
Cermin mata adalah ‘sahabat’ baik dengan orang rabun. Nak-nak lagi mereka yang tak suka pakai contact lens. Jadi, cermin mata adalah barang penting untuk mereka. Sebab itu cermin mata kena dalam keadaan baik selalu, tetapi adakalanya tanpa sengaja cermin tercalar. Nak buat yang baru pasti kena keluarkan modal kan.
Kini anda tidak perlu pening kepala lagi kerana, seorang pengguna Facebook bernama Rosie Zam berkongsi tip untuk menghilangkan calar pada cermin mata. Malah tip ini juga dikatakan turut boleh dipakai ke atas jam tangan.
Dengan 3 cara ini, masalah anda itu pasti dapat diselesaikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Nah saya kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata atau jam. Caranya mudah ya amat.
1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan tuala kering.
Mudah bukan. Cuba tau.
Sumber: Rosie Zam
Sayur Pucuk Manis Sedap & Banyak Khasiatnya. Tapi Nak Makannya Kena Hati-hati & Ni Pesanan Dr, Sila Takenote!

Sayur pucuk manis memang enak rasanya, sama ada dimasak ringkas dengan direbus atau dimasak dengan santan nyata mampu membuka selera ketika dijamah bersama lauk pauk pilihan. Umumnya, pokok pucuk manis ini sangat mudah didapati di kampung-kampung. Andai teringin dimakan, terus boleh dipetik di laman rumah.
Menyedari pucuk manis ini bukan sahaja kerana bila dimasak enak rasanya, malah mengandungi banyak khasiat. Pun begitu menurut perkongsian Dr Suri Roowi, ada memberi peringatan agar berhati-hati menikmati pucuk manis ini.
Nak tahu apa sebabnya, ini katanya;
PUCUK MANIS – SEDAP TAPI PERLU HATI-HATI
Pucuk manis;
- secara tradisi digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu
- sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral.
iii. lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain
Walaubagaimanapun…..
– pucuk manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin)
Justeru….
- Pengambilan ekstrak pucuk manis yang berlebihan boleh sebabkan toksik.
- boleh juga sebabkan pening, mengantuk dan sembelit.
- Di Taiwan, lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah untuk kurangkan berat badan.
- Lima pesakit pula terpaksa menjalani ‘lung transplant’
Justeru….
- Elakkan makan pucuk manis mentah
- Sebaiknya masak dulu dan jangan makan berlebihan
Wallahu’lam
Sumber : Dr Suri Roowi
Buat anda yang ingin mencuba menikmati keenakan rasa pucuk manis, bolehlah dimasak lemak seperti yang dikongsikan oleh Roslinda Abdul Hamid ini. Menurutnya, walaupun senang dan rasanya semua orang tahu tapi dia share untuk anak-anaknya dapat rujuk cara penyediaan menu Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Keledek pada bila-bila masa kelak.
Pucuk Manis Masak Lemak
Bahan2 tumbuk/kisar
6 biji bawang kecil (beli online di sini)
2 ulas bawang putih
segenggam Udang kering / Ikan bilis
Bahan lain
1 biji keledek
1 ikat Sayur Pucuk Manis
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 1/2 sudu teh garam
Cara memasak:
- Masukkan ubi keledek ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama air dan perasakan dengan garam. Pastikan ubi keledek tenggelam dan rebus sehingga empuk.
2. Setelah ubi keledek empuk masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan daun pucuk manis yang telah dicuci ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.
Kalau Badan Asyik Letih Dan Lesu, Guna Campuran Bahan ni. Badan Pun Rasa Lebih Ringan Dan Bertenaga.

Biasanya jika berasa lesu dan keletihan, sudah tentu kita memohon cuti agar dapat berehat.
Tetapi jika badan tetap juga letih walaupun sudah bercuti tentu anda kena buat alternatif lain.
