Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta untuk hidangan seisi keluarga.
Anak bujang sya ni mmg suka Mee Kari.. Alhamdulillah rezeki.. Sya sertakan sekali resepi eaa
Mee Kari Chinese Style.
Bahan
1 bungkus mee – celur
2 biji bwg besar – kisar
3 ulas bwg putih – kisar
2 biji bawang merah – kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan fresh
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
Hiasan
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
. Sambal:-
Segengam cili kering kemudian Rebus sekejap, bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula..
Ads
Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar…kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam dankacau sebati sehingga ayam separuh masak pastu masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair) kju tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping..
Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula utk seimbangkan rasa., kalo hampa mkn ajinomoto masukan sekali… Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering okey dah siap…bismillah!
Setiap pasangan yang berkahwin mendambakan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Momen paling indah bagi seorang wanita adalah apabila dapat mendukung anak sendiri. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita tatkala bergelar ibu.
Namun, bukan semua wanita yang bernasib baik menikmati keindahan tersebut. Perkongsian wanita bernama Suhaini Mohd Yusof cukup menyentuh hati. Mendambakan kehadiran zuriat dalam rahim sementelah usia perkahwinan menjengah 7 tahun, namun ujian lain yang diberikan. Ikuti perkongsiannya menerusi ruangan facebooknya.
Seronok tengok wall penuh dengan anak2 yang dah bersekolah belaka Kalau ikutkan usia perkahwinan aku pun.. mungkin patut anak aku dah darjah 1 tahun ni.
Aku nak anak… Tapi Allah takmau bagi.. dan takkan bagi sampai bila2. Aku malu dan tak nak share benda ni sebab kesian kat abg cenge. Tapi sebab dia izinkan, dan dia sendiri minta . “Kongsilah, mana tahu ada perempuan kat luar sana pun macam awak”
Jadi ok.. aku dah sedia! Panjang ni nak tulis..
Bulan september 2019 Period aku celaru haru biru Keluar tompok2 warna coklat tak menentu. Sepanjang sebulan sama saja. Aku masih buat taktahu dan rasa ini benda biasa ni. (Mungkin pregnant) berharap! (Sebab baca di google) dah cek dengan upt pun Negatif. Haha
Bulan oktober 2019 Period yang sebelum ni coklat2 dah jadi makin teruk Turun darah ketul besar2 dan macam hati ayam. Tebal dan besar. Memang pad tu tukar tanpa henti sampai naik letih. Tidur malam pun tak boleh sebab dia akan turun berlambak2 bila2 masa saja. Masa ni family semua ingat aku keguguran. Sebab darah turun tu mereka kata macam “tumpah darah” orang keguguran selalu kena. Berharap benarlah preggy bulan 9 tu.
Tapi kalini tak tahan, aku ke klinik berdekatan dan di bagi pil henti darah dan pil hormon. Masa scan kat klinik tu pun doktor kata takda apa2 pun. Semua normal. Bengkak takda dan apa pun ok saja. Preggy pun bukan. dan pulanglah dengan hampa (sebab selama ni sangka preggy kan) Ubat tu lepas makan sehari dua memang stop period aku. Ajaib oh! Tapi Legalah juga. Doktor pesan jangan sekali pun miss makan ubat ni. Aku pun ok2.
Bulan november 2019 Aku masih makan ubat dengan sangat berdisiplin. Sampailah tarikh pergi travel perth. Aku terlupa bawa ubat dalam beg galas, satu hari tertinggal makan ubat terus period aku membuak2 datang masa di perth. Allahuuu, masa tu berderau juga sebab takda persediaan dan sekali pakej sakit pinggang lenguh kaki dan cramp senggugut. Maka ubat tahan sakit sajalah buat penahan. Sambil makan balik ubat hormon. Flow jadi kurang sikit saja. Tapi masih tak stop macam sebelum ni. Jadi aku travel sambil tak berapa gembira. Banyak kena berehat2 dan tak boleh lincah2 sangat.
