Biasanya ibu-ibu memilih kabinet untuk memenuhi ruang di dalam rumah, tapi kalau bijak dan kreatif tiada perabot pun menarik juga kan. Nampak ruang lebih luas, minimalis dan praktikal.
Segala-galanya bergantung bagaimana cara dan mengikut kreativiti sendiri. Perkongsian Susun Atur Sioca ini cukup menarik dan sesuai untuk ibu-ibu praktikkan. Kaedah ini juga sesuai jika ada anak kecil. Patutlah perkongsian ini mendapat 12k ‘shared’. Setiap susun aturnya cukup sistematik, siap ada tagging untuk barangan. Mudah nak cari jadi tak adalah anak-anak akan sepahkan.
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Saya merasa lipat baju waktu travel je kot sebab kena masuk beg, kalau tak mungkin tak merasa lipat baju haha. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
Ads
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai! Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu. Kalau nak tanya tips urus baju, saya takmo cadang lain selain konsep ni hehe.
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas. Memang awal nampak kemas tapi bila nak guna pakai, dia akan berterabur semula. Mak saya cakap saya kemas sekali nak pakai setahun. Masin mulut ibuku. Memang saya kemas supaya senang maintain. Takmau kemas benda sama banyak kali.
Ads
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Developer buat ruang macam ni kat rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Sidai baju boleh kering. Sidai orang pun boleh kering haha, betul panas. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dll.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Ads
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua. Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah. Haha.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Ps – Mak saya pun dah berjaya saya jebakkan penyakit minimalis ni. Rumah mak dulu banyakkkk barang tapi sekarang dah lapang.
Pps – Tengah PKP ni sesuai sangat nak kurangkan barang kat rumah tu. Buat mana yang mampu, jangan paksa diri. Nanti Ramadan fokus ibadah ok. ❤️
#minimaliswithsioca
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar.
Lebih-lebih lagi jika membabitkan pelajar istimewa. Ini bagi memastikan mereka juga mendapat pendidikan dan layanan sebaik seperti mana pelajar biasa yang lain.
Perkongsian oleh Cikgu Wan Muadzam atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azam ini cukup dikagumi ramai. Apa tidaknya dia telah berusaha apabila mencipta satu inovasi bagi membolehkan pelajarnya yang cacat penglihatan untuk berlari.
alat tersebut dimuatnaik olehnya menerusi laman TikTok. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pelajarnya berlari dengan menggunakan alat beroda yang diperbuat daripada PVC.
Sebelum ini, pelajarnya Itu dikatakan pernah menyertai satu acara larian sejauh 5km pada tahun lalu.Menurut Cikgu Azam, alat tersebut dicipta dalam dua versi.Yang pertama disiapkan dalam masa tiga hari saja, manakala versi kedua pula siap dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya lagi, pelajarnya yang bernama Alisya sangat gembira ketika pertama kali menggunakan alat itu, dia tidak perlu lagi memegang bahu Cikgu Azam dan menggunakan tali.
@cguazamRamai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.♬ original sound – K H A I
Dalam rumah tangga kena saling memberi dan menerima. Dua orang berbeza yang hidup bersama memerlukan komitmen dan juga kerjasama yang baik. Apabila anda menerima pasangan dengan hati terbuka, maka automatik anda juga perlu menerima ahli keluarga yang lain.
Namun, sering kali masalah menantu dan mentua menjadi isu dalam rumah tangga. Nak nak lagi bagi si ibu yang enggan ‘melepaskan’ anak. Justeru, pelbagai masalah timbul.
Sebagai mentua kena tunjukkan teladan dan contoh yang baik, memberi nasihat dan panduan supaya rumah tangga anak kekal bahagia. Begitu juga menantu kena bijak beli jiwa mentua barulah hubungan itu dapat dieratkan.
Entah kenapa…masih ada segelintir mertua yang tak dapat menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yang merupakan pilihan anaknya sendiri…buah hati anaknya…cinta anaknya.
Saudara Firdaus Shakirin berkongsi akan isu ini. Moga mendapat manfaat daripadanya.
“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya”
“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya, dan saya harap, mak pun sama, dapat terima…”
“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur…”kenapa bini kau balik keje lewat?” dia ada meeting mak, pastu jem, sbb tu dia lewat sampai…”kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, takkan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti…
Kenapa…kenapa…kenapa…
Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata2 untuk mencari kesalahan si menantu…kadang2 ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab2 yang tidak logik dek akal…kesalahan yang sengaja diada2kan, dibuat2 untuk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu…atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu macam tu…
Expectation dia lebih tinggi…
Tolong terima menantu anda seadanya dirinya…itu pilihan anak anda dan bukannya anda…anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda…tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA…✌️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencantikkan ruang kediaman tidak semata-mata dengan pokok bunga sahaja. Kini, dengan kreativiti dan minat, anda boleh menggabungkan pokok bunga dan sayuran untuk menjadikan ia lebih menarik.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Lydia Ezani pada ruangtepi pagarnya. Walaupun cukup terhad tetapi dengan kreativiti yang ada, pemilik kediaman ini menjadikan ia kebun yang cukup cantik. Pilihan pokok bunga Ros Jepun, Bayam Brazil dan juga pokok snake plant sesuai kerana jenis pokok renek dan berbunga cantik.
Penghadang rumput digunakan membuatkan ia nampak lebih kemas tersusun.
Kebun depan rumah pun boleh..percubaan melandskapkan tanah ciput depan pagar dengan ros jepun + bayam brazil + snake plant.
Pokok Ros Jepun mengeluarkan bunga yang menarik sekaligus mencantikkan ruang tersebut.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.