Sebagaimana cara lelaki ini. Menggunakan lada hitam dan garam untuk membuang angin dalam badan. Malahnya katanya, badannya berasa lebih ringan dan segar.
Ikuti perkongsiannya.
Garam Kasar 2kg + Lada Hitam 100g
Saja aku nak kongsi.Panjang sikit hari ni,sape rajin bacalah. Kalau malas abaikan je. Dah lebih seminggu aku cuba rawatan ni, jadi sambil buat rawatan ni aku tergerak nak kongsi apa yg aku rasa sepanjang aku amal rawatan ni.Ijazah rawatan ni aku dapat dr video Ustaz Hanafi,salah seorang ‘cancer survivor’.Alhamdulilah terima kasih ustaz atas ilmunya.Ok ni link videonya ya : https://youtu.be/gsnju4-C_rk
Akak2 aku dah lama buat,dah selalu cerita kebaikkannya, tapi tulah..Aku punya malas nak buat..Baru ni aku buat haha. Ok ringkasnya ada beberapa kelainan yg aku dapat rasa,walaupun baru je buat secara konsisten dlm seminggu lebih ni.
Pertama,angin keluar dr badan.Sepanjang sesi rawatn ni mmg sendawa je..badan mmg rasa ringan, mmg rasa berbeza.
Kedua,haa ni best,aku rasa sistem pencernaan aku ada perubahan yang sangat ketara.Aku mmg ada masalah kencing tak lawas,alhamdulilah lps buat ni dgn izin Allah mmg rasa berbeza sangat.Lega dah takde rasa tak puas macam sebelumnya..mcm tu juga buang air besar,lawas.Kalau dipikir macam tak logik je garam + lada hitam ni ada kesan hebat macam ni..hanya dengan izinNYA..
Ok yang ketiga,lutut kanan aku ni sejak selepas PKP tu ari mmg susah sikit nak lipat.Tak tau apa hal,mmg kena paksa baru boleh lipat,tapi sakit la woi..
Tulah aku ni pulak kerja jenis banyak berjalan dan berdiri lama,jadi lutut kanan aku dan sendi2 lain kaki memang bisa2.Hari kedua aku buat je Alhamdulilah aku dah boleh rasa perubahan.Aku pun dah boleh lipat lutut macam biasa,xde rasa sakit.Rasa bisa2 pada sendi terutama bila bangun pagi pun berkurangan sangat2..
Allahu,mmg macam magik la..
Keempat,ni pun bagi aku best,tidur mmg nyenyak gila.Mmg ‘anteng’ la bak kata org jawa
Awal2 buat kemarin siap terlajak2 tidur, punya la syok..hhaha..mmg berbeza sbb aku mmg jenis tidur lambat, dan susah nak tidur sebelum ni.Kadang nak dpt tidur tu sampai sejam lebih bergolek2 baru tertidur.Tapi izin Allah,lps seminggu aku amal rawatan ni mmg tidur nyenyak, dan nak tidur mmg mudah,letak kepala ke bantal sedar2 je dah pagi..Tulah bila tidur nyenyak,kemudian tidur kita berkualiti,walaupun kadang2 tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum2 ni,lemah je nak bangun.Lagi satu,rawatan ni macam urus balik masa tidur kita,aku biasa buat rawatan ni sebelah malam,lepas buat rawatan ni mata pun kelat2, terus nak tidur.Jadi otomatik aku tidur lebih awal,kalau tak mmg lewat saje tidur.Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia,aku galakkan cuba la, mudah2an ada manfaat.
Kelima,sepanjang lebih seminggu amal rawatan ni aku perasan yang aku tak mudah letih.Sebelum ni kalau kerja dia punya penat mmg semacam.Tapi seminggu ni mmg sedap rasa badan.Rasa ringan,tak cepat letih.
