Wanita Ni Kongsi Resipi Roti Jala Rose Sedap, Cantik Pula Tu. Siap Step By Step Buat Lagi. Gerenti Jadi!

Share

Roti Jala memang sudah selalu kita jamah. Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa. Sukatan yang mudah dengan cara yang cukup simple , siap step by step lagi. Memang memudahkan ibu-ibu yang baru nak cuba!

Assalamualaikum & selamat petang.
Pagi tadi ada geng novel seru di group whatsapp & tunjuk gambar roti jala rose.
Walawehhhh cantik yang amat roti jala pesen gitu. Jenuh lar nak membuatnya.
Tapi macam terasa nak mencuba buat & share resipi step by step makanya Hakak Ros pon gigih bersilat kat dapor semata² nak menjala roti jala rose.
Alhamdulillah 1st time menjala rose kemenjadiannya sangat² mengujakan.
Ni kalau ada yang menempah, masak Hakak Ros nak membuatnya. Jawabnya reject terus.
Agak² korang rasa nak makan ke tidak tengok roti jala ni?
Jom tengok resipi step by step.

Bahan²nya

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/8 cawan/ 30ml minyak

Cara membuat:
Satukan air & tepung. Gaul.

Masukkan minyak & telur. Gaul lagi biar sebati. Kemudian tapis.

Kalau nak senang.. humban semuanya ke dalam blender. Blend halus.

Bahagikan kepada 3 @ 2 bahagian. 1 diisi pewarna kuning.

Satu lagi diisi pewarna merah. Dan yang selebihnya isi warna hijau.

3 bahagian adunan. Terlebih rajin ni nak membuat banyak warna.

Panaskan kuali non stick. Picit sedikit adunan memanjang.

Kemudian bentukkan kelopak bunga mawar.

Titiskan adunan hijau.

Angkat & letak atas pinggan. Yang belah bawah kuali diterbalik.

Fulamakkkkk.. teruja betul ni.

Nak makan ke tidak…nak makan ke tidak.. sepiring untuk mak mentua.