Wanita Ni Kongsikan Pengalaman Bila Perginya Orang Tersayang. Ni Yang Perlu Dibuat!

Share

Membayangkan detik perginya insan yang tersayang dalam keluarga tentunya kalau boleh tidak mahu dibayangkan.

Sedar betapa sedih dan pilu perasaan yang bakal ditanggung dan kepayahan yang dilalui bila orang yang selalu berada disisi yang sebelum ini dialah tempat kita sandarkan harapan malah menjadi tulang belakang dalam kita melalui kehidupan ini.

Namun siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir, kerana kematian itu adalah suatu perkara yang pasti.

Jika bukan pasangan kita yang ‘meninggalkan’ kita, mungkin kita pula yang meninggalkannya. Hanya masa yang menentukannya.

Atas sebab ini juga, melalui perkongsian daripada wanita ini berkenaan beberapa perkara perlu diambil berat oleh kita pada hari ini, sebagai usaha  untuk melengkapkan diri dalam membuat persediaan untuk menghadapi detik itu. Jadi bolehlah dihadam sebaiknya untuk info bersama.


Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan…

1. Mesti tahu & faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kpd pasangan psswrd hp, email, myeg & pin no kad2 ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit2 yang ada. (Wp begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)Sebaik shj kita daftar utk dptkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak2. Dokumen2 ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.

5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang etc) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan byk urusan utk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang meninggal akan lebih susah jika hutang-hutang & harta-harta tidak diurus dengan segera”

Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

Gambar hiasan

6. Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kematian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit untuk claim. EPF dalam tempoh 6 bulan tapi Bnk Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
Pastikan juga semua akaun diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris

7. Kepada isteri2, belajar mengenai IDDAH. Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih2kan. PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pbahagian harta mengikut syariat yg tlh ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana2 takaful utk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful blh mbantu mlangsaikan hutang2, meneruskan kelangsungan hidup serta blh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.

Gambar hiasan

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila2 masa sahaja. Panggil pasangan & bincangkan perkara ini.

Dengan sdkt pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.

Allahualam.

Sumber : solah hiyah mohd idris