Daun pegaga umum mengetahui adalah tumbuhan herba yang banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kesihatan malah berkesan untuk penjagaan kecantikan wanita. Andai sebelum ini pegaga hanya dimakan sekadar menjadi menu ulam ketika menikmati hidangan di restoran.
Pun begitu alangkah baiknya, bila kita sendiri boleh menanam pegaga tersebut di laman rumah dan dapatlah bila-bila masa sahaja untuk menikmati khasiatnya.
Malah tidak dengan dijadikan ulam semata-mata, dapat juga kita sediakan air rebusan herba untuk dijadikan amalan untuk kekal awet muda dan cerdas pemikiran. Ini sebagai mana apa yang dilakukan oleh Suhaili Baharudin ini. Tanam sendiri untuk kegunaan sendiri!
KHASIAT TERSEMBUNYI DALAM PEGAGA
Semalam Mastura Rashid kongsi tentang air rebusan pegaga. Sungguh menganga Kak Eli kerana punyalah banyak khasiat pegaga ni rupanya untuk otak kita. WHO iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf pegaga sebagai makanan yang menjana kecerdasan otak.
Ia membantu membaiki fungsi minda dengan meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Jadi bukankah elok untuk kita yang selalu stress dan murung ini?
Dan kerana minat dan cinta Kak Eli pada aktiviti bercucuk tanam yang boleh menghilangkan kusut dikepala, maka hari ini Kak Eli nak kongsi cara tanam pegaga supaya subur dan gemuk.
Ads
Dalam pasu gantung pun boleh. Nanti bila terjuntai-juntai daunnya sungguh dapat menghiburkan hati.
No plants = No life and that cannot be healthy.
Kemudian alangkah baiknya bila kita dapat manfaat dari tanaman kita tadi. Rebus untuk minuman, memasak, buat ulam cicah budu ke kan?
Kajian kata mereka yang tinggal dekat dengan tanaman akan hidup lebih lama. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita mula menanam sekarang.
Step 1 : Cari bekas atau pasu kosong. Separuh tanah kompos yang Kak Eli pernah kongsi sebelum ni (kalau tak ada tanah beli di nursery pun boleh). Dan separuh lagi pasir.
Ads
Step 2 : Gaulkan semua sekali. Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.
Ads
Step 3 : Dengan lafaz bismillah, cucuklah pegaga sesuka hati. Siram dan letak dibawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.
Step 4 : Tadaaaaa!Selepas 2 minggu lihatlah dunia. Bukan main subur dan gemuk lagi pegaga Kak Eli ini. Anak daun dah mula tumbuh di sana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.
Tapi apa lah guna ya pegaga yang subur kalau kita tak ambil manfaatnya kan? Demi resepi air rebusan pegaga Mastura yang kelihatannya sungguh lazat dan berkhasiat itu maka kita kena berkorban.
Pejam mata dan tarik lah pegaga yang kau tanam dan sayang tu dari akarnya. Khasiat pegaga paling optimum ialah bila kita merebus dari daun hingga ke akar.
Ini pula cara menyediakan air rebusan pegaga
Bahan-bahan: Pegaga, halia, serai, kulit kayu manis dan madu.
Step 1 : Tambah air dan rebus. Ingat tau jangan di buang akar pegaga tadi. Arwah mak Kak Eli ada periuk tembikar jadi guna saja periuk ni. Rebus sampai mendidih dan air bertukar warna.
Step 2 : Bila suam, tambah 1 sudu madu.
Bersedia lah untuk menikmati air rebusan pegaga yang sangat berkhasiat dan menjana kecerdasan untuk otak. Marilah kita manfaat kan sayur yang murah, mudah ditanam dan berkhasiat ini. Selamat awet muda dan cerdas minda kepada semua yang bakal mencuba!
Jika ada masalah angin yang terlalu banyak di dalam badan seseorang wanita itu, secara tidak langsung ia akan menjejaskan kelancaran ibu untuk melakukan tugas-tugas harian di rumah.
Apa tidaknya bila perut sentiasa meragam, ketika itulah kita akan rasa senak perut malah hingga membawa kepada rasa hendak dan semua ini membuatkan sesiapapun akan rasa tidak selesa.
Jika ingin dirawat dengan menggunakan kaedah tradisi, ramai yang mengatakan halia adalah ramuan yang terbaik. Ada orang akan makan halia begitu sahaja dan ada juga yang dicampur ramuan lain untuk dijadikan minuman herba bagi mengatasi masalah angin dalam badan.
