teringin sangat nak makan pizza, tapi malas nak keluar rumah dan cari di kedai. Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri je. Pilih resipi yang mudah je dan tak mengambil masa yang lama. Cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ummul Alifah Salim iaitu ‘Pizza Gunting’ beliau yang memang ‘laku keras’ apabila diniagakan. Menurutnya, resipi ini memang ramai yang minta resepi ini. Ia sangat mudah untuk anda buat di rumah. Cuma guna roti sebagai bahan asasnya, senang sangat!
PIZZA GUNTING Tiap kali buat,memang laku keras,ramai jugak yg minta resepi ni..meh sini,sy share kt korang,senang sgt buatnya..mari2x tgk resepinya,sangat sesuai utk yg nk mkn pizza,tp malas nk uli doh,guna roti gunting-gunting je……selamat mencoba 🙂 Telur sila tmbah lg kalau nak pizza yg lebih moist & kenyal
Ads
Ads
Ads
Ni resepi utk 1 dulang 10×10 ” ye.. 9 keping roti 3 batang sosej (potong kecil) 100 gm isi daging/ayam (cincang) 1/2 cili benggala (potong dadu) 5biji telur A Bawang besar & bwg putih utk menumis 1 sudu besar serbuk kari Mayonis dan cheddar cheeseGunting roti jadi cm gini,gmbo gelap sbb membaking kol 3pg..hehe
Pecah telur kt bekas lain,ni telur saiz A,lau telur saiz kecil,sila tmbah sbijik lg,supaya pizza nt moist2x gitu..kocak telur tu ye ngn garfu jeCara2x..tumis bawang,kemudian masukkan serbuk kari..masuk daging / ayam..bila dah masak,masukkn sosej,.akhir skali lada benggala,tutup api,lada benggala masak kejap je..owh,jgn lupa buh garam ngn perasa yerCampurkn hasil tumisan tu dgn telur,gaul rataTuang campuran telur td ke ats roti gunting..gaul sebati yeRatakan dlm dulang,jgn lupa sapu marjerin dlu supaya x melekat..bakar dulu 20min 170°COkey..ni step nk deco.. 1.kuarkn dari oven 2.sapu sos..hat ni sy buat sblah xde sos sbb ank2x x nak pedas..hehe..buh la sos feverete korang,life ke,kimbal,sy guna samano 3.tabur cheese yg dah di sagat..sy gna cheddar cheese,mix ngn mozarella pn best 4.buh la mayonis kegemaran Lau rajin,boleh susun2x sosej yg dipotong serong,tp sbb kemalasan,ni pun sedap..heheMayonis tu korang buh rapat2x cm gini,baru best,rasa lemak2x berkrim mayonis tu melt dlm mulut..hihi..okey,sambung bakar lg 10min atau sampai mayonis tu x melekat kt tangan,lau melimpah cmni,dlm 15min gakNi gambo buat jual,lupa nk amik gmbo yg kuar oven..heheNi rupanya bila dah dipotong..ala2x murtabak roti,tp lg marbeles sbb taburan cheese ngn mayonisnya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa memiliki cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun, yang pasti semua ibu bapa mahukan yang terbaik kepada buah hati kesayangan mereka.
Bagi pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida punya cara tersendiri dengan menggunakan pendekatan memperdengarkan ayat al-Quran sebulan untuk satu juzuk kepada anaknya, Aisyah Humaira.
Umie, 46, atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata, method yang digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak itu turut dipraktikkan untuk Aisyah.
“Alhamdulillah, sekarang Aisyah sudah berusia lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua.
“Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Begitulah seterusnya.
“Macam untuk diri sendiri, saya buat dengan surah Yassin. Bangun pagi buka dan sebelum tidur pun sama. Alhamdulillah, lama-lama kelamaan apabila sudah boleh hafal.
“Jadi, method sama saya buat kepada Aisyah yang otaknya masih segar. Dia serap apa dia dengar. Tinggal nanti, apabila dia boleh baca dan akan terus ingat. Insya-Allah, itu yang saya buat sekarang,” katanya kepada Harian Metro.
Umie yang juga pelakon filem Dukun berkata, pendekatan dibuat itu dapat mendidik dirinya menjadi manusia lebih baik.
“Allah bagi anak ini untuk mendidik kita yang kadang kala alpa dan leka.
“Anak ini mendidik saya menjadi manusia yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah. Kita mohon sesuatu yang terbaik untuk anak kita.
“Apa yang kita buat terbaik untuk anak kita, dalam masa sama untuk diri kita juga,” katanya.
Dalam pada itu, Umie Aida mengakui teruja dengan kehadiran si kecil Aisyah yang didambakan sejak 10 tahun lalu.
‘Kun faya kun’ “Jadilah, maka jadilah ia. Dia lah yang menentukan segala-galanya. MasyaAllah… 10 tahun aku menanti kehadiran mu sayang.. dan Allah bukakan pintu hati kami dengan perasaan penuh kasih sayang menyambut kehadiran aisya humaira dalam hidup kami.
Alhamdulilah..terima kasih habib & ustaz , ahli keluarga , saudara mara dan sahabat-sahabat yang sudi hadir ke majlis aqiqah aisya dan doa-doa anda semua. Semoga kehidupan kita semua didalam rahmatNYA. Aamiin ❤️
Demikian perkongsian Umie menerusi laman instagramnya usai majlis akikah anak perempuanya itu.
Walaupun tercekik tulang sering dianggap tidak begitu serius namun jika dibiarkan akan menyebabkan kita rasa tidak selesa. Jika anda telah cuba dengan minum air yang banyak namun tidak juga berhasil, bolehlah mencuba 8 petua ini untuk mengatasi masalah tersebut.
Pun begitu, jika tidak berhasil, disarankan segera berjumpa doktor untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk terjadi. Selamat mencuba.
1.NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak. Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.
2. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.
3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.
4. ROTI DAN MENTEGA KACANG
Sapu mentega kacang pada roti dan kemudian makan. Sebaiknya biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya barulah ditelan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.
5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka. Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.
6. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.
7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja. Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.
8. MADU
Ambil madu dan celupkan jari kemudian selawat tiga kali. Kemudian hisap jari tersebut dan buat seperti menelan madu tersebut. Lakukan beberapa kali dan dikatakan cara ini dapat membantu hilangkan rasa tercekik tulang.
9. AIR
Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila menyebut tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pasti ramai yang akan mengaitkan Baginda dengan masakan. Manakan tidaknya, anak raja ini cukup sinonim dengan hobinya yang suka memasak. Bahkan, Baginda tidak kekok berada di dapur.
Sebelum ini media juga sering kali memaparkan kisah Raja Permaisuri Agong yang turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan tersebut.
Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah. Walaupun Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
Namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Bagaimana pun Tunku Azizah mengakui, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.
“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.
“Kemungkinan berlaku selisih faham, itu adalah asam garam hidup berumah tangga. Sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasangan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.
“Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.
Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.
Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.
“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temujanji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.
Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Saya kenal Tuanku 13 tahun dating sekali pun tak ada. Jumpa Tuanku di padang polo. Cinta padang polo.
“Ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.
Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.
Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.
Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi. Pada hujung Julai ni, kami nak bersanding lagi,” titahnya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.