Balik saja dari perth, aku terus ke klinik tu semula minta refer letter aku nak jumpa pakar di KPJ klang. Kenapa KPJ? Sebab situ dah ada semua rekod2 kesihatan aku selama ini. Lepas doktor pakar scan dia kata “kita kena buat D&C (cuci rahim) takda cyst takda fibroid tapi dinding rahim u tebal.. nak tunggu dinding ni habis runtuj kita takut u kena anemia pula.. sebab tiada tanda2 nak berhenti pun ni.. kita cuci semua dan segalanya akan kembali normal”. Abg cenge kata buatlah.. janji sihat. Lepas dah d&c aku tetap period ketul2 cuma taklah sebanyak sebelum ni. Pelik tapi cuba sedapkan hati. Lambat sikit kot dia stop.
12/12/19 (10 hari lepas D&C) Kena datang KPJ Untuk tengok report d&c haritu. Masa nilah doktor selamba je bagitau. “Suhaini, awak ada kanser rahim stage 1” Aku dan abg cenge masa tu taktau nak reaksi macam mana sebab taktahu nak kata apa dan buat apa. Pegang ja kertas report tu baca banyak2 kali macam tak percaya pun ada. Dalam hati fikir, takpa ni baru stage 1. Boleh baik macam biasa ni. Tak serius pun ni.
Tapi aku lupa masa tu. ini kanser! Kanser woi! Bukan ketumbuhan biasa2 .. ini masalah sel. Rawatan? Doktor bagi pilihan buang rahim segera atau tak perlu buang. Dia minta kami balik dan fikirkan masak2. Jika buang, kanser tu masih belum merebak jauh. Jika tak buang, bersedialah untuk risiko lain2 akan datang. Dalam kereta barulah aku teresak2 menangis. Tak kental manalah kan bila bab2 ini kami di uji. Teriak yang memang sungguh2. Sampai rumah kami berlagak macam takda apa2. Siapa tanya pun kami kata, takda apa semua ok. Result semua ok. Kami kelu taktau nak sampaikan kat keluarga macam mana. Bagi masa kat diri masing2 juga untuk terima kenyataan.
Selang beberapa hari baru kami umumkan hal ni pada keluarga. Itupun lepas abg cenge tengok aku dah lebih positif dan lebih redha. Dah tentu ahli keluarga pun menangis2 tapi masa ni aku buat rilek ja.. sikit pun tak teriak dah cuma berkaca2 yang masih boleh kawal. Sambil ketawa2.. “lahhhh.. nangis pasaipa ni.. rilek2… buang rahim saja pun.. belum nak mati lagi ni…” makin teresak2 pula diorang 😅
Kami bertimbang tara itu ini sebelum mencapai keputusan yang dipilih . Bukan tak pergi untuk 2,3,4 opinions lain.. pergi.. jawapan tetap sama malah tiada pilihan lain diberi pun ada.. tidur malam tak lena.. tidur siang tak boleh juga… apa kami buat ni.. apa betul ke jalan ini.. kenapa tak try yang tak payah buang.. jom try alternatif dulu… macam2 dalam kepala otak bersimpang siur.. semua kami serah pada Allah.. solat dan doa..
Serba salah pada abg cenge macam pikul gunung besar atas kepala dan bahu. Aku dah bgtau abg cenge. Jika kita ambil jalan ini, awak jangan ungkit2 pula satu hari nanti. Abg cenge kata.. “takkan inshaallah.. kita ni dah berdua almost 7 tahun lebih tanpa anak pun.. kita ok kan.. happy kan.. so apa bezanya kalau tetap takda untuk tahun2 seterusnya.. we have each other.. itu pun dah cukup untuk saya.. “ itu kata abg cenge nak pujuk hati ke apa tahla.. 😅 tapi sebak juga. Haish!
26.12.19 Aku operate buang rahim dan ovari. Now Im officially perempuan yang tidak boleh mengandung. Kesian abg cenge. Macam2 rasa ada bila tengok muka dia, muka mak, muka acik bulat, muka ahli keluarga semualah. Betapa mereka tahu kami ni 7 tahun menanti dengan sabar kot2 ada sekali peluang untuk ada baby sendiri. Tapi itulah.. allah tu sebaik2 perancang kan. Kami redha sehabis redha. Beberapa hari lepas operate ni emosi aku pun dah makin stabil. Walaupun kadang tewas juga. Haha
“Minta maaf mak .. su takdapat nak bagi sorang pun cucu dan anak pada anak mak”
Ini benda yang aku sampai sekarang tak boleh luahkan secara depan2 kepada mereka berdua (mak dan makmentua aku). Speechless!