Di sini disertakan resipi untuk anda menyediakan jeruk halia agar dapat di simpan lebih lama dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Bahan-bahan diperlukan:
200g halia muda
1 sudu kecil garam
1 cerek air panas
1 cawan (200ml) cuka
70g gula (kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah epal atau pear)
Cara menyediakan dan memasak:
Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula hancur.
Didihkan 1 cerek air.
Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
Letakkan halia ke dalam penapis. Curahkan air panas ke atasnya.
Semasa masih panas, masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.
Pun begitu, jika ada yang tidak boleh terus mengambil halia secara langsung ada baiknya anda jadikan minuman ini sebagai amalan sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norliza Mohd Salleh ini. Minuman herba ini nampak lebih enak dan pastinya menyihatkan.
“Rebusan selepas habis haid, boleh ringankan badan & buang angin. Awet muda, sihatkan rahim. Milk booster untuk bf mom dan melawaskan”-Norliza Mohd Salleh
Resepi
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan wangi
2 serai diketuk
1 ruas halia
1 ruas ibu kunyit
Cara penyediaan : Rebus dengan 4 gelas air jadi 1 gelas. No gula ok..
Sama seperti kita, anak kecil kita juga pernah berdepan dengan masalah sakit tekak yang memeritkan. Apa nak buat bila anak mengadu sakit tekak?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, jangan dibiarkan lama-lama kerana anak boleh diserang masalah lain seperti penyakit tonsilitis. Ikuti perkongsian beliau.
Tiga cara untuk legakan sakit tekak anak yang kecil.
1. Antara tanda yang merisaukan bila anak dijangkiti penyakit tonsilitis ialah meleleh air liur yang berlebihan.
2. Selalunya anak ini tak lalu nak makan atau minum. Badan jadi lemah dan demam pun tinggi.
3. Tonsilitis ialah radang pada tonsil yang terletak pada bahagian belakang tekak.
4. Air liur mereka meleleh sebab tekak mereka sakit sangat. Anak ni tak sanggup nak telan air liur sendiri sebab setiap kali menelan, sakitnya Allah saja yang tahu.
5. Akhirnya anak perlu masuk ke wad dan diberikan air garam melalui darah (intravenous drip)
Sebenarnya ada cara lain untuk legakan sakit tekak anak tu. Saya kongsikan.
1. Makanan makanan yang sejuk.
Makanan yang sejuk ni boleh buatkan tekak anak rasa lega dan kurang sakit. Di hospital ada menu khas untuk kanak-kanak ni dipanggil ‘ice cream diet’.
Contohnya, bubur dan ada aiskrim perisa vanila di dalam bekas. Mungkin dapat 1-2 kali sepanjang tinggal di wad.
2. Minum air teh suam bersama lemon.
Ni pun boleh legakan rasa sakit pada tekak.
3. Guna Aloclair Plus Spray
Boleh dibeli di farmasi dan bila disembur pada tekak anak, kuranglah rasa sakit tu.
Tonsil yang bernanah macam dalam gambar ni selalunya dah dijangkiti bakteria. Laju-laju bawa anak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan okay.
Dan tiga cara ni sesuai untuk anak yang kecil. Tips lain seperti air garam, tak sesuai untuk anak yang belum pandai berkumur.
Dalam masa 5-7 hari, selalunya tonsilitas ni akan beransur sembuh dan selera anak pun bertambah elok.
Tolong saya sharekan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika selama ini kita mengetahui dengan minum air jus kunyit bagus untuk perawatan dalaman wanita, dan sememangnya air jus kunyit ini kaya dengan khasiatnya.
Pun begitu dalam menghasilkan jus kunyit tentu ada pelbagai cara yang dipraktikkan mengikut kaedah yang berbeza-beza. Pun begitu, menurut Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal ada teknik yang terbaik yang boleh dipraktikkan untuk pastikan khasiatnya terjamin dan hal ini mungkin ramai yang tidak tahu.
KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit
Untuk itu, jom ketahui teknik yang sebenar dalam menghasilkan jus kunyit
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Cadangan dos: 1 kunyit sebesar ibu jari dengan 1 mug air + sedikit lada hitam atau asam jawa dan diminum 2x sehari. Boleh juga diambil bersama susu segar
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.