LADA HITAM DAN GARAM
Ikut kata Ustaz Hanafi,rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu metode perubatan islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir.Mengamalkan rawatan ni Insyallah dapat mengelakkan gangguan jin.Jadi sebelum buat tu aku mulai dengan bacaan Bismilah 5,Selawat atas junjungan Baginda Rosulallah Sollu Alann Nabiy,Ayatul kursi dan aku niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dlm diri aku.Tapi tu aku la,itu je yang aku tau,bagi mana2 yang ada lebih ilmu bacalah ayat2 yang berkaitan dengan merawat gangguan,mudah2an lebih mujarab.
Ok,aku plan nak buat selama 40 hari,amik barkat kisah2 Nabi.Lepas tu aku nak jarak2 sikit la dalam beberapa kali seminggu.Aku galakkan la bagi sesiapa nak cuba,bagi yang tak sakit pun boleh cuba.
Lagipin modal tak sampai RM10. Jadi tulah serba sikit perkongsian aku,ooo sebelum terlupa,bagi yang nak cuba jangan lupa minum banyak air,sekurang2nya 8 gelas/2liter sehari.Lagi satu kesan rawatan bagi setiap orang pun mungkin berbeza2, jadi sapa2 yang nak cuba tu nanti boleh tengok apa perubahan yang berlaku selepas amal rawatan ni,nanti jangan lupa kongsi dgn aku dan org lain ya.
Adapun garam, lada hitam ni semua hanyalah asbab, hanyalah sebahagian daripada usaha kita, kesembuhan hanya datang dengan keizinan Allah Azza Wa Jall.Insyallah.
Sumber: Muhamed Azizi Nan
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Kebanggaan Keluarga & Negara, Bertuah Ibu Bapanya.” Pelajar Uitm Ni Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Ujian Perakaunan Dunia

Sejuk perut ibu mengandung… demikian yang boleh diungkapkan dengan penuntut bernama Hakeem Mohammad Akmal, 18 yang mencipta kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactions. Sekali gus mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek berkenaan.
Dia yang memiliki pengetahuan asas dalam bidang perakaunan sedikit pun tidak menghalang penuntut program Certified Accounting Technician (CAT) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh skor penuh berkenaan bagi sesi Julai – Disember 2019. Seterusnya berjaya mengekalkan kecemerlangan selepas memperoleh keputusan 9A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Hakeem berkata, dia tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan yang dikurniakan oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom memandangkan dia tiada asas dalam perakaunan berbanding rakan kuliah lain yang lebih berpengalaman.
“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di peringkat sekolah menengah, namun saya buat keputusan tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
“Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan apabila dikelilingi rakan serta tenaga pengajar yang banyak membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Berkongsi tips belajar, anak ketiga daripada lima beradik itu masih keluar bersama rakan melakukan aktiviti seperti menonton wayang dan bersukan, namun dia meletakkan had supaya tidak leka.
“Jangan lagho (leka) sangat, kena pandai ‘control’. Tugas kita sebagai penuntut harus belajar sampai dapat yang terbaik, jangan pula terbaik dalam melepak.
“Saya juga bertuah kerana pensyarah yang mengajar kertas ini banyak membantu biarpun di luar waktu kelas. Saya pula seorang yang tidak akan puas selagi tidak faham sesuatu perkara.
“Di sini, saya dapat lihat kerjasama daripada tenaga pengajar dan penuntut amat penting untuk sama-sama berjaya kerana jika sebelah pihak saja yang bersungguh-sungguh mungkin tidak akan ke mana,” katanya yang berasal dari Langkawi, Kedah.
Katanya, dia merancang melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM melalui ACCA memandangkan jurusan itu agak mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.
“Zaman sekarang kita perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar untuk memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk mengubah masa depan.
“Kelilingi juga diri dengan orang yang positif dan rajin. Itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. Insya-Allah, kejayaan akan menyusul selepas kita lakukan yang terbaik di samping menjaga hubungan dengan keluarga dan Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, UiTM memuat naik ucapan tahniah kepada Hakeem selepas diumumkan penuntut terbaik dalam kertas FA1 Recording Financial Transaction.
Sumber: Harian Metro