Wanita Ni Kongsi Tip Penting Simpan Barang Kemas Di Ar-Rahnu. Rupanya Siap Boleh Upgrade Untuk Nilai Lebih Berat!

Share

Kalau sebut sahaja Ar-Rahnu, pasti ramai wanita akan terbayangkan emas yang disimpan di situ. Bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan dan terdesak mahu mendapatkan wang, di sinilah tempat mereka untuk ‘meletakkan’ barang kemas’ atau nama lainnya memajakkan buat seketika sebelum menebus kembali.

Menerusi perkongsian Puan Faraszuiana Yazid

mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang mahu menyimpan barang kemas di Ar-Rahnu. Bukan je selamat, bahkan ibu-ibu juga boleh mendapat barang kemas yang lebih berat dari yang sedia ada.

 

Tips simpanan BK di Ar-Rahnu😎
– pastikan berat BK baru yang hendak dibeli
– pajakkan BK lama dengan nilai yang lebih berat (ada susut nilai)
– pilih BK kecil dengan gram yang ringan seperti cincin, loket, subang. Nilai semua mesti melebihi berat BK yang hendak dibeli (lebihkan dalam 3gram)
– dalam satu surat boleh letakkan maksimum 10 item


– bulan pertama tebus item yang paling ringan, bulan kedua item kedua ringan, tebus setiap bulan sehinggalah abis item.


– kalau item terakhir tidak dapat tebus dalam masa sebulan. Tukarkan dengan item yang ditebus pada bulan awal2. Pastikan gram juga lebih berat untuk cover upah simpan. Tebus balik dengan item yang paling ringan. Ulang2 sehingga abis tebus ya.
– kelebihannya, akan dapat perbaharui surat setiap kali ambil item, tempoh juga akan menjadi 6 bulan ke hadapan.

Gambar sekadar hiasan

– upah simpan juga akan berkurangan kerana mengikut berat BK yang masih dipajak.
– nilai emas selepas ditebus akan ikut harga semasa.
Selamat mencuba. Tips ini berguna untuk orang2 yang ada BK kecil2 dan yang teringin untuk memiliki BK yang lebih berat