Jadi untuk semua perempuan kat luar sana. Kalau rasa period tu ada yang tak kena dan luarbiasa dari kebiasaan. Jangan biar, jangan sedapkan hati takpa2. Pergilah cek. Taknak swasta pergi saja kerajaan. Dan paling penting ambillah insurans ikut kemampuan poket. Mana tahu saat2 perlu, ada juga perlindungan dari segi kewangan yang tiba2 nak pakai untuk kos operation atau rawatan yang macam2.
Jangan takut pergi cek kalau rasa ada simptom pelik2. Ada orang pernah pesan kenapa nak takut cek, sedangkan lebih takut kalau tiba2 tahu dah kronik dan tak boleh buat apa2. Jadi jangan simpan, dapatkan khidmat nasihat orang yang lebih arif. Jangan percaya google, jangan sedap2kan hati sendiri. Sakit orang berbeza2. Simptom aku mungkin begini, simpton fighter cancer yang lain mungkin lain pula. Apa2 pun pergilah cek sebelum terlambat☺️
Aku sedang berpantang atas arahan doktor… tak boleh makan… 1) haruan atau gamat 2) makanan berasaskan soya 3) bbq 4) daging merah 5) makanan atau minuman manis 6) processed food (macam fast food)
Ohhh tapi aku belum kurus. Jadi jangan risau ya. Masih gemuk ni 😅😅
Lepas ni siapa tanya aku “bila nak ada anak?” Aku suruh abg cenge tumbuk muka kau! Haha
Doakan kami kuat selalu ya! ☺️ Dah boleh bagi oranglah kot semua koleksi UPT belum pakai yang kami simpan dalam laci ni (setiap bulan selama 7 tahun lebih tak pernah miss test.. test.. dan test) 🤦🏾♀️
Terima kasih sangat2 pada keluarga yang tak putus2 datang bagi semangat dan makanan! 😅
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan ramai antara kita bila ingin membeli kereta tentu sahaja akan membuat permohonan pinjaman di bank, kaedah itu lebih memudahkan daripada membeli secara tunai.
Maklumlah bukan sedikit jumlah perlu disediakan, jadi lebih baik membuat pinjaman bank dan setiap bulan dibayar secara ansuran untuk tempoh masa hingga 5 atau 7 tahun. Ini kebiasaannya yang dipraktikkan oleh pembeli kereta.
Pun begitu, kita juga faham dalam tempoh yang panjang, macam-macam boleh terjadi. Ajal datang sekelip mata, tiada siapa dapat menduga.
Jadi pernah tak anda terfikir apa akan jadi sekiranya loan kereta atas nama suami, namun tiba-tiba suami meninggal dunia. Adakah isteri perlu menanggung baki hutang kereta tersebut? Jika tidak mampu membayarnya bagaimana?
Seorang salesman menerusi perkongsian di aplikasi TikTok @azril_zainal ada berkongsi infonya dan bolehlah dijadikan panduan untuk semua.
Menerusi perkongsian video tersebut, dijelaskan sekiranya isteri ingin menggunakan kereta tersebut dia perlu terus membayar baki hutang kerata itu. Jika isteri gagal berbuat demikian, pihak bank akan menarik balik kereta tersebut.
Namun situasi ini tidak akan membebankan isteri sekiranya si suami ada mengambil satu insurans yang berkaitan dengan HP Life ataupun Autolife semasa tanda tangan perjanjian untuk membeli kereta.
Bila proses itu dibuat, si isteri layak untuk mengambil kereta tersebut tanpa perlu membayar apa-apa kerana pihak insurans sudah membayar baki hutang kereta tersebut. Kiranya suami meninggal tanpa meningalkan hutan kepada isterinya.
Perkongsian video ini mendapat tontonan hingga 1.1M tidak dengan itu ramai juga yang mengajukan soalan untuk penerangan lanjut berkenaan insurans yang dimaksudkan.
Lalu pemilik akaun ini turut berkongsi satu lagi video bagi menjawab persoalan berkaitan sekiranya sebelum ini tidak mengambil insuran Autolife atau HP Life tapi baru ingin berbuat demikian.
