan Majalah Keluarga baru-baru ini, akui Deja Moss atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, biar diduga dengan perpisahan dengan bekas suami, namun dia kuat untuk bangkit semula.
“Penceraian memberi tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas berpisah, saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Menipu kalau saya kata tidak sedih dan kecewa. Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya.
Namun, sedikit demi sedikit saya cuba saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir. Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja lagi yang sudah 10 tahun mengusahakan Kek Lapis Sarawak.
Kongsi rezeki dengan anak yatim
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.