Cermin mata adalah ‘sahabat’ baik dengan orang rabun. Nak-nak lagi mereka yang tak suka pakai contact lens. Jadi, cermin mata adalah barang penting untuk mereka. Sebab itu cermin mata kena dalam keadaan baik selalu, tetapi adakalanya tanpa sengaja cermin tercalar. Nak buat yang baru pasti kena keluarkan modal kan.
Kini anda tidak perlu pening kepala lagi kerana, seorang pengguna Facebook bernama Rosie Zam berkongsi tip untuk menghilangkan calar pada cermin mata. Malah tip ini juga dikatakan turut boleh dipakai ke atas jam tangan.
Dengan 3 cara ini, masalah anda itu pasti dapat diselesaikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Nah saya kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata atau jam. Caranya mudah ya amat.
1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan tuala kering.
Mudah bukan. Cuba tau.
Sumber: Rosie Zam
Ibu Anak 9 Ni Kongsikan 4 Ayat Perlu Baca Kepada Anak-anak. Jadikan Amalan Untuk Jaga Hati Mereka!
Benar, anak-anak itu penyeri rumah tangga. Namun, sebelum mereka dapat membahagiakan hati kita sebagai ibu dan ayah, sebenarnya kita perlulah terlebih dahulu memberi didikan yang sempurna terutamanya dari segi pendidikan agama. Apabila terdidik hatinya maka terdidiklah tingkah lakunya menjadi sempurna.
Pun begitu tidak dinafikan, soal mendidik anak dalam zaman moden ini penuh dengan cabaran. Kalau dalam zaman datuk nenek kita dulu, usaha mengawal anak-anak daripada terbabit kegiatan kurang sihat agak mudah dilakukan.
Lalu bagaimana dan apa perlu kita lakukan dalam memastikan anak-anak ini terus dilindungi jiwa dan hatinya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok?
Perkongsian daripada seorang ibu yang mempunyai 9 orang anak mungkin sedikit sebanyak boleh dipraktikkan disamping usaha-usaha yang lainnya untuk memastikan anak-anak terus berpelakuan positif.
Jom semak perkongsiannya itu.
Teringat anak-anak remaja Mama Fatim yang sedang belajar di Semenanjung. 3 orang di sana dan 6 orang di sini. Bohong kalau dikatakan tak rindu. Hati seorang ibu kan?
Dengan keadaan dan zaman yang serba mencabar begini, dengan kecanggihan teknologi moden yang tidak serupa zaman kanak-kanak Mama Fatim, hati ibu mana yang tidak risau.
Walau dari kecil kita jaga macam mana baik sekalipun, tetap satu hari anak-anak kita akan dilepaskan juga untuk berdikari satu hari nanti.
Cuma satu yang perlu diingati , hati anak-anak itu Allah yang pegang. Jadi kita banyakkan doa supaya mereka tetap berpegang pada tali Allah dan berjaya di dunia serta akhirat.
Kita serahkan hati anak-anak kita supaya Allah yang jaga dengan banyakkan doa-doa ini.
Mari kita amalkan dan bacakan pada anak-anak
1) Surah Al-imran ayat 38 – doa ini supaya anak-anak menjadi yang terbaik.
” Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
2) Surah As-Saffat ayat 100 – untuk hati yang gelisah dan untuk jadikan anak yang soleh.
” Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang) anak yang termasuk orang yang soleh”
3) Surah Al-Furqan ayat 74 – untuk jadikan anak-anak penyejuk mata dan menjadi pemimpin.
” Dan orang yang berdoa: ” Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa”
4) Doa Nabi kepada Anas bin Malik
” Ya Allah, banyakkan hartanya, banyakkan anaknya, berkati segala yang Engkau berikan kepadanya”.
Punya anak ramai atau sikit itu tidak salah, yang penting kita berusaha menjadi ibu bapa terbaik, berusaha mencari rezeki, berusaha mendidik mereka dengan kaedah terbaik supaya mereka menjadi anak-anak yang berkualiti dan diredhai Allah.
Yang pasti, Allah itu ada untuk kita mohon pertolongan.
Moga Allah pegang hati anak-anak kita menjadi anak yang terbaik, berkualiti, diberkati dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
sumber : Juriah Halimatun Ahmad
Kembalikan Tenaga Seksual, Suami & Isteri Kena Sama-sama Cuba Teh Ni!
Sejak kebelakangan ini, sana sini orang asyik sebut pasal Teh Halba yang dikatakan sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita. Kata mereka, teh ini seolah-olah dapat mengembalikan semula kegadisan seorang wanita.
