
Terlalu lama menyimpan beras, kadang kala menyebabkan kutu beras ini akan memakan isi beras. Nak mudah guna botol jer, ini tip yang dikongsikan oleh puan Sara Saad.
Cara Simpan Beras Tahan Lama Tanpa Bubuk – the Thailand way.
Nak bagi beras tahan lama:
1. Simpan dalam botol – tahan bertahun2.
– keringkan beras
– keringkan botol 1.5 litre atau 5 litre,
– tapis beras dahulu kemudian baru isi botol dgn beras dan tutup rapat.
Bila oxygen habis dlm botol, semua bubuk dan telur bubuk tidak boleh hidup.
2. Letak sudu teh stainless steel – tahan satu tahun.
3. Letak sebiji limau nipis/lemon atau daun limau purut atau daun peria kering – tahan 2-3 bulan.
Nota:
Nak bg kutu beras keluar semua, perlu letak satu cawan cuka ditengah2 beras. Atau daun ketumbar jawa.
“Tayang Sedekah Bukan Riak Tapi Nak Ajak Orang Lain Sama-Sama Dapat Pahala.” Ben Ali & Isteri Sumbang RM40K Untuk Palestin!

Penderitaan rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel mendapat perhatian ramai. rata-rata meluahkan rasa marah dengan tindakan Israel tersebut.
Jika baru-baru ini Khairul Aming dan MUA Bellaz tampil memberi sumbangan, kini giliran usahawan dan pelakon Ben Ali pula tampil menyumbang RM40,000 kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Sumbangan tersebut dibuat bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin.
Menurut Ben atau nama sebenarnya Nurali Nadzwan dalam satu perkongsian menerusi Harian metro, sumbangan itu diperoleh hasil jualan produk Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah. Ini adalah hasil pembelian pelanggan dan juga berkat izin Allah SWT.
‘Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura. Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.
“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya.
Selain memberikan sumbangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, Ben turut berkongsi aktiviti amal dia dan isteri mulakan sejak Ramadan lalu.
“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya. Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.
“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan Allah SWT,” katanya.
Sumber: Harian Metro & bena1i
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Kena Kumpul Duit Dari Sekarang..” Netizen Terkejut Basinet Bayi Cecah Hingga RM7 Ribu Buat Bayi Tidur Lena.

Bagi yang baru bergelar ibu bapa pastinya teruja dan gembiranya apabila menimang cahaya mata pertama. Segala keperluan anak akan dibeli sempurna dan lengkap.
Namun gembira meraikan kedatang ahli baru dalam keluarga, ada cabarannya dalam tempoh membesarkan anak. Ia termasuk memastikan bayi cukup tidur. Biasanya waktu kritikal adalah semasa dalam pantang.
Bayi yang tidak cukup tidur mudah meragam. Malah jika dibiarkan berlarutan boleh menjejaskan kesihatan. Jika ibu tidak mendapat rehat yang cukup akan menjejaskan penghasilan susu ibu dan kesihatan yang boleh mengakibatkan tekanan perasaan.
Sudah tentu kita akan mencari alternatif untuk memastikan bayi tidur lena pada masa yang sama ibu juga dapat berehat. Jika dahulu, buaian gantung adalah alternatif untuk membuatkan bayi tidur dengan lena.
Kini terdapat pelbagai peranti moden untuk tidurkan bayi dengan selamat. Kebanyakan buaian bayi telah pun diubahsuaian rekabentuknya supaya lebih menarik, mudah dialihkan dan selamat untuk postur badan bayi semasa dalam buaian.
Ekoran ini memberikan yang terbaik buat anak ada yang sanggup berhabis ratusan, malah ribuan ringgit untuk membeli peranti ayunan yang sesuai untuk bayi baru lahir.
Basinet ini adalah antara alat bantu untuk mengelak bayi terjaga dan menangis waktu malam. Cara ini dapat membantu anda sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja atau menguruskan rumah.
Apa yang pasti, untuk peringatan secara puratanya, bayi perlu bangun dan menyusu setiap 2-4 jam. Kadang-kadang sampai terpaksa mereka dikejutkan supaya ibu dapat menyusu.
Menarik tentang basinet, seorang wanita yang berkongsi mengenai sejenis buaian moden ‘basinet’ yang mencecah harga hingga RM7,000.
Kene kumpul duit drp skg ? 😂 pic.twitter.com/cFKbbLKlio
— amirah amir (@mirakoru7) August 18, 2021
Dalam video TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter oleh pengguna Amirah Amir, seorang lelaki menunjukkan bayinya sedang tidur lena di dalam basinet sementara isterinya tidur lena di sebelah.
Menurut lelaki itu, dia menyangka isteri kurang waras apabila ingin membeli basinet berharga $1,500 itu. Namun apabila dia melihat anaknya tidur sepanjang malam tanpa terjaga, lelaki itu percaya pelaburannya itu berbaloi.
Tular dengan harga yang mahal, netizen memberikan pelbagai pandangan.
Pelaburan berbaloi!
Tetap kena kejutkan bayi baru lahir untuk menyusu
Bagaimana pun perlu pastikan bayi bangun untuk menyusu susu ibu pada tempoh tertentu.
Keluarga: Jika ada bajet, ia pelaburan yang berbaloi buat anak pertama. Peranti akan digunakan untuk anak seterusnya. Apa pun ikut kemampuan masing-masing.
Sumber: Twitter amirah amir
“Silibus Grade 1 USA Macam Level Tadika Malaysia”- Bapa Menetap Di USA Ni Kongsi, Tarik Perhatian Netizen!

