Biasanya bila sebut nak menyediakan menu sayur terung, mesti terbayang di fikiran resipi pajeri, sambal, kari dan sebaginya. Namun berbeza dengan pasangan suami isteri ini yang mengolah menu terung seakan seperti Roti John.
Berkongsi resipi yang dimasak menggunakan terung dan dinamakan sebagai Terung John, telah menarik perhatian warganet untuk mencubanya. Ianya nampak cukup menyelarakan dan tambah lebih mengujakan menu ini berjaya menurunkan beratg badan Noorul Izzah dan suami.
“Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah,” ujarnya.
Resepi Terung John:
Bahan:
1 biji terung panjang (potong memanjang)
1 homemade beef patty/daging burger
3 biji telur
Garam pink himalaya
Serbuk black pepper
Sedikit daun ketumbar
Sayuran/kubis
Cara buat:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.
3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Ads
Menurut Noorul Izzah, “Idea menu ini adalah daripada suaminya yang memang peminat terung. Selain terung john, ada juga burger terung, bun burger guna terung. Kami berdua memang amalkan pemakanan rendah karbo untuk sihatkan badan turunkan berat, jadi kena rajin olah resepi supaya sesuai dengan diet yg diamalkan iaitu diet keto/rendah karbo.”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menghias kek sendiri untuk dijadikan hadiah istimewa di hari jadi anak-anak, mungkin ada antara kita kurang yakin untuk lakukannya. Apatah lagi jika tangan tidak berseni, lain hendak dihias lain pula jadinya.
Tetapi bila anda melihat perkongsian daripada Aleesya cakes ini, terasa begitu mudah pula untuk dibuat. Seakan sesiapa pun boleh lakukannya. Jom hadam teknik yang dipraktikkan ini.
Assalamualaikum dan selamat petang. Harini saya nak kongsi cara paling mudah nak sediakan kek harijadi untuk kesayangan awak. Cream atas kek guna teknik piping. Tak payah nak bagi rata sampai bucu tajam bagai.
Sebelum tu saya share resepi kek span vanilla dan buttercream yang paling mudah. Dan print siap-siap sekeping gambar kartun yang kita nak trace ikut saiz kek 8″.
Kek span vanilla ( loyang 8″)
Bahan A
150g gula custor
150g tepung kek(tepung superfine)
1sudu teh baking powder
1sudu besar ovellate
5bj telur grade A
80ml susu segar
Bahan B
80ml minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Cara.
1. Panaskn oven 150°-180°C, ikut kebiasaan oven masing-masing.
2.Gris pada dasar loyang sahaja. Alas baking paper.
3.Pukul bahan A hingga kembang dan gebu. Matikan mixer. Masukkan minyak dan esen vanilla. Gaul secara kaup balik adunan menggunakan spatula.
4. Masukkan dalam loyang 8″ dan bakar selama 40-50minit bergantung pada oven masing-masing.
5. Untuk lebih mudah bahagikan adunan kepada 3 loyang saiz 8. Bakar selama 18-25minit.
Setelah masak keluarkan dari oven. Sisip tepi kek. Telangkupkan loyang pada redai kek. keluarkan kek dari loyang , dan terbalikkan semula kek dan biar sejuk.
Buttercream mudah
700g buttercup
300g shortening
370g gula icing
Pukul bahan diatas sehingga betul-betul gebu.
Lepa kek dengan buttercream setiap lapisan dan sapukan cream pada keseluruhan kek.
Bolehlah dihias mengikut gambar di bawah
step 1
Potong gambar ikut outline. Trace gambar atas kek.
Step 2 :
Gunting gambar ikut outline bahagian dalam dan trace atas kek. Tandakan kedudukan mata dan hidung.
Step 3 :
Bancuh buttercream dengan menggunakan pewarna oil based.
Step 4 :
Guna nozle bulat kecil untuk piping outline dengan buttercream warna hitam.
step 5
Saya suka guna nozzle star saiz kecil untuk piping keseluruhan kek.
Step 6
Boleh mulakan piping pada gambar dahulu. Mata dan hidung saya gunakan fondant. Boleh juga guna buttercream.
Step 7
Piping gambar yang ditrace mengikut warna yang sesuai.
Step 8
Setelah piping gambar. Piping outline luar gambar kemudian baru piping keseluruhan kek.
Sakit kepala yang datang menyerang secara tiba-tiba buat kita makin stress. Tak mampu nak lakukan sebarang kerja. Kalau berada di dalam kereta atau di pejabat pasti gelabah juga dibuatnya. Maklumlah ubat tidak ada, sakit pula makin berdenyut-denyut.
Jika suami tiba-tiba diserang sakit kepala, isteri boleh sediakan minuman ini sebagai altenatif sebelum mendapatkan bekalan ubat. Tak salah mencuba!
Kenali 5 jenis minuman ini.
Kopi Panas
Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Kafein yang terkandung di dalam kopi inilah yang bertindak sebagai bahan utama untuk meredakan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan tubuh.
Air Halia
Air halia atau teh halia mungkin membantu anda meredakan sakit. Halia bertindak membuang angin sekaligus meredakan masalah angin yang menyerang kepala. Jika anda muntah, sakit pasti kembali reda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress, penyebab kepada masalah sakit kepala ini. Minumlah secawan teh hijau panas. Sangat membantu!
Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dalam teh hitam ini mampu meredakan sakit. Tambahkan kepekatannya dan minumlah tanpa ragu-ragu. Angin juga akan dapat dikeluarkan dengan mudah.
Susu Halia
Secawan susu halia yang panas sangat membantu untuk meredakan sakit malah membuang angin dengan pantas. Sifat susu yang mengenyangkan juga buat sakit makin tenang dan terkawal. Jika terasa hendak muntah, itulah langkah sebaiknya untuk meredakan sakit kepala.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencuci bilik air mahupun bilik mandi adakalanya mengambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau ramai anak. Kalau dibiarkan lagi banyak bakteria yang menempel. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal. Guna bahan di dapur sahaja!
Tip Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas
1) Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.
4) Gantungkan pewangi yang sesuai dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
1) Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
1) Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
2) Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.
Panduan Menghias Bilik Mandi
1) Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
2) Pasang cermin muka di dinding bilik air.
3) Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian.
4) Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...