Menurutnya insurans tersebut masih boleh diambil walaupun sudah menggunakan kereta tersebut beberapa tahun. Caranya cukup mudah, peminjam perlu pergi ke bank dan maklumkan kepada pihak bank untuk buat kiraan semula untuk mengambil insurans tersebut.
Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@azril_zainal?lang=en” style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]@azril_zainal[/su_button]
Sabar itu indah, kesabaran itu membuatkan rumah tangga aman bahagia. Namun adakalanya terselit perselisihan faham. Itu lumrah dalam rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri.
Pasti akan timbul ketidakpuasan hati tentang sesuatu perkara. Namun bagaimana kita menangani dengan cara terbaik ibarat menarik ramabut di dalam tepung. Justeru, buat keputusan dengan matang dan hati yang tenang, bukannya terburu-buru ikut nafsu amarah. Kelak boleh mengundang bencana dalam rumah tangga.
Puan Intan Dzulkefl turut berkongsi pandangan tentang hal ini.
Rumah tangga ni sebenarnya adalah sangat ‘complicated’. Kita sendiri sahajalah, bila waktu marah, sakit hati dengan pasangan, nak lihat muka si dia pun kita tak sudi. Marah punya pasal.
‘Hei kenapalah aku kahwin dengan dia niiii…’ getus hati yang panas, tapi mampu terdetik sekejap sahajalah sebab takutkan dosa kufur nikmat.
Namun, mungkin setelah pasangan memujuk, diberi ruang untuk menerangkan apa yang sebenarnya yang membuat dia buat sesuatu itu, akhirnya rajuk kita pun hilang, senyum kita pun melebar. Syukur sangat… Allah jodohkan kita dengan pasangan.
Tengok? Sekejap sahaja persepsi 180 darjah berubah.
Sebab itu ramai orang ‘alim menegah kita untuk meluahkan perasaan, bercerita kisah rumahtangga, buka aib pasangan/bekas pasangan SEMASA SEDANG EMOSI di media sosial atau bercerita kepada orang luar yang tidak faqqih, kerana bimbang reputasi rumahtangga kita, pasangan kita, hatta diri sendiri jadi bualan dan fitnah kepada orang.
Sedangkan mungkin beberapa minit atau jam atau hari setelah kita bercerita itu, rumahtangga kita sudah pun kembali baik. Tetapi persepsi orang luar terhadap pasangan kita telah pun buruk.
Contohnya kalau suami ada masalah dengan isteri, dia balik cerita keburukan isteri pada mak dia, walhal selepas dia pulang semula ke rumah, dia berbaik dengan isteri, tetapi di mata dan hati mertua, sudah meluat dengan menantu perempuannya tadi.
Oleh itu, bila dilanda krisis dalam rumahtangga, SABAR DAN BERTENANG SERTA CARI ALLAH DAHULU.
Seperti kata ustazah Norhafizah Musa dalam satu ceramahnya dahulu.
Bila mana pasangan kita buat silap, anak kita buat silap, atau mereka lukakan hati kita. Hal pertama yang kita kena buat ialah, SOLAT TAUBAT. Sebab ada kemungkinan ada ‘bahagian’ silap dan salah kita pada kesilapan mereka itu.
Allahu… Cantik sangat pesanan ini.
Orang luar tidak faham 100% apa yang berlaku dalam sesebuah institusi rumahtangga. Oleh itu, sebagai orang luar pun, sekiranya ada yang mengadu hal rumahtangga atau terbaca kisah rumahtangga orang lain, jagalah tangan dan mulut dari komen sesuka hati berkaitan rumahtangga dan pasangan orang lain.
Jangan bongkak seolah kita takkan diuji. Boleh jadi kita cuma belum diuji dan juga bakal diuji selepas ini. Cukup penyataan ini sebagai peringatan.
Pasangan, anak-anak bukanlah hak mutlak kita. Mereka adalah milik Allah selamanya.
Jangan lupa untuk ingatkan diri, segala pengorbanan serta usaha untuk kita bahagiakan pasangan adalah semata-mata untuk mendapatkan redha Ilahi. InsyaAllah.
Ingatan untuk diri saya yang selalu lalai dan leka.