
Teringin nak buat roti jala tetapi risau takut tak menjadi? Nah ini resipi mudah dan pasti jadi.
Cara buat roti jala ini dikongsikan puan Huda Ayob
Assalamualaikum, Ni 1st post saya di #BIKMM..Nk cuba share ilmu mudah.
Bagi pembuat roti jala amatur mcm saya, setiap kali nk tau adunan tepung dah cukup likat utk dijalakan dgn tgk “lubang pusaran”..
Kalau besar lubang pusaran, tambah tepong sikit sampai la lubang sebesar “jari kelingking”..
kalau lubang pusaran kecil, tambah air sikit.
alhamdulillah menjadi. Ini resepi utk 25 biji roti jala
Bahan-bahan:
🌸Masukkan semua dlm blender🌸
1 biji telor
2-3 sudu besar santan/susu segar
2 cawan tepung gandum
1 cubit pewarna kuning/kunyit
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
Masukkan air smpai tenggelam tepung (sy agak2 dlm 2 cawan air/ikut cawan sukatan tepung)
Ambil sudip panjang kacau2 utk sebati
✨dah agak sebati, kita blend
🥰Masa ni la saya kena perhati lubang pusaran tu.
Masa nak menjala, masukkan ja bancuhan ke dalam botol untuk dapatkan jalaan sehalus benang, hasilnya menarik.
#Selamat_mencuba
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Guna Bahan Ni Untuk Pastikan Lantai Bersih Licin & Berkilat, Tak Perlu Pencuci Mahal Pun. Tip Top Hasilnya!

Sebenarnya mengemop lantai pun ada caranya dan bukan hanya bergantung kepada pencuci yang mahal semata-mata. Guna apa yang ada di rumah tetapi berkesan, barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat. Ini yang disarankan untuk pastikan lantai lebih bersih.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Hati-Hati Melancong Melalui Udara, Usah Sentuh Beg Bagasi, Elak Jadi Mangsa Penjenayah. Ini Sebabnya!

Berwaspadalah bila bercadang melancong ke luar negara. Jika anda sering melakukan perjalanan melalui udara, berhati-hati dengan jiran tempat duduk yang mesra dan terlebih ramah.
Ini kisahnya moga menjadi iktibar supaya tidak terjerat dengan penjenayah yang mengambil kesempatan. Akhirnya diri kita menjadi mangsa.
Seorang wanita yang agak berumur datang dan duduk di sebelah saya di dalam pesawat. Dia meminta saya membantunya memasukkan begnya ke dalam ruang bagasi atas.
Tetapi seorang lelaki yang duduk di seberang dengan cepat datang. (Saya tidak terlalu tinggi dan ruang bagasi atas adalah sesuatu yang saya memang elakkan.)
Segera dia duduk dan memulakan perbualan. Dia sangat mesra dan bercakap dengan baik. Jadi kami berbual sepanjang penerbangan ke Dubai.
Tiba-tiba, apabila juruterbang mengumumkan bahawa kami sedang memulakan perjalanan ke DXB, kawan baik baru saya ni ‘mengalami’ sakit perut. Saya dengan hati yang baik, menekan butang pramugari, dan pramugari datang untuk menanyakan apa masalahnya. Saya memberitahu beliau tidak sihat.
Dan wanita ini, dia tiba-tiba mula memanggil saya sebagai ‘my daughter’. Pramugari memberitahu saya bahawa tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali memberinya beberapa ubat penahan sakit dan tunggu sehingga kami mendarat.
Juruterbang mengumumkan bahawa kami mengalami kecemasan perubatan di atas kapal dan menasihatkan kami semua untuk bertenang. Kawan baru saya menangis dan berpeluh gila. Dan dia enggan melepaskan tangan saya… semua orang menganggap kami mengenali antara satu sama lain.
Jadi kami mendarat di DXB dan lelaki yang sama yang membantu meletakkan bagasinya di ruang atas mengeluarkan bagasinya. Tetapi semasa dia mengeluarkan bagasi, dia menasihati saya supaya menjauhkan diri daripada wanita ini dan menjelaskan kepada kru kabin bahawa kami TIDAK pergi bersama.
Oleh itu, kru kabin datang dan bertanya kepada saya sama ada kami mempunyai pertalian persaudaraan, saya memberitahu mereka bahawa kami baru sahaja bertemu di dalam pesawat. Saya tidak mengenalinya langsung. Jadi kami mula berlepas dan semasa saya mengucapkan selamat tinggal dia terus merayu saya untuk membawa beg tangannya.
Saya sangat berbelah bagi… tetapi lelaki itu memandang ke dalam mata saya dan dengan tegas menggelengkan kepalanya. Dia memberikan saya nota yang memberitahu saya untuk membiarkan kru kabin mengendalikannya.
Jadi saya keluar dari pesawat dan meninggalkan ‘kawan baru’ saya untuk menunggu kerusi roda dan dikendalikan oleh kru kabin dan berasa sangat bersalah.
Semasa kami menunggu bagasi kami datang, saya mendengar kekecohan ini. ‘Kawan baru’ saya sedang berlari, cuba melarikan diri dari krew kabin, dan bangun dari kerusi roda! Dia meninggalkan pramugari dengan beg tangannya dan hanya berlari ke arah pintu keluar dengan baki bagasi tangannya! Nasib baik polis lapangan terbang lebih laju daripada dia.
Mereka menangkapnya dan membawanya kembali dalam keadaan bergari.
Wanita ini mula memanggil saya.. my daughter… my daughter!.. bagaimana tergamak lakukan ini kepada dia….. baru saya tahu. Dia membawa d_a_d_a_h dan dia cuba mengaitkan saya!
Nasib baik bagi saya, lelaki yang membantunya membawa bagasinya tampil ke hadapan dan memberitahu polis lapangan terbang bahawa saya dan dia baru sahaja bertemu di dalam pesawat.
Polis mengambil pasport saya dan memintanya mendedahkan nama penuh saya jika benar kami melancong bersama. Dengan izin Tuhan, saya tidak memberitahunya nama saya! Saya masih diminta untuk mengikut polis ke bilik kecil di mana saya disoal siasat secara terperinci. Di mana saya bertemu dengannya?… di mana saya board… di mana dia board. Dan lain-lain… Dan bagasi saya telah banyak diselongkar dan diperiksa untuk cap jari.
Mereka membersihkan semua bagasinya dan cap jari saya tidak ditemui di mana-mana pada bagasinya atau pada beg tangannya!
Saya dilepaskan dengan nasihat jangan sekali-kali menyentuh bagasi sesiapa sama ada dalam penerbangan atau di lapangan terbang. Jadi mulai hari itu, saya tidak kisah berapa banyak bagasi yang kamu ada, kamu akan uruskanlah sendiri.
Saya tidak akan menawarkan kamu troli untuk meletakkan bagasi anda! Bagasi kamu… masalah kamu…. itu polisi saya. Dan jika kamu tidak dapat mencapai ruang atas, dan saya adalah orang yang terdekat, sila hubungi kru kabin!
Pengajaran untuk semua yang kerap mengembara menggunakan pesawat udara.
Moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Sumber: Learning Petals via Malaysia Chinese News.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jangan Malu Bergaji Kecil Tapi Lakukan Ni Segera Demi Diri & Keluarga!

