Perjalanan seorang isteri dalam mencari syurga perlu baginya memperjuangkan ketika hari pertama dirinya berkahwin. Hakikatnya syurga itu menjadi dambaan setiap antara kita dan jalan menuju ke syurga bukan mudah. Ada ujiannya dan perlulah bersabar dan harus diperjuangkan hingga hujung nyawa agar penghujungnya syurga buat yang berusaha.
Itulah juga yang disarankan oleh peguan syarie Roslina Sabiyah, melalui tulisan penuh bermotivasi untuk mengajak wanita terus bangkit dalam memperjuangkan untuk memiliki syurga idaman.
Ini pekongsiannya.
Wanita.. Perjuangkan Syurgamu..
Syurgamu.. pada setianya kau melayan suami yang bertanggungjawab dan memberikan perlindungan padamu.
Syurgamu.. pada lelahnya kau melahirkan dan membesarkan anak-anakmu, mendidik penuh kasih dan memimpinnya menjadi manusia berguna untuk ummah.
Ads
Syurgamu.. pada tegasnya kau berkhidmat mencurah bakti di segenap penjuru bidang yang memerlukan sumbangan buah fikiran dan tenagamu.
Syurgamu.. pada taatnya kau melaksanakan semua yang diperintahkan Allah dan Rasul dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Ads
Biarpun dalam perjuangan itu kadangkala kita tewas..
Pada tipisnya kesabaran seorang isteri..
Pada letihnya tugas seorang ibu..
Pada peritnya mujahadah melawan hawa nafsu semata untuk menjadi hamba-Nya yang taat..
Pada lemahnya kudrat seorang wanita..Yang kadang-kadang diperlakukan sewenangnya..
Dipukul, dirogol, disakiti, dizalimi hatta dibunuh di tangan suami sendiri yang dirasuk amarah..
Ketahuilah wahai wanita.. perjuangan kita menggapai syurga tidak pernah terhenti di situ..
Walau kudrat lemah, walau jiwa pasrah, walau jasad sudah dikandung tanah..
Ada sedekah jariah yang menjadi penyelamat kita..
Ada ilmu bermanfaat yang terus mengalirkan pahala..
Ada anak-anak dan generasi yang kita tinggalkan yang doa-doa mereka diharap mampu membantu menghantar kita ke syurga..
Ads
Setiap amal yang baik, walau hanya sebesar zarah akan kekal bercambah subur..
Setiap air mata, peluh dan darah akan Allah ganjarkan kebaikan..
Maka jangan pernah kecewa dan putus asa..
Teruslah berbuat baik, bersangka baik dan menyebarkan kebaikan.
Maka dengan seluruh kudrat, tekad dan semangat, mari kita terus perjuangkan syurga kita selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah redha dan memimpin kita dengan rahmat-Nya dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
Lain padang lain belalangnya, macam itu jugalah kalau nak cerita bab masalah kulit wanita. Lebih-lebih lagi bila dah semakin berumur ni.
Dulu masa remaja, mungkin kulit wajah kita berjerawat dan kini tinggal parut. Lagi sedih bila dah berusia ni ada pula jeragat di wajah.
Jika dah puas mencuba pelbagai cara nak rawatnya, apa kata cuba petua kecantikan ni pula. Ianya telah dikongsika oleh Maria di akaun fbnya.
Semua orang kenal dua benda ni iaitu BEDAK SEJUK dan ASAM JAWA kan.
Tapi sebenarnya banyak khasiat tau untuk kecantikkan kulit. Korang asyik guna scincare ja tapi pernah tak terfikir nak rawat guna bedak sejuk dan asam jawa.
Haa, kita kena juga rawat cara traditional korang. Lagipon bahan dia mudah dah ada tersedia dah haa kat dapur. Save bujet gitu kan.?
Kenapa Kak Mar guna asam jawa sebagai bahan utama.
Khasiat asam jawa merupakan sumber dari antioksidan, flavonoid, vitamin C dan vitamin A, fungsinya untuk mencegah efek buruk dari radikal bebas, manfaat asam jawa juga untuk mencerahkan kulit ,mengurangkan bintik2 hitam dan kesan parut bekas jerawat.
Kalau korang rajin buat in sya Allah parut jerawat dan juga jeragat pudar nanti.
Walaupon simple tapi kalau praktik in sya Allah kulit boleh cantik. Ok Jom tengok setiap pic ada cara penyediaan.
1. Asam jawa dijadikan pes.
2. Campurkan dengan bedak sejuk.
3. Ratakan di wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dicuci bersih.
Sumber : Maria ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik makanan berkuah santan dan berminyak saja seperti kari, masak lemak atau masak sambal, apa kata cuba pula masakan alam stim.
Cara masakan yang lebih sihat. Nak tahu caranya memang mudah. Buat yang suka masakan yang ringkas sangat sesuai mencuba.
Jom ikuti resipi ini.
Resipi yang terlalu simple sangat. Boleh buat..tapi terpulang pada skill memasing lah yer .
Ayam stim chinese
ayam – potong kecil-kecil 3sb kicap cair 2st minyak bijan 1st serbuk lada hitam 2st gula garam daun bawang halia 2″
Caranya: ayam diperap bersama kicap..myk bijan n serbuk lada hitam..gula dn garam sedikit..(agak2 masinnya) perapkan selama sejam kemudian aturkan didlm loyang pengukus n taburkan dgn halia dn daun bwg..kukus hingga ayam masak.. siap…
Sumber : Zarina Ayna
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.