Wanita Ni Kongsikan Resipi Kek Milo Tiga Minit Jer Dah Siap. Cukup Mudah & Ringkas. Buat Sekali Terus Jadi Guna Cara Ni!

Share

Musim cuti sekolah ni, anak-anak banyak duduk di rumah. Ibu-ibu mula pening kan apa nak disediakan menu sesuai untuk mereka. Lagi-lagi waktu petang, asyik cucur goreng jer, anak-anak pun dah muak.

Apa kata petang ini cuba resipi yang cukup mudah cara penyediaannya. Selain menggunakan 4 bahan je, resipi ini hanya menggunakan microwave. Bakar tiga minit je, dah siap. Boleh ajak anak-anak buats ama-sama mesti lagi meriah.


Inilah hasilnya.

.

ada tamu dtg umah dan x tau nk jamu apa? nk cepat dan mudah lagi ringkas? meh tgk resepi ayu nih. ayu buat ptg td… kek milo microwave. 3 minit jer bakar dgn microwave.

Resepi Kek Milo Microwave
4 sudu besar milo
4 sudu besar gula kastor
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar susu cair
4 sudu besar minyak amsak
sebiji telur
sedikit baking powder
kismis..badam..choc chips kalau suka

Cara:
Campurkan kesemua bahan,gaul dgn sudu,tuang dlm loyang atau mangkuk cupcake,bakar dlm microwave dlm 3 minit shj

1. 4 sudu besar milo
2. 4 sudu besar gula kastor
3. 4 sudu besar tepung gandum
4. 4 sudu besar susu cair
5. 4 sudu besar minyak masak
6. pecahkan sebiji telur
7. gaul sebati. guna sudu jer.
8. buh sikit baking powder. m
asa ni klu nk letak kismis ker..badam ker..choc chips ker..bolehlah.
Inilah hasilnya.
10. masukkan dlm microwave dan set kan utk panaskan…selama 3 minit sahaja. utk panaskan ya bkn utk defrost
11. dah siapppp. gebu dan sedap. yg penting…3 minit jer. boleh hidangkn pd tetamu panas2.