Jangan pernah malu dengan kehidupan dan rezeki yang dikurniakan. Setiap antara kita ada bahagian rezeki yang ditetapkan.
Namun malulah pada diri sendiri andai tidak mahu berusaha untuk merubah ke tahap yang lebih baik.
Lantaran itu ada baiknya, fahami perkongsian daripada Doktor Azizul Azli Ahmad ini berkaintan Jangan Malu Gaji Kecil. Jom baca.
JANGAN MALU GAJI KECIL
1. Hari ini gaji bawah RM2208 ditakrifkan miskin. Jangan malu kawan.
2. Jika kita masih bujang, banyak boleh manfaat dengan gaji banyak itu. Cuma kita harus bijak merancang.
3. Bagi dah keluarga, gaji itu beri peluang anak kita dan kita dapat bantuan sekolah dan bantuan kerajaan.
“Malulah kita orang”.
4. Jangan malu bila kita susah, langkah pertama akui bahawa kita susah. Kita akan berusaha sesungguhnya.
5. Malulah jika kita susah tetapi kita belum sedar diri, kita masih hidup mewah walau hakikat kita susah.
Lakukan ini kawan kawan,
6. Jika masih bujang, modal paling besar kita adalah tenaga dan masa. Kita masih kuat untuk bekerja dan banyak masa.
Jana pendapatan tambahan dengan sebaiknya.
7. Sasarkan 5 tahun kedepan gaji dan pendapatan kita RM3000 keatas.
“Woi, buat macam mana?”
Belajar, belajar, belajar.
8. Jangan cipta alasan waktu covid ini susah jana pendapatan. Ada ramai orang berjaya cipta banyak peluang waktu ini.
9. Manfaatkan apa sahaja skim yang kerajaan tawarkan. Rumah Rakyat jika layak mohon, mohonlah. Gaji dah banyak nanti dah tak layak mohon.
10. Paling penting jangan mengalah, ambil peluang. Biar nampak miskin tapi kaya dengan simpanan.
11. Jangan beli kereta dulu, ia adalah monster yang paling kuat sedut simpanan dan gaji kita.
Jangan malu, tak siapa tahu gaji kita . Paling penting kita masih ada gaji, ada 870,000 orang telah mula menganggur kini.
Bersyukur.
Moga berjaya.
Sumber : Azizul Azli Ahmad