Hubungan intim merupakan salah satu faktor penting dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga. Apatah lagi, dengan adanya penyeri rumahtangga bergelar isteri yang tidak putus asa memperbaiki diri dan hubungan romantik bersama suami. Tapi, peredaran zaman menyebabkan kebanyakan golongan wanita makin lupa untuk mengamalkan petua-petua tradisional atas alasan – I’m too busy! Nasib baik sekarang ada bermacam-macam jenis jamu dan suplemen kesihatan yang boleh membantu! Nak hangatkan semula malam-malam anda seperti malam pertama? Then this article is FOR YOU!
Sebelum mula berperang, mesti la kena kumpul tenaga dulu. Betul tak? Jus yang diperbuat daripada adunan semulajadi seperti madu, kurma, Habbatus Sauda, Pueraria Mirifica serta Manjakani ini membekalkan tenaga yang superb untuk anda beraksi. Selain itu, ia juga meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita di samping melancarkan peredaran darah seterusnya membantu untuk meningkatkan kadar metabolism badan yang akan mengekalkan berat badan ideal.
Bila dah bertenaga, haruslah make sure si adik manis tu berbau harum semerbak. Baru lah datangkan selera! Hunny Bunny Miss V Perfume bukan sahaja boleh bantu selesaikan masalah keputihan, malahan setip semburan memberi bau strawberry yang pastinya membuatkan anda jadi irresistible!
Ingat cik abang je yang ada Tongkat Ali? Kaum wanita pun ada tongkat ajaib, tau! Tongkat Herba V Asia mengetat dan menegangkan otot-otot vagina sambil mengurangkan masalah kegatalan. Dengan penggunaan berterusan, masalah keputihan pun boleh diatasi.
Semakin berusia, semakin kendur. Aduh, stress sampai gugur rambut dibuatnya! Dengan Putik Telaga Dara, you can finally stop worrying! Teknologi nano dan bahan kolagennya memudahkan ia meresap jauh ke dalam kulit vagina yang sangat sensitif, seterusnya membantu menegangkan apa yang patut!
Bila dah tegang luaran, kena lah pastikan yang dalaman juga padu! Dengan minuman teh uncang herba Bellacare, ianya akan menyuburkan dalaman rahim di samping mengetatkan otot-otot dan turut menstabilkan hormon. Hormon dah stabil, tentunya tahap kesuburan juga meningkat!
Minuman kesihatan yang diperbuat dari jus manggis, buah delima serta diperkaya dengan royal jelly ini mampu mengecutkan tisu faraj dan meningkatkan keanjalan serta kecerahan kulit. Yang paling best? Payudara semakin besar dan anjal juga!
Haaa! Bila dah langsing, putih, wangi dan anjal, pasti membuat kan suami termimpi-mimpi di pejabat! Selamat mencuba dan semoga rumahtangga anda berseri-seri hendaknya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering kita dengar bila seseorang itu mengamalkan minum air rebusan harba daripada ramuan terpilih, ternyata ia bagus untuk tubuh badan. Selain seseorang itu nampak bertenaga malah banyak manfaat yang dirasai oleh pengamalnya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu, berkongsi khasiat amalam minum air rebusan pandan yang dicampur dengan bawang putih dan serai.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Petua Air Rebusan Pandan, Bawang Putih Dan Serai
Bahan-bahan:-
3 batang serai
2 daun pandan
3 ulas bawang putih
3 gelas air
Cara membuat air rebusan ini:-
Potong atau titikkan serai, pandan dan bawang putih.
2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.
3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang putih. Didihkan sehingga menyusut separuh dan tutup periuk.
Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.
Cara minum:-
Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa.
Kalau yang sakit lutut, nak keluarkan angin dalam badan, lembutkan urat, hilangkan peluh berlebihan dan kuman dalam darah. Boleh amalkan pagi selepas sarapan dan petang
Boleh letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha-Allah berkesan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bagi ibu-ibu di luar sana, Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya berkongsi petua yang cukup mudah dalam memastikan kesihatan terpelihara.
Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita setiap kali selepas datang bulan. Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
TAMBAH JIKA PERLU
1. Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
2. Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1. Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2. Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Antara Kelebihannya:
1. Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2. Mengeluarkan angin dalam badan.
3. Anti kanser
4. Memecahkan lemak-lemak.
5. Mengurangkan masalah bau badan
6. Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2. Boleh diminum oleh anak dara mahkupun yang telah berkahwin.
3. Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4. Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5. Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Air ketuban atau cecair amniotic ini merupakan cecair yang melindungi dan meliputi janin dalam kandungan ibu hamil.
Air ketuban kurang atau terlalu tinggi boleh mendatangkan beberapa komplikasi terhadap kehamilan anda. Disebabkan itulah doctor sentiasa memeriksa kandungan air ketuban ini agar tidak memberi kesan kepada bayi.
Air jernih yang mengelilingi bayi dan melindungi bayi ini juga berfungsi seperti berikut:
* Melindungi janin di dalam rahim daripada tekanan di bahagian luar sama ada pukulan atau trauma.
* Membantu perkembangan paru-paru bayi
* Mengawal suhu agar sentiasa stabil dan normal untuk memastikan bayi dalam keadaan hangat.
* Membantu perkembangan otot dan tulang bayi.
* Memainkan peranan dalam perkembangan system penghadaman bayi disebabkan cecair yang ditelah semasa dalam rahim.
* Memastikan bayi mendapat keperluan nutrisi, ruang dan oksigen yang mencukupi.
Bahaya jika air ketuban ini semakin berkurangan. Ini pula pentanda bila air ketuban makin berkurang. Awas mama!
* Jumlah cecair amniotic kurang yang dikesan melalui ultrasound
* Tidak mencapai berat badan yang ideal Ketika hamil.
* Degupan jantung bayi yang turut secara tiba-tiba beberapa saat sebelum Kembali normal.
* Cecair keluar dari faraj.
* Air ketuban kurang juga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas (untuk komplikasi yang teruk)
Risiko air ketuban kurang
Kekurangan cecair amniotic boleh menjejaskan tangan, kaki, paru-paru dan anggota badan si kecil. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada anak anda.
Oleh itu anda perlu ketahui langkah-langkah untuk menambah air ketuban seperti yang disyorkan oleh doctor.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...