Dalam erti kata lain, mengamalkan teh ini buat wanita lebih mantap selepas bersalin. Hebat luar dalam! Tapi untungnya khasiatnya lebih besar daripada itu. Dan yang anda tidak tahu, ia bukan hanya baik untuk wanita, bahkan untuk encik suami juga. Hasil kajian perubatan daripada China, amalan teh halba ini mampu mengembalikan tenaga seksual suami isteri. Hebat bukan?
Jadi jomlah amalkan sama-sama bersama pasangan. Sediakanlah teh halba ini untuk anda dan suami. Sama-sama minum dan nilaikan sendiri hasilnya. Badan pun pastinya lebih sihat dan cergas.
Berikut merupakan 14 khasiat yang diperlehi daripada mengamalkan teh halba ini secara berterusan. Kalau ia baik untuk kesihatan, apa salahnya kita mencuba untuk seluruh isi keluarga kita. Sama-sama amalkan gaya hidup sihat.
Antara khasiat teh halba adalah:
1. Rahsia awet muka secara semulajadi sebab ia berfungsi mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit kita. Hebat!
2. Ni paling sesuai untuk suami isteri. Teh ini dikatakan dapat menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita dan hal ini dibuktikan dalam perubatan China. Wow!
3. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan, seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan. Kata orang atasi perut buncit pun berkesan!
4. Baik untuk menguatkan fungsi jantung. Insyaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
5. Bagi yang ada masalah sembelit dan buasir, ini ubatnya untuk anda pulih dengan pantas. Jom amalkan.
6. Peredarah darah juga berjalan dengan lebih baik.
7. Mengatasi masalah senggugut.
8. Bagi yang migrain boleh cuba amalkan teh ini kerana ia sangat baik merawat sakit kepala dan migrain.
9. Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyuburkan rahim. Selain bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil, ia baik diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin.
10. Mengetatkan dan memantapkan rahim. Seolah-olah kembali gadis bagi mereka yang dah kahwin. Hebatkan?
11. Menghilangkan lendir dan sakit tekak. Bagi yang sentiasa batuk berpanjangan mungkin boleh cuba amalkan teh halba ini.
12. Patut amalkan pada suami yang merokok kerana ia membantu mengurangkan ketagihan rokok. Kena cuba!
13. Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh dan memelihara kekuatan badan. Malah ia menggalakkan tumbesaran badan.
14. Bonus bagi ibu yang menyusu kerana ia memperbanyakkan air susu ibu malah mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan!
Dah tau khasiatnya, jom cuba macam mana nak sediakan teh halba ni. Senang jer!
BAHAN-BAHAN:
1 sudu teh halba
1 gelas air
1 sudu makan madu
1 biji limau kasturi
1. Rebus halba sehingga mendidih.
2. Biarkan sejuk seketika.
3. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau.
4. Kacau rata dan terus minum. Amalkan setiap pagi dan lihatlah hasilnya.
Jika tiada madu di rumah, anda boleh guna menggantikannya dengan gula perang. Begitu juga dengan limau kasturi, boleh gantikan dengan lemon, limau nipis atau juga pati delima bagi lebih menambahkan rasa enaknya.
Selamat mencuba!
Foto: Sumaiyah Abdullah & Nor Karimah Yahya
Lelaki Ni Kongsi DIY Penyidai Baju Bertingkat Guna Paip PVC. Mudah Nak Pasang & Jimat Ruang. Kreatifnya!
Menarik perkongsian yang dimuat naik oleh Mohd Erwan ini. Idea membuat penyidai baju bertingkat dengan menggunakan pvc ini nampak mudah tapi menjimatkan. Sesuai untuk ibu-ibu sidai baju anak-anak di dalam rumah.
Alhamdulillah, sebelum ni dh beli yg dishopee, tp pnyidai dia tak berapa tahan lama, jadi kite beli penyidai mahal sikit harap-harap tahan lama. Jadi kita diy balik, Alhamdulillah inilah hasilnya.
Beli penyidai tu kan asalnya ada batang di tengah. Buang batang tu, masukkan penyidai dalam paip 3 suku. Sebelum masukkan penyidai tu, kena letak penyambung paip dulu. Kena letak soket penyambung. Masukkan paip dekat penyambung lepas tu masukkan penyidai. Selesai!
Info: Untuk membuatkan penyidai baju ini nampak kukuh, ibu-ibu kena pastikan tapak atau kakinya kena kukuh. Jadi, sambungkan batang yang besar sedikit dan di dalamnya di isi dengan pasir. Barulah tapaknya lebih kukuh.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club