Umumnya kita sebagai ibu ayah akui mengajar anak untuk siapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru meskipun diperingkat sekolah rendah, bukan lagi semudah yang disangka.
Bahkan ibu ayah yang mempunyai taraf pendidikan tinggi dengan memiliki diploma atau ijazah sekali pun, berdepan dengan kesukaran menyelesaikan soalan yang terdapat di dalam buku latihan.
Malah tidak dinafikan kebanyakan ibu ayah perlu buat rujukan dan membaca buku teks untuk memahamkan subjek tersebut. Namun sering juga berkahir dengan ketidakpastian akan jawapan yang diberikan sama ada tepat atau sebaliknya.
Hal ini ramai menyebabkan ibu ayah mengeluh dan kecewa bagaimana anak kecil yang bersekolah rendah mampu untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Timbul juga kebimbangan dengan masa depan anak-anak zaman sekarang dalam menguasai pembelajaran selama ini di sekolah.
Apatah lagi isu silibus ini bertambah panas apabila guru cemerlang Cikgu Mohd Fadli dengan lantang menyuarakan hal ini kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai silibus aras tinggi. Tidak sesuai dengan usia anak-anak yang masih kecil dan beberapa isu lain yang turut diketengahkan olehnya.
Hal yang viral ini telah menarik perhatian seorang ayah yang kini menetap di Amarika Syarikat dengan mendedahkan bahawa jauh perbezaannya dengan apa yang dipraktikkan di negara maju tersebut.
Ujarnya di USA silibus grade 1 tahapnya sama macam budak tadika berusia empat tahun di Malaysia!
Silibus Grade 1 USA macam level Tadika Malaysia
Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June)
Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :
- Silibus: kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh . Darjah 1 dah kena hafal sifir 6 . Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika . Bagus ke tidak ? Macam slow sangat pula kan . Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot
Tapi kalau ada budak advanced , dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level
- Bag sekolah berat : Tiada buku untuk bawa balik rumah . Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu) , file kerja rumah atau kerja hari ini . Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni . Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents
- Bilangan murid . Standard dalam kelas ada 20 . Paling banyak 25 . Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham , bagi kertas, minta budak behave etc . Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak budak
Apa apa pun , sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar , Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it . Ni setiap kali tukar government/PM/menteri , tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita . Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah .
Sumber : Saif Suhairi
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI