Setiap orang tentu ada makanan kegemaran masing-masing, malah dengan makanan itu juga dapat mengingatkan kita pada si penggemarnya.
Apatah lagi andai insan itu sudah tiada, menyediakan menu kegemarannya itu juga boleh dijadikan mengubat rindu.
Benar atau tidak, hanya yang pernah lalui sahaja tahu pengalaman itu.
Hal yang sama juga turut dilakukan oleh Fiza Faisal, berkongsi resipi arwah ibunya dan turut menjadi kegemaran rakan-rakannya dipejabat.
Jom ikuti perkongsian tersebut.
Pagi tadi buat pie crackers berinti daging utk jamuan di ofis..alhamdulillah laku keras resepi arwah mak..lama sangat dah tak buat ni semenjak mak meninggal..dulu mak suka makan yg berinti sardin makan cicah dengan sos cili pun sedap ni..
~Resepi~
Bahan Inti:
Sardin @ daging cincang tumis dgn bawang besar + cili. Tambah perasa ikut selera masing2.
Biskut crackers celup dlm adunan susu segar @ susu sejat + telur + mentega cair satu sudu makan.
Kemudian susun selapis demi selapis selang seli dengan inti sampai habis. Boleh taburkan daun ketumbar di atas inti setiap lapisan.
Kukus dalam 15-20 minit. Siap.
Sumber : Fiza Faisal Tiong via MAHN