Wanita Ni Kongsi Tonik Awet Muda Yang Ibu Mertuanya Amalkan.Memang Istimewa!

Share

Memiliki rambut yang lebat dan hitam berkilat tentunya akan membuatkan penempilan seorang wanita terlihat sempurna. Maklumlah, bukan ke rambut itu sering dikatakan sebagai mahkota wanita.

Jadi bayangkan, andai rambut kekal sihat pasti terserlah kecantikan seseorang dan sekali gus kekal terlihat awet muda.

Jadi bagaimana petua atau cara yang perlu diamalkan dalam hal ini?

Melalui perkongsian daripada Eiscya Isa di akaun fbnya ini harap bermanfaat. Jom semak apa caranya.


Tonik Awet Muda Petua India Malay

Haaa nma budak gemuk hijau ni bukan Hulk yea..nama glamour dia indian gooseberry nama tamil Amla. Amla ni bagus sangat untuk kesihatan. Rasanya masam kelat.

Petua ni dari MIL kita..family diorg slalu amalkan ni..rambut mak ai kalah kak limah tebal opss.

Amla ni kaya ngan pelbagai jenis vitamin seperti vitC,vitk,vitB,vitE,potassium,zinc,sodium,metal,fiber n byk lagi…n of coz antioksidan.

Antara khasiatnya :
1. Melebatkan rambut(tgk rambut org india)
2 Tonik untuk minda/memory /mengatasi nyanyuk
3 Liver tonik (bagus untuk yg suka bantai supplement.. hati pun kena jaga ok)tersangat penting..baru hati xrosak)
4.Mengurangkan inflammation
5.Menguatkan jantung
6.Mencegah penuaan
6.Diabetic
7.Gastrik
8.Membuang toxin melalui air kencing(kencing kerap&banyak)
9.Reduce free radical

Tonik Awet Muda

Bahan-bahan :


Gooseberry (dalam10biji)
Daun pandan 4helai
Gula melaka/madu/stivia
Air 1liter

Cara penyediaan

Rebus semua bahan hingga mendidih dan bolehlah diamalkan minum setiap pagi air rebusan ini.

Ekstra info

Buah ni boleh beli dekat mna2kedai india. Banyak n senang jer nak cari.

Oh yea selain itu, boleh juga buat cuci muka jugak….bgus untuk yang ada jerawat.Pun begitu semasa direbus jangan campurkan gula.

Manakala isi yang dh rebus tadi, blh mkn dengan nasi ,mkn mcm Tu ajer atau masukkan dlm gulai ayam…make sure yg dh direbus yea…ala mcm  letak kulit buah rambai dlm gulai…sama jer…

Sumber :Eiscya Isa