Wanita Ni Rajin Buat Sendiri Rebusan Air Kunyit Agar Cantik, Sihat & Bertenaga!

Share

Kunyit menjadi antara salah satu rempah yang  popular digunakan dalam masakan. Selain itu, tahukah anda bahawa terlalu banyak alasan terbaik mengapa seorang wanita harus mengamalkan minum air kunyit ini.

Air kunyit menyimpan banyak manfaat untuk tubuh, terutamanya dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan berkesan untuk kekal langsing, buang angin di tubuh, lancarkan piriod dan banyak lagi kebaikkan dan manfaatnya.

Menyedari kebaikan ini, Puan Noor Azlina dan Puan Reen menyediakan sendiri ramuan air herba kunyit ini untuk diamalkan. Jom semak apa ramuan lain yang dimasukkan ke dalam minuman herba tersebut.


AIR KUNYIT BERHANTU 

Ina suka buat sendiri air kunyit sebab jimat dan sedap sangat. Tak payah beli dah buat jer kat rumah. Time period pom ina minum sebab boleh lawaskan , darah keluar memang berketul ketulla keluar (cakap terus)

Badan pom ringan jer.. Angin pom keluar laju jer. Kalo nak kurus tu tak tahula boleh ker tak minum air kunyit berhantu ni. Motif minum air ni sebab nak bagi badan ringan jer..muka pom nampak aa seri . Korang tengokla bahan bahan mudah je.

Kunyit , halia , asam jawa , nise ( ore kelate pangil) a.k.a gula melaka. Pastu 2 biji serbuk manjakani ( tak nak boh pom tak ape). Korang agak agakla sendiri. Jangan lupa blender kunyit + halia.

Ina guna botol air mineral kecik ni utk seminggu minum. Ikut step kat bawah tu

Daun panan jangan lupa Tak buh tak sedap tau. Masakla sampai gelegak

Tadaaa dah siap tapis dan terus isi dalam botol.

Hari hari buat minum. Setengah cawan.

 


Ini pula apa yang dibuat oleh Puan Reen

HOMEMADE JAMU KUNYIT

Bahan2:


1 ketul kunyit hidup buang kulit,basuh dan hiris
1 ketul sederhana besar halia..buang kulit,basuh dan bersihkan
2@3 batang serai diketuk
1 sudu besar penuh asam jawa ramas dgn sedikit air dan tapis
1@2 ketul gula melaka..bole gantikan dgn madu asli 1@2 sudu besar..tp jika ingin guna madu…campurkan ketika hendak diminum nnt.
1 sudu kecil halba
2 biji manjakani ketuk2 kasar..jika ank dara/belum berkahwin yg nak minum jamu nie minum bole abaikan bab manjakani tu ye..x perlu letak.

Caranya:


1. Masukkan 6 cawan air kedalam periuk. Rebus semua bahan hingga mendidih.

2. Tutup api dan sejukkan sekejap dalam 10-15 minit

3. Sudah agak sejuk..kisar air rebusan tadi bersama semua bahan2 yg dimasukkan td..
-tapis air td.

4. Rebus lagi dlm 5 minit dan sejukkan.

6. minum ketika suam 1 cawan waktu pagi sebelum makan. Boleh juga masukkan dlm peti ais lebihan air td dan minum untuk esoknya.

~ Amalkan 2@3 kali sminggu.
* untuk wanita hamil, berpantang dan menyusukan anak tidak digalakkan minum ye, takut efek pada kandungan dan baby yg mnyusu nnt.
*untuk wanita yg kguguran bole minum untuk beri tenaga pd tubuh badan.
*jika sedang period,bole mnum tp setengah cawan je..minum 1 x spanjang tempoh period.
*untuk masalah period x teratur..bole mnum cm biase 2@3x sminggu..in shaa Allah.
*jika sedang makan ubat dr klinik/hospital..jarakkan antara 1@2 jam baru minum jamu nie.
-banyakkan minum air kosong untuk membantu proses pembuangan toksin lebih cepat dan lancar nnt.
sumber : Asslammualaikum Hai Saya Reen via MAHN