Sotong Goreng Tepung antara menu feveret yang menjadi kegemaran anak-anak. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan anak-anak makan tak cukup tangan.
Tetapi, setiap kali nak menggoreng, pasti ibu-ibu menghadapi masalah minyak akan meletup dan sadur tepung akan lerai dari sotong.
Jom cuba cara yang dikongsikan oleh puan Murni Rahmat
. Selamat mencuba!
Update: taknak sotong meletup semasa digoreng.. taknak tepung tertanggal.. pertama, guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. golek2 sotong dlm tepung n goreng.. inshaa Allah tak meletup..
Kedua, kalau tak dapat sotong fresh.. siang dan basuh sotong macam biasa.. potong dan tos air sampai kering.. nak lap guna tisu pun boleh.. yg penting sotong tu kering..
Ketiga, minyak kena banyak dan api mesti besar.. percaya tak saya goreng sotong ni X sampai 2minit pun dia berenang dlm minyak panas tu.. sedap dan rangup kejadiannya
Keempat,lepas keringkan sotong, golek2 sotong dlm tepung kering sampai rata..lepastu celup dlm tepung basah dan terus goreng.. nak celup dlm tepung basah dulu baru golek dlm tepung kering pun boleh.. mana-mana pun boleh..takyah pening2 sgt..
Kelima, takpayah buat sotong goreng tepung.. buat je singgang or Kari.. sebab jarang dengar masak singgang meletup
Eleh gurau sikit pun nak buat muka
Sekian,itu sahaja yg dpt saya simpulkan pada hari ini..
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri..
Banyak kerja sikit sbb kena campur2 jenis tepung..kena guna telur lagi
Sekarang ni akak selalu main tipu..
Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak
Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.