Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta untuk hidangan seisi keluarga.
Anak bujang sya ni mmg suka Mee Kari.. Alhamdulillah rezeki.. Sya sertakan sekali resepi eaa
Mee Kari Chinese Style.
Bahan
1 bungkus mee – celur
2 biji bwg besar – kisar
3 ulas bwg putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan fresh
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
.
Sambal:-
Segengam cili kering kemudian Rebus sekejap, bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula..
Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar…kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam dankacau sebati sehingga ayam separuh masak pastu masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair) kju tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping..
Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula utk seimbangkan rasa., kalo hampa mkn ajinomoto masukan sekali… Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering okey dah siap…bismillah!
Sumber: Cik Puan Julieta
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang terter